Selasa, 26 Februari 2013

RATUSAN RAKYAT AKAN HILANG PEKERJAAN PADA TAHUN 2014

Dengan menifesto terbaru pakatan pembangkang yang mengatakan bahawa mereka akan melupuskan tol diseluruh negara sudah pasti menggembirakan hati rakyat.

Namun begitu kita perlu juga memikirkan nasib sesetengah anak anak muda yang bekerja sebagai jurutiket dan juruwang di setiap tol di tanah air.

Pakatan pembangkang hanya pandai untuk memberikan janji manis kepada rakyat tanpa mengira kesan buruk terhadap apa yang mereka katakan itu.

Seramai ratusan rakyat khususnya anak anak muda berkerja di syarikat lebuhraya dan yang paling ramai pula berkhidmat bersama syarikat lebuhraya utara selatan.

Jadi kemanakah anak anak muda ini atau pekerja pekerja ini mahu bergantung nasib setelah lebuhraya ini tidak dikenakan tol?

Selain itu juga, pembayaran tol adalah untuk memastikan bahawa penyelenggaran jalan atau lebuhraya ini adalah dari hasil kutipan tol berkenaan dan sekiranya pakatan pembangkang mengatakan mereka akan menghapuskan tol, maka sudah pasti kerajaan akan mengeluarkan satu perbelanjaan yang agak besar dalam membaiki jalanraya yang rosak.

Sekiranya kerajaan tidak mempunyai kewangan yang cuku untuk membaiki jalan jalan tersebut, sudah pasti jalan jalan ini akan mengalami masalah dan ini akan menyusahkan pengguna.

Berbalik kepada para pekerja tadi, mereka ini ada yang menyara keluarga dengan semata mata menggunakan pendapatan bekerja di syarikat syarikat konsesi lebuhraya berkenaan.

Dan tidak kurang juga ada dikalangan mereka menyara ibu ayah yang agak tua dengan menggunakan pendapatan tersebut.

Jadi kepada rakyat, janganlah kita gadaikan atau kita musnahkan pendapatan mereka hanya semata mata kerakusan pembangkang untuk mendapatkan kuasa ke Putrajaya.






Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tiada ulasan: