Isnin, 7 April 2014

PEGUAM NEGARA JANGAN PEMAAF SANGAT

Semalam si Syed Saifullah, pemuda yang telah memuat naik gambar melampau berkenaan dengan Datin Seri Rosmah Mansor telah ditangkap.

Syed Saifullah kini telah ditahan oleh pihak polis dan dikatakan tempoh reman terhadap beliau ditetapkan sehingga hari selasa depan untuk siasatan.

Tapi hari ini ada pula seorang lagi penggiat media yang begitu berani mencabar undang undang negara dan kali ini si pemilik akaun bertindak dengan lebih betani seperti gambar yang Sangkakala masukkan dalam artikel sebelum ini.

Namun itu semua bukanlah persoalan sebenar yang Sangkakala ingin utarakan dalam penulisan kali ini dan apa yang Sangkakala ingin persoalkan ialah apa hukiman yang bakal diterima oleh mereka mereka ini setelah apa yang mereka lakukan.


Persoalan ini sepatutnya dijawab oleh Pegiam Negara kerana bagi Sangkakala, beberapa kesalahan dan tangkapan sebelum ini seolah olah menemui jalan buntu dan tidak ada apa apa tindakan yang diambil oleh peguam negara.

Pada Sangkakala, dengan membiarkan pesalah pesalah ini bebas tanpa dikenakan apa apa tindakan, ianya seolah olah menggalakkan lagi kegiatan seumpama itu berleluasa.

Mungkin kita masih ingat lagi beberapa kisah dimana ugutan telah dilakukan terhadap pemimpin negara, tapi setelah pesalah berkenaan meminta maaf, ianya dilupakan begitu sahaja.

Sangkakala ambil satu contoh disini apabila seorang pelajar USM telah mengugut untuk mengebom pesawat helikopter Perdana Menteri, pelajar tersebut telah ditahan tapi akhirnya dibebaskan begitu sahaja.

Bagi Sangkakala, itu adalah satu ugutan yang membahayakan nyawa Perdana Menteri dan dengan pembebasan tersebut maka ianya seperti satu gurauan sedangkan yang menjadi pertaruhan adalah nyawa seorang pembesar negara.

Sangkakala nak beritahu disini, salah satu sebab kenapa rakyat memilih kerajaan adalah untuk menggubal undang undang dan kerajaan pula melantik peguam negara, jemaah Hakim dan pengamal undang undang lain untuk melaksanakan akta serta undang undang yang telah digubal.

Bukan hanya dengan meminta maaf maka semuanya selesai, kalau begitu cara kita menangani jenayah, maka kesalah membunuh, merogol, mencuri dan sebagainya boleh diselesaikan dengan hanya memohon maaf.

Peguam Negara juga perlu berfikir apakah natijahnya jika mereka ini dibebaskan tanpa syarat.

Akan ada orang orang lain yang mengikut jejak langkah mereka dalam melakukan perkara sama.

Sangkakala harap kali ini pihak polis todak melakukan kerja sia sia lagi, menanhkap pesalah mengambil masa berjam jam, tapi untuk membebaskan mereka hanya mengambil masa tak sampai 5 minit.



4 ulasan:

Labu8455 berkata...

Persoalan nya kenapa Najib masih menyimpan Gani 4 tahil ini kalau dah tahu yang 4 tahil ni sentiasa penuh dengan "alasan" untuk tidak mengambil tindakan ?

Awanama berkata...

Biasanya orang dah tua macam dah nak pencen ni, malas dah nak buat kerja lebih2. Buat penat je katanya. Eloklah cari peguam yang muda dan bertenaga sikit ganti beliau. Beliau ni patut di bersarakan je.

Awanama berkata...

Ubah la ..........

Awanama berkata...

ABAI BABI