Memang benar isu tersebut yang dibangkitkan oleh YB Halimaton tetapi ianya telah dimanipulasi oleh ahli dewan dari Pakatan serta campur tangan Timbalan Speaker Dewan yang mahu menunjuk kuasa.
Memang jelas dan nyata bahawa kenaikan harga sewa PPR telah dilakukan oleh kerajaan Selangor pada bulan Jun 2013 dan ianya cuba dinafikan oleh ADUN pakatan dengan mengatakan bahawa ianya telah diBINCANGKAN dalam sidang DUN yang lepas.
Dan satu lagi, ADUN PR juga mengatakan bahawa kenaikan tersebut dibuat oleh kerajaan Barisan Nasional pada tahun 2007.
Nampak tak betapa bodohnya ADUN PR yang mengeluarkan jawapan sebegini?
Memang perkara tersebut telah dibawa serta dibincangkan dalam sidang DUN, tetapi perlaksanaan daripada perbincangan tersebut tidak dilaksanakan oleh kerajaan negeri Selangor, dan apabila ditanya dan diminta penjelasan tentang perkara ini, terus YB Halimaton dikatakan berprasangka buruk terhadap kerajaan.
Itu adalah punca dimana bermulanya kekecohan tersebut, apabila Ketua Pembangkang bangkit untuk menafikan tuduhan yang dilemparkan kepada YB Halimaton oleh ADUN PR, disusuli pula dengan campur tangan Timbalan Speaker Dewan yang menunjukkan kuasa beliau dan mungkin ini telah mendapat pujian daripada pemimpin pembangkang di peringkat pusat.
Berbalik kepada apa yang diperkatakan oleh pengikut PR yang mengatakan YB Halimaton sengaja mewujudkan kekecohan dengan kenaikan harga sewa rumah, sedangkan harga kenaikan gula, petrol dan sebagainya tidak dipedulikan.
Disini Sangkakala lihat pula betapa bodohnya pengikut PR yang cuba mengalihkan isu dari isu negeri kepada isu nasional.
Mungkin dengan merebaknya berita dan video bagaimana kejadian tersebut berlaku, maka pengikut PR kini menghebahkan bahawa kekecohan tersebut berpunca daripada isu yang sangat kecil.
Dari apa yang Sangkakala lihat, PR akan memusingkan cerita apabila mereka merasa tersepit dan jika sesuatu perkara itu kena pada batang hidung mereka maka mereka akan cuba untuk mengalihkan isu tersebut.
Jika mereka ini masih memerintah, maka kemajuan tidak akan dicapai secara total dan untuk kerajaan Selangor janganlah terlalu gah dengan kejayaan kerana sepertimana yang dikatakan oleh Azmin Ali, kemajuan ini telah dilakukan oleh kerajaan sebelumnya dan PR hanya menyambung sahaja.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Tiada ulasan:
Catat Ulasan