Ahad, 6 April 2014

PAS BERMIMPI LAGI !!! TERLALU YAKIN DENGAN MP BUKAN ISLAM

Nampaknya PAS masih bermimpi.lagi disiang hari, masih mengharap kepada ehsan daripada ahli parlimen bukan Islam untuk menyokong perlaksanaan undang undang hudud di Kelantan jikanianya dibentang di parlimen kelak.

Kita semua mungkin masih ingat lagi dimana, Karpal Singh yang menjadi pengerusi kebangsaan DAP pernah berkata 'over my death body' atau langkah mayat saya dahulu jika kerajaan PAS mahu menubuhkan negara Islam seterusnya melaksanakan hukuman hudud di negara ini.

Adakah di Kelantan ianya akan menjadi sebaliknya atau adakah ahli parlimen dari kalangan DAP dan PKR yang bukan beragama islam akan bersetuju dengan pelaksanaan hukuman hudud di negeri tersebut.

Adakah Karpal akan membiarkan pemimpin di kalangan DAP dan PKR yang bukan beragama Islam menyokong perlaksaan hukuman teraebut sedangkan baru baru ini Karpal telah menyuarakan pendapat beliau agar kerajaan tidak terus membenarkan PAS melaksanakan hukuman tersebut di Kelantan.

Sangkakala tak rasa ianya akan berlaku dan apa yang Sangkakala lihat, kemungkinan besar niat PAS akan berkubur begitu sahaj walaupun kerajaan pusat telah memberikan kebenaran kepada kerajaan Kelantan untuk melaksanakan hukuman yang mereka idam idamkan selama ini.

Sama sama kita nantikan dan kita lihat apa yang akan jadi, afakah apa yang dihajati oleh PAS akan terlaksana atau ianya akan terbiar begitu sahaja.


Tiada ulasan: