Rakan blog Sangkakala, Dr MiM dalam entri terbarunya membongkar mengapa pemberian BR1M yang dilakukan oleh kerajaan Barisan Nasional kepada rakyat dilabel sebagai rasuah oleh Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir.
Menurut apa yang ditulis oleh Dr MiM, semuanya adalah berpunca daripada skandal yang melanda didalam parti yang dipengerusikan oleh Tun Mahathir.
BACA SINI
Mungkin ada kebenaran apa yang ditulis oleh blogger ini memandangkan didalam parti BERSATU kini diselubungi dengan sikap CHAH KETING dimana seorang demi seorang diaibkan oleh orang dalam BERSATU sendir.
Perkara ini dilihat seolah olah tidak dapat dibendung oleh Tun Mahathir atau mungkin Tun Mahathir sendiri ada agenda sepertimana yang disebut sebut oleh ramai orang bahawa Tun Mahathir mahukan Dato Sri Mukhriz Mahathir iaitu anaknya sendiri untuk menerajui parti BERSATU sekiranya Tan Sri Muhyiddin Yassin tersingkir.
Ainina yang dulunya memegang jawatan Ketua Srikandi parti tersebut dilucutkan dari jawatan setelah tersebarnya berita tentang hubungan intim beliau.
Dan adalah tidak mustahil jika selepas ini Tan Sri Muhyiddin pun akan menerima nasib yang sama setelah beliau juga dikatakan mempunyai hubungan intim dengan seorang wanita berstatus isteri orang yang kini telah pun berpisah akibat daripada perkara tersebut.
Jika benar sepertimana yang didakwa oleh Dr MiM, maka adalah amat tidak patut Tun Mahathir melebelkan jutaan rakyat Malaysia yang menerima bantuan BR1M sebagai penerima rasuah dan jika benar, maka perlulah Tun Mahathir melaporkan perkara tersebut kepada pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan