Isnin, 14 April 2014

AZMIN ALI MULA GOYANG DALAM PEMILIHAN PKR

Azmin Ali yang kini merupakan penyandang jawatan Timbalan Presiden mula goyah apabila salah seorang pencabar beliau, Saifuddin Nasution yang juga merupakan Setiausaha Agung parti tersebut dikatakan sudah berkompromi dengan Nurul Izzah serta Rafizi Ramli.


Azmin sudah mula bersuara dengan mengatakan bahawa kegiatan kartel dalam parti hanyabakan melemahkan parti dimasa hadapan.

Tapi apa yang Sangkalala nampak, bukan kerana kartel didalam parti yang akan merosakkan parti, tetapi kerana Azmin sudah merasakan bahawa kekalahan bakal menjelma apabila Saifuddin bersama sama dengan Rafizi dan Nurul Izzah.

Selain daripada Saifuddin, seorang lagi yang mencabar Azmin ialah Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim yang juga merupakan musuh tradisi Azmin.

Jika Khalid juga berkompromi dengan Saifuddin, Nurul Izzah dan Rafizi, peluang untuk Azmin mengekalkan jawatan tersebut adalah amat tipis dan kemungkinan karier politik beliau akan berakhir disini sahaja.


1 ulasan:

Awanama berkata...

Lagi bagus kalau masalah kartel dalam PKR ni akan buatkan Parti Kelentong Rakyat berakhir di sini sahaja.......amin... :)