Isnin, 27 April 2015

#PRKPermatangPauh SATU UNDI UNTUK BN !! SATU SOKONGAN UNTUK PAS

Pilihanraya Kecil P044 Permatang Pauh bakal memperlihatkan sama ada ahli PAS mahukan hudud atau mereka selama ini juga berpolitiking seperti sesetengah pemimpin PAS yang lain.


Dalam sidang Parlimen yang lepas, sepatutnya Hj Hadi Awang membentangkan 'privatebill' usul tentang undang undang hudud tapi masa tidak mengizinkan beliau untuk membawa kertas usul berkenaan ke dalam dewan untuk dibahas.

Walaupun begitu, semua ahli parlimen Barisan Nasional yang Islam telah menyatakan bahawa mereka akan menyokong usul yang hendak di bawa oleh Haji Hadi Awang dan ini secara jelas menunjukkan bahawa ahli parlimen BN (Islam) tidak menolak hudud seperti yang digembar gemburkan oleh parti komponen Pakatan Pembangkang.

Satu lagi bukti yang perlu dilihat oleh ahli PAS ialah apabila ADUN UMNO di Kelantan menyokong perlaksanaan Undang Undang Hudud yang dibawa oleh kerajaan negeri ke dalam Dewan Undangan.

Berbeza dengan PKR yang menentang Hudud secara terang terangan daripada Presiden hinggalah kepada yang lain lain.

Persoalannya, adakah jika Wan Azizah menang di Permatang Pauh maka beliau akan menyokong kertas usul yang akan dibawa oleh Hj Hadi tentang Hudud dalam sidang parlimen akan datang? Jawapannya adalah TIDAK.

Tetapi jika calon Barisan Nasional pula memenangi Pilihanraya Kecil ini dan seterusnya menjadi ahli parlimen Permatang Pauh, maka satu lagi undi untuk menyokong usul Hj Hadi akan diperolehi.

Jadi kepada orang orang PAS, pilihlah sama ada mahu undang undang Hudud ini dilaksanakan atau usul dari Hj Hadi ini disokong atau pun tidak, ianya bermula di PRK Permatang Pauh.



Tiada ulasan: