Rabu, 14 Mac 2012

PAKATAN RAKYAT TIDAK LAYAK MEMERINTAH

Setelah lebih 4 tahun berlangsung pilhanraya umum bagi negara Malaysia yang melihatkan beberapa buah negeri jatuh ke tangan Pakatan Rakyat, kini pilhanraya umum ke 14sudah berada di ambang pintu, hanya menunggu masa untuk di umumkan oleh Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Razak.

Pelbagai perkara telah terjadi sepanjang tempoh 4 tahun ini yang mana kita semua melihat kejatuhan pimpinan Pakatan Rakyat negri Perak yang di pimpin oleh Datuk Seri Nizar Jamaluddin dan di monopoli oleh kepimpinan DAP.

Pakatan Rakyat mengatakan bahawa kejatuhan ini adalah disebabkan oleh penggulingan Barisan Nasional walaupun pada hakikatnya kepimpinan kerajaan Pakatan Rakyat negeri Perak tidak lagi mendapat kepercayaan dari beberapa orang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang seterusnya keluar dari parti dan menyokong kepimpinan Barisan Nasional.

Kita juga melihat baru-baru ini, dimana Datuk Dr Hasan Ali dipecat dari menjawat jawatan EXCO kerajaan negeri Selangor dan ahli PAS, ini semua kerana kepimpinan DAP serta PKR tidak bersetuju dengan cara Hasan Ali menguatkuasakan undang-undang islam di negeri tersebut.

Kita juga dikejutkan dengan kes EXCO kerajaan negeri Kedah yang tidak dilantik semula oleh Menteri Besar hingga mengheret PAS Pusat untuk membuat keputusan dengan mewujudkan jawatankuasa bertindak untuk menyelesaikan krisis tersebut.

Pulau Pinang pula kita semua dapat lihat bahawa kerajaan negeri telah bertindak zalim terhadap orang-orang melayu terutamanya peniaga-peniaga yang merasakan diri meraka sentiasa ditindas dan ditekan oleh kerajaan negeri.

Itu semua adalah kes-kes dimana melibatkan kerajaan negeri dibawah kepimpinan Pakatan Rakyat. Ini belum lagi termasuk dengan kes pemberian daripada sebuah syarikat kepada Mursyidul Am PAS berupa pakej haji bernilai lebih dari setengah juta ringgit.

Begitu juga dengan kes Ellizabeth Wong yang gambar bogelnya tersiar di dalam laman-laman web, belum lagi kisah khalwat yang melibatkan ADUN PAS dan yang terbaru kes khalwat yang melibatkan Dr Badrulamin baru-baru ini di Pahang.

Kes yang melibatkan menantu kepada Mursyidul Am PAS yang memegang jawatan tinggi dalam anak syarikat kerajaan negeri Kelantan. Kes pasir di Selangor, Pemberian kontrak secara runding terus oleh kerajaan negeri Selangor dan banyak lagi.

Semua kes-kes ini dipandang sepi oleh pihak Pakatan Rakyat dan mereka masih lagi mengatakan kes-kes tersebut semuanya adalah konspirasi UMNO dan Barisan Nasional.

Kes yang melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dituduh meliwat Shaiful Bukhari dan kemudian dibebaskan kerana masalah teknikal dan kes video seks beliau yang didedahkan oleh Datuk Eskay.

Ini semua jelas mnunjukkan bahawa Pakatan Rakyat tidak mampu dan tidak layak untuk memerintah sebuah negara, mana mungkin mereka layk untuk memerintah, sedangkan belum lagi memerintah negara sudah bermacam-macam kisah yang dilakukan oleh pihak Pakatan ini.

Jadi untuk PRU13 nanti, marilah sama-sama kita memberikan semula kepercayaan yang telah diberikan oleh datuk dan nenek kita dulu kepada UMNO dan Barisan Nasional.

4 ulasan:

Bilal berkata...

lucu sekali posting ni..

Tanpa Nama berkata...

Bukan setakat tak layak memerintah, mereka tak layak jadi warga Malaysia pun... Burukkan Malaysia di luar negara, menghina Raja-Raja, sokong Israel, bersolat hajat minta perut PM terburai, dan macam2 lagi, tak habis2 kalau nak hurai...

A_HIRO berkata...

LAMEST ARTICLE EVER... BARISAN NASIONAL ESTABLISHED PETRONAS UTK MENGGALI MINYAK DI SARAWAK..95% ROYALTY DIAMBIL OLEH FEDERAL DAN DIAGIHKAN KPD KL DAN SEMENANJUNG. KLCC PUTRAJAYA CYBERJAYA NKRA NKRE KORDOR2 SEMUA DUIT MINYAK SARAWAK. SARAWAK DPT BRAPA..? 5% SAJA. CUKUPLAH SARAWAK DI JAJAH SEJAK 1963 OLEH KORANG.KACANG LUPAKAN KULIT KONON..CERMIN MUKA DIRI KORANG DULULA.. LAGI TERUK DARI BRITISH..

Tanpa Nama berkata...

Hancur negara kalau PKR memrintah Malaysia