Khamis, 9 April 2015

@rafiziramli KANTOI DALAM CUBAAN MENIPU

Nampaknya Rafizi Ramli, Setiausaha Agung PKR kantoi lagi sekali dalam cubaan menipu rakyat Malaysia kononnya kerajaan telah membeli beberapa buah kereta BMW 5 dan 7 series yang menggunakan nombor plat JATA Negara.


BMW Malaysia telah tampil memberikan kenyataan bahawa kenderaan berkenaan adalah ditaja untuk persidangan kemuncak ASEAN ke 26 bertempat di Kuala Lumpur pada 24 hingga 28 April nanti.

Apa lagi Rafizi nak kata lepas ni selepas cubaan memfitnah keatas kerajaan kali ini nampaknya membongkar lagi siapa Rafizi?

Sejak bergiat dalam politik nampaknya memang cara Rafizi ialah menipu dan segala kenyataan yang selama ini dikeluarkan kononnya adalah untuk membongkar salah laku kerajaan adalah pembohongan semata mata.

Sangkakala ingat lagi bagaimana Rafizi sudah berkali kali mengeluarkan kenyataan bohong namun akhirnya memohon maaf kononnya tersilap memberi kenyataan sedangkan ianya memang dirancang untuk memesongkan pemikiran rakyat untuk membenci kerajaan.

Hidup Rafizi penuh dengan penipuan dan yang peliknya masih ada yang percaya dengab kenyataan Rafizi dan ini yang membuatkan si Sotong ni terus terusan menipu rakyat Malaysia.



1 ulasan:

Unknown berkata...

Sebenarnya sebilangan rakyat Malaysia memang suka kena tipu. Kena tipu gores dan menang. Kena tipu wang dengan Awang hitam. Dan macam2 kes lagi.
Ini yg buatkan orang macam Rafizi boleh hidup di Malaysia.