Selasa, 6 Disember 2016

PEMBANGKANG TERKEDU DENGAN.KEPUTUSAN ARAB SAUDI @NajibRazak

Pembangkang di Malaysia selama ini dilihat hanya akan membangkang walaupun dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan akan membantu rakyat.

Dalam hal cukai pula, ianya akan dimanipulasi walaupun semua pemimpin pembangkang mengetahui betapa pentingnya cukai bagi memajukan sesebuah negara.

Cukai GST yang dilaksanakan oleh kerajaan Malaysia bagi mengimbangi pendapatan kerajaan melalui pelbagai jenis perdagangan termasuk petroleum juga dilihat menjadi bahan makanan kepada pembangkang.


Dengan mengatakan bahawa Malaysia mempunyai kekayaan melalui petroleum yang diusahakan oleh Petronas jelas menunjukkan bahawa pembangkang bukanlah sebuah entiti yang mampu untuk mentadbir sebuah negara.

Semalam, Arab Saudi mengeluarkan kenyataan bahawa mereka akan melaksanakan cukai GST dan kadar yang dikenakan adalah sebanyak 5 peratus.

Bukankah negara Arab Saudi lebih kaya melalui petroleum berbanding Malaysia? Kenapa perlu Arab Saudi melaksanakan cukai GST?

Perlaksanaan GST di Arab Saudi meliputi seluruh harga barang tidak kira ianya keperluan asas atau tidak berbanding di Malaysia yang mengecualikan ribuan barangan keperluan asas dari dikenakan dengan cukai GST.

Seperti keperluan dapur sebagai contoh, tiada cukai GST dikenakan kerana kerajaan tahu bahawa keperluan harian merupakan keperluan penting bagi masyarakat.

Cuma disini Sangkakala nak tanya sikit pada pembangkang, kenapa mereka seolah olah menyepi untuk membandingkan cukai GST diantara Malaysia dengan Arab Saudi?

Jawapan yang amat mudah diberikan oleh pembangkang ialah, "kami hanya memikirkan tentang rakyat Malaysia dan kami tidak mahu fikir tentang rakyat negara lain", sedangkan pembangkang ini kerap kali mengatakan bahawa Malaysia tidak patut mengenakan cukai GST kerana kaya dengan minyak dan sekarang terbukti bahawa negara yang lebih kaya dari Malaysia akan melaksanakan cukai berkenaan.




Tiada ulasan: