Khamis, 21 Februari 2013

NEGARA ISLAM SUDAH HILANG DARI MINDA PEMIMPIN PAS

Mungkin kerana terlalu mengharapkan untuk mendapat tempat sekiranya pakatan memenangi pilihanraya umum, maka PAS secara drastiknya sudah menukar agenda perjuangan mereka.

Jika dulu negara Islam menjadi perjuangan hakiki, namun kini ianya hanyalah mimpi yang hilang bila mata terbuka sedar dari tidur.

PAS sudah tidak lagi memperjuangkan negara Islam dan kini negara berkebajikan pula dijadikan sebagai tema perjuangan.

Adakah para pengikut PAS tidak dapat melihat segala kejadian ini? Atau mereka sengaja membutakan mata mereka dengan perlakuan para pemimpin PAS yang tamkkan kuasa dan gilakan jawatan?

Semua itu sepatutnya dilihat oleh ahli ahli PAS yang telah lama bersama sama parti tersebut, kerana disatu masa dulu sebelum mereka bergabung dengan DAP dan PKR seluruh ahli ditekankan dengan perjuangan untuk mewujudkan negara Islam.

tetapi setelah mereka bergabung, perjuangan itu terus ditukar dan mungkin ada ahli ahli PAS yang sudah lama didalam PAS menerima satu kejutan budaya yang amat dahsyat.

Negara berkebajikan telah lama wujud di Malaysia dan ianya telah dilakukan oleh kepimpinan Barisan Nasional sejak dari dulu lagi.

Jadi negara berkebajikan bagaimana yang hendak diperjuangkan oleh PAS kini? Segala kebajikan rakyat telah diberikan oleh Barisan Nasional kepada seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira agama, bangsa dan fahaman politik.

Jadi adakah negara berkebajikan PAS juga akan luput dari minda mereka sama seperti negara Islam yang diperjuangkan dahulu?




Tiada ulasan: