Rabu, 30 April 2014

#HUDUD PAS HANYA MAHU UNDI MELAYU @tunfaisal

Rupanya selama ni PAS mahu melaksanakan hukum HUDUD hanya semata mata mahu mendapat undi dari orang Melayu dan bukanlah untuk menegakkan hukum Allah seperti yang mereka katakan sebelum ini.


Perkara ini dijelaskan oleh ahli parlimen Seputeh, Teresa Kok yang mengadakan pertemuan dengan pemimpin PAS di ibu pejabat parti tersebut di Kuala Lumpur.

Teresa mengatakan dalam pertemuan itu, pemimpin PAS memberitahu kepada wakil dari DAP dan PKR bukan Islam yang hadir bahawa mereka mendapat tekanan daripada orang Melayu di kawasan kampung yang mengatakan bahawa mereka mengikut telunjuk DAP.

Rupanya selama ini PAS takut hilang undi dan bukanlah takut akan azab atau seksaan Allah seperti yang selama ini mereka katakan sehingga sanggup mengkafirkan UMNO segala bagai.

Timbalan Menteri Besar Kelantan pula mengatakan dalam pertemuan tersebut nampaknya pemimpin DAP dan PKR yang hadir faham walaupun mereka tidak bersetuju jika rang undang undang hudud dibawa ke dalam parlimen dan kononnya mereka akan mencari titik persamaan bagi perkara tersebut.

Bagi Sangkakala, jika PAS berkuasa atau mampu bersuara, DAP mahupun PKR tidak akan mampu untuk berbuat apa apa jika Undang Undang Hudud hendak dilaksanakan di Kelantan.

Tapi sekarang ni kita dah nampak bahawa sudah ada pula jalan lencongan untuk mengelak daripada PAS membawa usul tersebut apabila ahli parlimen Shah Alam mengatakan bahawa sepatutnya UMNO atau Barisan Nasional yang membawa usul tersebut.

Ni lagi satu ahli parlimen bangang, PAS yang mengusulkan agar hukum hudud dilaksanakan dan meminta supaya ianya dilaksanakan di Kelantan, takkan UMNO pula yang nak bentangkan usul.

Macam kurang cerdik pula si Khalid Samad ni berkata kata, takkan proses siapa bawa usul pun sebagai ahli parlimen dia tak tau.

Ini le pemimpin PAS yang akan melarikan satu satu permasaalahan apabila mereka sudah merasakan bahawa diri mereka tersepit.



2 ulasan:

Awanama berkata...

Di mulut nak hudud,
di hati nak undi.
Di mulut nak Islam,
di hati nak jawatan, kuasa dan dunia.
Itu je zahirnya yg aku nampak puak puak pas ni.
Mmg iman dlm hati, tp pasti terzahir dlm akhlak dan tngkahlaku, akan lbh terzahir bila diuji.
Baru diberi sedikit kemenangan dan habuan dunia, dah terserlah kebejatannya.

Awanama berkata...

Betul keseputih tu ckp?tang tu lu terima lak dap?lu dpt mana info ni beb