Nampak sangat la kurang cerdik EXCO Perumahan kerajaan negeri Selangor ni dalam menjawab isu.
Bila ditanya tentang rumah kos rendah atau mampu milik, beliau mengatakan bahawa di zaman pemerintahan Barisan Nasional dulu banyak perumahan mampu milik yang menjadi syarat kepada pemaju masih belum dibina.
Ingat perkataan MASIH BELUM dibina dan bukannya TIDAK DIBINA, lagi satu, yang akan membina perumahan tersebut adalah PEMAJU perumahan ingat perkataan PEMAJU dan adalah menjadi kewajipan kepada pemaju untuk membina kediaman kediaman tersebut.
Tapi sekarang setelah hampir 6 tahun kerajaan pakatan memerintah negeri Selangor, berapa unit yang telah dibina? Jangan cakap akan dibina disana dan disini sedangkan ianya masih belum dilaksanakan lagi hingga kini.
Kalau untuk mengatakan bahawa ianya akan dibina ini tidak boleh membuktikan bahawa ianya akan dibina dan dari apa yang kita ketahui, apabila kerajaan Pusat bercadang untuk membina rumah mampu milik ini, kerajaan negeri telah menaikkan harga premium tanah tanah di Selangor hingga jika ianya dibuat atau dibina dengan rumah kos rendah atau mampu milik maka ianya akan membabitkan kerugian.
Adakah ini yang dikatakan kebajikan untuk rakyat Selangor?
Mungki rakyat Selangor sendiri tidak mengetahui apa yang berlaku dalam proses pengabil alihan tanah milik kerajaan negeri oleh kerajaan pusat.
Kerajaan negeri hanya mengutamakan keuntungan untuk kerajaan negeri sedangkan keperluan untuk rakyat Selangor itu sendiri tidak diberikan keutamaan.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone