Tindakan berani doktor ini telah mendapat perhatian daripada netizen di dalam media sosial yang memuji tindakan berani doktor berkenaan menyatakan kebenaran tentang kepincangan perlakuan LGBT.
Namun begitu akhirnya Doktor berkenaan dikatakan telah menerima saru laporan supaya dirinya diambil tindakan tatatertib oleh majikan beliau iaitu KKM atau Kementerian Kesihatan Malaysia.
Apakah menjadi kesalahan dalam Malaysia apabila seorang profesional memberikan pandangan tentang sesuatu yang melibatkan kepakaran beliau?
Adakah Malaysia ini sudah menjadi sebuah negara yang mana hak untuk bersuara bagi rakyat dinafikan?
Pertembungan seorang Doktor dan anak kepada seorang Doktor ini pasti akan menarik perhatian berikutan dikalangan rakyat Malaysia sebenarnya tidak menerima golongan LGBT ini apatah lagi jika mereka hendak diberikan hak sedangkan hak mereka sebagai warga negara tidak pernah dihalang.
Mana mana agama dalam dunia juga tidak mengiktiraf LGBT kerana ianya adalah perlakuan songsang apatah lagi di Malaysia yang mana agama Islam adalah agama Persekutuan.
Tapi sepertimana yang berlaku selama pemerintahan Mahathir selama 22 tahun sebelum ini, sesiapa yang menentang pasti akan menerima habuan dan penentang penentang ini perlulah konsisten dalam mempertahankan apa yang mereka lakuan.
Oleh itu marilah kita bersama sama mempertahankan Dr Nur Ilyani daripada menjadi mangsa kerakusan anak kepada Mahathir yang mahu mengiktiraf golongan LGBT di Malaysia.