Selasa, 29 April 2014

#airselangor PROSES PAM AIR LOMBONG GAGAL !!!

Bulan lepas kerajaan Selangor telah meluluskan bajet tambahan untuk mengepam air dari lombong bagi menampung kekurangan air di empangan negeri Selangor.

Tapi menurut exco kerajaan Negeri, hanya 1.08 peratus sahaja paras air yang berjaya di pam masuk ke empangan tersebut.


Walaupun exco mengatakan bahawa bajet yang telah digunakan juranh dari satu juta ringgit sejak seminggu lalu, Sangkakala tetap mengatakan bahawa ianya gagal kerana 1.08 peratus air yang dimasukkan adalah amat sedikit kerana paras air yang ada kini cuma berjumlah 40.8 peratus sedangkan paras selamat adalah 50 peratus.

Jika kita kalikan penggunaan pam ini dengan peratusan dan pengeluaran bajet yang telah dikeluarkan sekarang, ianya ajauh masih belum mencukupi.

Katakan 1 juta digunakan untuk mengepan 2 peratus air, maka bajet tambahan sebanyak 10 juta tersebut hanya akan mengepam air sebanyak 20 peratus sedangkan kini yang ada cuma 40.8 peratus dan jika ditambah sebanyaj 20 peratus lagi, maka jumlah lebihan air yang ada dalam empangan tersebut cumalah 60 peratus.

Sedangkan jika berada dibawah paras 50 peratus, maka catuan akan dikenakan semula, persoalannya disini, berapa lamakah penggunaan 10 peratus lebihan air ini mampu bertahan? Adakah ianya akan mampu untuk bertahan selama sebulan atau lebih sedangkan penggunaan air di Selangor sekarang ini melebihi dari jumlah tersebut.

Kerajaan negeri juga bercadang untuk membeli pam air berkuasa diesel dari China dengan bajet lebihan tersebut untuk menyedut air masuk ke empangan tapi adakah ianya akan mencukupi?

Kesilapan kerajaan Selangor ialah keegoan mereka dalam melihat isu air di Selangor krisis besar dan mereka menganggap ini adalah perkara remeh yang boleh dibuat bahan jenaka.

Negeri Sembilan telah menawarkan air mentah kepada Selangor tetapi kerana keegoan kerajaan Selangor yang tidak mahu menerima bantuan daripada negeri yang diperintah oleh Barisan Nasional telah membantutkan usaha tersebut.

Kerajaaan Selangor lebih sanggup membeli pan untuk menyedut air lombong dan bagi Sangkakala mungkin akan ada komisen daripada urusan jual beli tersebut dan kerana itu jugalah mereka tidak mahu menerima tawaran pembelian air mentah dari Negeri Sembilan.

Ada dikalangan exco kerajaan Selangor dalam sidang DUN yang lepas mengatakan bahawa Negeri Sembilan sendiri tidak mempunyai simapanan air yang mencukupi dan bagi Sangkakala adalah amat bodoh kenyataan tersebut kerana kerajaan Negeri Sembilan sudah pasti membuat kajian sama ada mereka mempunyai simpanan yang mencukupi ataupun tidak.

Jadi disini Sangkakala harap agar rakyat Selangor sama sama memikirkan semula apa yang telah dilakukan oleh mereka yang memilih pakatan rakyat sebagai kerajaan negeri.

Dimana kebajikan yang diwar warkan sebelum mereka menang dalam pilihabraya yang ke 12 lepas dan ini adalah apa yang mereka dapat setelah memberikan mandat kepada kerajaan yang tidak mampu untuk memerintah dan memikirkan permasaalahan rakyat.



1 ulasan:

Awanama berkata...

Antara tanda ketidakmampuan k'jaan pakatan menyelesaikan masalah.
Rakyat S'gor, fikirlah sendiri berapa lama lg nak tersiksa sebegini.