Ahad, 13 April 2014

KERANA SYAHADAH !!! PAS DAN UMNO PERLU DAN MAMPU BERSATU

Sangkakala tertarik pula dengan infografik yang ada di bawah, terbayang akan bagai mana jika UMNO dan PAS bersatu dibawah panji panji Islam dan Raja Raja Melayu.

Sudah pasti Melayu di negara ini akan bertambah kuat, dan yang paling penting, Islam akan bertambah kukuh kedudukannya apabila tiada perpecahan kerana politik.


Cuba kita bayangkan betapa kuatnya dan betapa gahnya Melayu dan Islam jika perkara ini benar bebar terjadi, dan Sangkakala amat yakin ianya tidak mustahil boleh berlaku.

Sebab nya satu, Sangkakala lihat sendiri apabila anak anak muda dan golongan golongan dewasa dari dua buah parti ini mampu untuk bersalam salaman serta berpeluk pelukan apabila selawat diperdengarkan.

Perkara ini berlaku di Taman Mesra Kajang dalam PRK Kajang baru baru ini dan peristiwa ini amat mengharukan dan seperti ada satu kuasa ghaib yang mampu memberikan penyatuan.

Klik gambar untuk video

Mungkin juga dengan membuang ego diantara kedua dua pemimpin parti, akan dapat menyatukan kesemua ahli dan ini sudah pasti akan memberikan kesan yang amat besar kepada kestabilan negara.

Mungkin tidak semua yang akan bersatu tetapi memadai sekiranya ia mampu untuk memberikan penyatuan kepada majoriti rakyat di Malaysia yang berbangsa Melayu serta beragama Islam.

Dalam video diatas, jelas ianya amat berbeza dengan apa yang berlaku sebelum itu dimana kedua dua belah pihak yang berbangsa Melayu pada asalnya bertikam lidah memaki hamun diantara satu sama lain, sudahnya bersatu hanya dengan kalimah selawat keatas Nabi Muhammad.

Ini jelas menunjukkan bahawa orang Melayu mampu untuk bersatu dalam apa juga keadaan jika mereka mahukan ianya berlaku.

Selama ini kita hanya melihat bahawa kedua dua pengikut parti saling tuduh menuduh diantara satu sama lain tapi apa kesudahan yang berlaku dalam video diatas jelas menidakkan semua itu.

Adalah amat membanggakan jika penyatuan ini berlaku dan adalah amat menggembirakan sekiranya kesatuan Melayu dan Islam ini dapat direalisasikan dengan sempurna.

Kita semua perlu berdoa agar apa yang kita lihat dan apa mahukan ini benar benar terjadi dan percayalah, hanya Melayu mampu membantu Melayu dan hanya Islam mampu menegakkan Islam.


3 ulasan:

Awanama berkata...

Dah berbuih mulut cerita hal ini. Sekarang laksana hudud dahulu di kelantan. Inilah masanya. Terlepas yg ini terlepas segalanya. Orang melayu sedang sokong hudud sekarang. Pak hadi segera bertindak sekarang. Dulu banyak kali janji. Pilihlah antara takut dengan Allah atau takut dgn orang kapir.

Awanama berkata...

Seagama, sebangsa, semazhab pun. Tuhan yg sama, Nabi yg sama, Kitab yg sama, Qiblat yg sama.
Bacaan Qurannya sama, haji dan umrah ke tempat yg sama, cuma partinya aje yg berlain.
Kenapa nak bermusuh, sepuluh yg utama semua sama, satu je yg beza, takkan tak boleh bekerjasama dan bertolenrasi, saling menghormati pndgn dan pendirian yg berbeza.

Awanama berkata...

Memang dulu dia dah banyak kali janji hudud bila bercakap dgn orang melayu. Itulah modal dia selama entah berapa tahun. Sekarang kita dah sangat hampir nak laksana hudud. Jangan suatu hari nanti engkau beritahu orang melayu bahawa hudud tidak boleh dilaksanakan sebab orang cina dan india larang.