Ahad, 17 November 2013

HUDUD !! RAKYAT DAH TAU KEBENARAN DAN KEMUNGKARAN PAS


Nampak gayanya PAS kali ni dah tak mampu nak berdolak dalik lagi tentang perlaksanaan hukum hudud yang dikatakan di halang oleh UMNO dan Barisan Nasional. 

Jabatan Agama Negeri Kelantan sendiri sudah mengesahkan bahawa kerajaan negeri itu boleh melaksanakan undang undang tersebut pada bila bila masa.

Tapi adakah benar PAS akan melaksanakan atau mahu melaksanakan hukuman tersebut?

Sangkakala yakin dan pasti akan ada alasan yang diberikan oleh PAS ekoran kesediaan jabatan agama negeri tersebut dalam melaksanakan undang undang syariah yang selalu menjadi lolongan pengikut serta pemimpin PAS selama ni.

Lepas ni jangan pulak kata nak kena tunggu jadi kerajaan pusat baru nak buat, laksanakan dulu di Kelantan tu baru le rakyat nampak sejauh mana keberkesanannya nanti.

Apa pun Sangkakala rasa rakyat sudah dapat menilai sejauh mana keikhlasan PAS dalam memperjuangkan hudud selama ini.

Dan Sangkakala juga yakin bahawa rakyay sudah dapat menilai bahawa hukum hudud ini hanyalah retorik PAS semata mata semasa pilihanraya tidak kira umum atau pilihanraya kecil.

Nampaknya lepas ni PAS terpaksa mencari alasan yang sudah digunakan selama puluhan tahun untuk memancing undi rakyat.

PAS bukan saja memainkan isu hudud malah mereka memainkan juga agama islam dalam politik mereka dan ini afalah sesuatu yang amat mengecewakan kerana orang islam sanggup untuk mempergunakan agama islam untuk kepentingan diri dalam mengejar jawatan dan kuasa.

Nik Aziz contohnya yang menjadi Menteri Besar dan kini masih lagi memegang jawatan sebagai ADUN hanya mampu untuk memperkatakan tentang Hudud tapi untuk melaksanakannya terlalu banyak alasan yang diberikan.

Ini membuktikan bahawa hukum hudud dan undang undang syariah ini tidak mampu dilaksanakan oleh PAS sendiri malah negeri yang ditadbir selama puluhan tahun tidak mengamalkan hukuman ini dan ianya cuma dicanangkan di serata pelusuk tanah air semata mata untuk memburukkan kerajaan sedia ada.

Kini PAS sudah tersepit didalam perangkap yang mereka bina sendiri dan kemungkinan untuk melepaskan diri adalah tidak mungkin.