Dua dari PKR dan satu dari DAP adun di Sabah bertindak keluar parti dan menjadi ADUN bebas serta menyokong kerajaan Barisan Nasional.
Apakah itu tanda yang pakatan pembangkang di Sabah bakal berkubur apabila ramai di kalangan pemimpin dan ADUN pakatan akan bertindak keluar dari parti tersebut.
Mengikut kata pengasas PKR Sabah, lepas ni akan kelihatan pemimpin pakatan Sabah bertindak keluar parti dan beliau tidak terkejut jika perkara tersebut berlaku kerana Anwar dikatakan terlalu campur tangan dalam hal ehwal PKR dan pembangkang di Sabah.
Tambahan pula apabila Lajim Ukin dilantik sebagai ketua pembangkang, lagi lah orang tak suka.
Kalau dulu Anwar suka menyanyi 'tanya sama najib apa sebab goyang..nanti jawab najib sabah nak hilang', sekarang kita tanya balik pada Anwar, lagu apa pulak yang dia nak nyanyikan untuk diri dia sendiri.