Khamis, 7 November 2013

PAS MOHON SUMBANGAN LAGI !!! KALI NI DI SABAH PULA !!!


Wakaf lagi kali ni, kalau tak berkemampuan tunggulah sampai betul betul mampu baru le laksanakan, bukan dengan asyik memohon wakaf derma dan sebagainya.

Sangkakala teringat kisah yang terjadi di Titi Serong tak lama dulu, kes yang lebih kurang sama iaitu memohon sumbangan kononnya untuk buka pusat pengajian Darul Anuar dan sampai kini rasanya sebatang tiang pun belum tegak lagi.

Kali ni PAS nak buat kutipan lagi tapi di Sabah pula, dengan alasan sama tapi sejauh mana kebenarannya?

Bukanlah Sangkakala berniat untuk menidakkan atau menghina usaha untuk membina pusat pengajian Islam, tapu perlulah pengelola untuk kutipan tu jujur dan bukannya mengambil kesempatan diatas sumbangan orang ramai.

Begitu juga dengan sumbangan untuk membina lebuhraya, terus l3buh sampai sekarang, tak dengar berita dimana lebuhraya tersebut akan dibina sama ada di alam nyata atau mungkin juga di alam ghaib.

PAS melaungkan mereka sebagaiparti Islam dan pemimpin mereka kononnya memperjuangkan Islam, tak kurang juga hebatnya mengatakan bahawa pemimpin kerajaan rasuah, songlap duit rakyat dan sebagainya tapi apa jadi dalam parti Islam tersebut? Adakah semua sumbangan telah di dedahkan jumlahnya dan kemana duit tersebut dilaburkan.

Semua itu tak mungkin akan dijawab oleh pemimpin PAS kerana itu adalah urusan mereka kononnya dan apabila pemimpin kerajaan pula, duit dalam poket pun nak tau berapa tinggal baki.

Jadi kepada pemimpin PAS,  jangan menunding jari pada orang lain kalau kita sendiri pun tak betul dan perbaikilah diri sendiri dahulu barulah perbaiki orang lain.

Lagi satu, bila dah dapat sumbangan dari orang ramai, bersikaplah dengan telus, jangan ada agenda tersembunyi pula dengan duit kutipan tu.