Nampaknya kerajaan negeri Selangor perlu menjawab soalan yany dikemukakan oleh ADUN Permatang tentang kehilangan sumber pendapatan sebanyak RM 4.8 juta setahun.
Dalam mengatakan Selangor memiliki rezab yang tinggi kira kira 2.8 billion dan itu yang selalu dicanangkan rupanya kehilangan pendapatan sebanyak RM 4.8 juta setahun melalui bangunan Yayasan Selangor tidak didedahkan oleh kerajaan negeri.
Ini merupakan satu kerugian yang vesar dan jika dikira semula, dalam jangkamasa 5 tahun maka 24 juta hasil pendapatn hilang begitu sahaja.
Tapi macam mana pula Menteri Besar masih mampu untuk mengatakan bahawa kerajaan Selangor masih memperolehi keuntungan sehingga berlipat kali ganda?
Dan persoalan yang paling penting, kenapa ianya tidak pernah dibentangkan oleh kerajaan Selangor tentang kehilangan pendapatan ini kepada umum?
Adakah Menteri Besar dan exco kerajaan negeri ada menyembunyikan pwrkara perkara lain lagi selain dari kehilangan pendapatan ini?
Nampaknya Khalid seolah olah cuba menutup kerugian dengan menyatakan keuntungan yang belum tentu sahihnya kerana ada sumber mengatakan bahawa rezab yang dimiliki oleh kerajaan Selangor adalah berpunca dari pencairan aset milik anak syarikat negeri serta aset perbadanan.
Dan jika benar dakwaan ini maka Sangkakala rasa semua cerita tentang keuntungan yang diperkatakan dan diceritakan oleh kerajaan Selangor adalah bohong semata mata.