Ahad, 20 April 2014

MELAYU DI SELANGOR BAKAL MEREMPAT @nohomar @fuhas_tweet @tunfaisal

Tahniah Sangkakala ucapkan kepada rakyat Selangor khususnya orang orang melayu yang mengundi pakatan dalam PRU12 dan PRU13 yang lepas.

Dalam sidang DUN yang berlangsung baru baru ini, semua kepincangan perancangan kerajaan pakatan di Selangor jelas dapat dilihat.

Daripada isu air sehinggalah isu rumah kediaman bumiputera yang dinafikan haknya oleh kerajaan negeri.


EXCO perumahan, pengurusan bangunan dan setinggan mengatakan bahawa tidak ada lagi kuota untuk bumiputera bagi pemilikian rumah dalam Selangor.

Ini bermakna, sesiapa juga yang mahu membeli rumah perlulah merebut peluang untuk memiliki rumah di sesebuah kawasan perumahan.

Bukan itu sahaja, YB Iskandar juga menanyakan sampai bila rakyat Selangor mengharapkan subsidi daripada kerajaan negeri?

Cuba kalau kerajaan pusat yang bertanya soalan seperti yang disoalkan oleh Iskandar, mungkin dah macam macam tohmahan yang dilemparkan terhadap kepimpinan di peringkat pusat.

Tapi apabila EXCO kerajaan Selangor bertindak mengeluarkan kenyataan yang sebegini, apa pula tindakan para pengikut mereka? Jadi burung tekukur mengangguk apabila jari dipetik?

Nak jadi macam lembu dicucuk hidung boleh ditarik kesana sini?

Bangkitlah orang Selangor, jangan lena sangat, dulu kata kerajaan Barisan Nasional zalim tak fikirkan hak rakyat,  sekarang ni siapa yang zalim? Siapa yang tak fikir hak rakyat sebenarnya ni?

Tapi nasiblah rakyat Selangor yang mengundi dan tak mengundi kerajaan Pakatan dalam pilihanraya lepas, hari ni apa yang korang minta korang dah dapat, padan muka semua sekali.



2 ulasan:

Awanama berkata...

pADAN MUKA RAKYAT SELANGOR....

ENDAK SANGAT PKR ....

DAH KENA MAIN BELAKANG.....? liwat..!

Awanama berkata...

Kerajaan Negeri Selangor sedang dalam proses membina banyak rumah mampu milik kepada golongan berpendapatan sederhana dan rendah di negeri ini untuk memberi keselesaan hidup kepada rakyat. Keutamaan untuk memiliki rumah ini akan diberikan kepada keluarga berpendapatan antara RM3,000 hingga RM8,000 sebulan, ibu tunggal dan keluarga yang tidak mempunyai pendapatan tetap. Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) sebagai agensi yang terlibat di dalam projek ini diminta untuk memastikan hanya mereka yang layak sahaja berpeluang memiliki rumah ini.

website spprm