Selasa, 21 April 2015

KWSP BAGI EMPAT PILIHAN PENCARUM TAPI PENCARUM HANYA BAGI DUA KEPADA KERAJAAN @NajibRazak



Kumpulan Wang Simpanan Pekerja atau KWSP yang ditubuhkan oleh kerajaan dalam usaha untuk membantu pekerja sektor swasta mempunyai simpanan hari tua.

Mengikut kiraan KWSP, sehingga Disember 2014 seramai 14.19 juta pencarum sedangkan penduduk atau rakyat Malaysia sekitar 30 juta orang dan ini bermakna hampir separuh dari rakyat Malaysia adalah pencarum dalam KWSP.

Mengikut kiraan Suruhanjaya Pilihanraya pula, pengundi di Malaysia berjumlah 13.268 juta dan ini bermakna jumlah pencarum adalah lebih tinggi dari jumlah pengundi.

Kenapa Sangkakala kaitkan pengundi dengan pencarum KWSP? Ini jawapannya.

Baru baru ni satu cadangan yang Sangkakala anggap adalah cadangan 'BODOH' datang dari KWSP yang mana pihak KWSP mengatakan bahawa mereka mencadangkan agar pengeluaran KWSP ini dilanjutkan sehingga umur 60 tahun bagi setiap pencarum.

Dan pihak KWSP ada memberikan 4 pilihan kepada pencarum kononnya untuk kebaikan mereka dihari tua.


Untuk makluman KWSP atau kepimpinan kerajaan pada hari ini, tak perlu nak bagi 4 atau 5 opsyen pengeluaran duit pencarum sebab itu duit mereka dan itu hak mereka.

Apa yang menjadi kerisauan ialah, KWSP memberikan 4 opsyen kepada pencarum yang Sangkakala sebutkan tadi melebihi daripada pengundi tetapi pencarum yang menjadi pengundi pula akan memberikan opsyen sama ada untuk kekalkan kerajaan hari ini atau membuat pertukaran dalam pilihanraya akan datang?

Pihak KWSP sendiri selalu dikecam apabila memberikan pinjaman kepada kerajaan bagi menjalankan satu satu pembangunan dan kini cuba pula menahan pengeluaran pencarum? Adakah ianya kebaikan untuk pencarum atau kebaikan untuk kerajaan bagi membolehkan wang dalam KWSP dibuat modal pusingan?

KWSP kononnya bermula hari ini mengadakan bancian melalui http://www.kwsp.gov.my/portal/ms/web/kwsp/home/m.

Kenapa perlu dibuat bancian kalau dah tahu rata rata rakyat Malaysia yang mencarum akan membantah penambahan had umur pengeluaran ni?

Salah satu alasan dari KWSP yang Sangkakala pernah terbaca ialah, wang pencarum akan habis dalam tempoh 5 ke 10 tahun selepas pengeluaran dilakukan.

Persoalannya disini, kalau habis dalam tempoh 5 ke 10 hari sekalipun adakah pencarum ni datang ke KWSP untuk membuat tuntutan sekali lagi? Jawapannya tentu tidak kan? Jadi apa masalah jika wang yang mereka simpan selama puluhan tahun akhirnya habis di tangan pencarum sendiri?

Jika alasan kehabisan wang simpanan dalam jangka masa 5 ke 10 tahun menjadi keprihatinan KWSP, Maka Sangkakala mencadangkan agar dividen sebanyak 2.5 peratus dinaikkan kepada 5 peratus setahun memandangkan wang pencarum dalam KWSP selalu digunakan untuk membuat pelaburan dan dividen sebanyak 5 peratus daripada keuntungan adalah berbaloi.

Maaflah kalau Sangkakala katakan disini bahawa penambahan had umur pengeluaran KWSP ada agenda lain dan bukannya untuk membantu pencarum.

Kepada kerajaan Barisan Nasional, jika perkara ini diteruskan, maka kerajaan hari ini perlu bersiap sedia untuk bertukar tempat duduk dalam parlimen lepas PRU akan datang dan ini Sangkakala rasa amat pasti memandangkan rakyat pada hari ini sudah mula melihat bahawa kerajaan pada hari ini membawa masalah kepada mereka.



2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

alasan kwsp rapuh. kalau nak pencarum simpan dalam kwsp selepas 55 tahun, bagi la dividend sama macam asb. mungkin orang keluarkan dari kwsp untuk masukkan kedalam asb. munngkin juga untuk modal business. lu pikirla sendiri.......

Tanpa Nama berkata...

Kerajaan yg ada pada hari ini hanya mementingkan wang tanpa sedikit pun rasa bersalah menganiayai golongan rakyat bawahan yang kais pagi makan dan kais petang makan petang. Untuk makluman pihak kerajaan , seperti yang saya tonton dalam MHI TV3 pagi ini, mengikut kajian yang dijalankan oleh pihak yg tertentu mendapati perbelanjaan harian setiap rakyat pada tahun 2031 adalah RM64.00. Apa bezanya jika pengeluaran penuh diwajibkan pada umur 60 tahun pada tahun 2031 jika kos sara hidup turut meningkat berkali ganda.tak dapat membantu pun. Cuma satu cara saja iaitu, kerajaan membayar dividen tak kurang daripada 10% setahun kepada pencarum. Apalah nak jadi...GST lagi... berfikirlah dengan rasional wahai rakyat golongan bawahan samaada masih nak simpan kerajaan yang sedia ada atau pun ????.