Memang jelas pembangkang di Malaysia hanya akan memberikan persepsi buruk terhadap kerajaan walaupun apa yang dilakukan oleh kerajaan itu terbukti untuk memberikan khidmat yang terbaik untuk rakyat.
Ini semua adalah disebabkan untuk mendapatkan kuasa memerintah dan akhirnya sepertimana yang berlaku di Selangor dan Pulau Pinang, pembangunan tidak perlu lagi kerana ianya telah dilalukan oleh kerajaan Barisan Nasional dan pakatan hanya menghabiskan apa yang telah terkumpul.
Satu lagi persepsi yang dikeluarkan oleh pembangkang melalui pakar pemfitnah mereka, Rafizi Ramli ialah tentang kos pembinaan MRT yang dikatakan menelan belanja sebanyak RM 100 billion dan mereka (pembangkang) telah mempertikaikan perkara ini.
Namun pada hakikanya, pembinaan MRT ini hanya menelan belanja sebanyak RM 23 billion dan pada akhirnya hanya RM 21 billion dibelanjakan dan penjimatan sebanyak RM 2 billion telah berlaku.
Tapi macam biasa, pembangkang takkan mengucapkan terima kasih kerana memberikan perkhidmatan pengangkutan awam terbaik kepada rakyat mahu pun permohonan maaf kepada kerajaan atas keterlanjuran mereka membuat fitnah.
Jadi itulah mentaliti pembangkang yang hanya akan merosakkan pemikiran rakyat dan Sangkakala anggap mereka ini adalah Iblis yang berjanji akan menyesatkan umat manusia.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan