Rabu, 27 Februari 2013

PARIT BUNTAR BAKAL DITAWAN SEMULA OLEH BN

Melihat kepada senario politik di kawasan parlimen Parit Buntar adalah amat diyakini bahawa Barisan Nasional akan merampas kembali kerusi parlimen dan dua kerusi DUN.

Ini semua adalah berikutan ketidak percayaan para pengundi terhadap kepimpinan PAS dan PKR yang meletakkan calon mereka yang mana dilihat tidak mampu untuk menyelesaikan masalah rakyat.

DUN Titi Serong contohnya yang diwakili oleh YB Drs Khalil Idham Lim telah gagal didalam perancangan beliau untuk membina sebuah pusat pengajian ala ala bangunan China di satu kawasan tanah yang telah di tambak dan diadakan majlis pecah tanah beberapa tahun dahulu.

Seperti yang Sangkakala pernah keluarkan didalam artikel sebelum ini, rancangan pembinaan kompleks pendidikan darul anwar adalah dengan mewakafkan tapak kompleks tersebut untuk mendapat sumbangan dari orang ramai dengan kadar RM 10 satu kaki persegi, namun beberapa kekeliruan telah terjadi dan disitu juga kita melihat bahawa kegagalan ini amat mendukacitakan para penderma.

Kawasan kompleks tersebut juga telah diwakafkan sedangkan sebelum itu tanah tersebut masih lagi dimiliki oleh pemilik asal dan ianya belum dipindah milik keatas nama IdhamCare atau Idham Lim Care, namun begitu, apabila sudah ada penyumbang bagi pembinaan tersebut maka barulah pembelian tanah dilakukan dan mengikut maklumat yang Sangkakala terima, masih ada lagi pemilik tanah tersebut yang belum menyatakan persetujuan untuk menual tanah milik mereka.

Tanah tersebut juga dikatakan masih berada didalam satu geran dan ianya belum dibuat pecahan dan dengan itu juga bermakna, walaupun sudah ada yang menyatakan persetujuan tetapi tidak seorangpun yang tahu dimana kedudukan tanah mereka kerana tiada persempadanan hak milik tanah.

Jadi bagaimana IdhamCare hendak mengatakan bahawa proses pengambil alihan sudah berjalan?

Sangkakala juga merasakan seperti para penyumbang seakan akan tertipu dengan apa yang terjadi kerana, tanah yang diwakafkan untuk sumbangan itu sebenarnya adalah hak milik orang lain sedangkan dalam pamplet atau handbill yang diedarkan kepada para penyumbang adalah wakaf untuk pembinaan dan bukannya untuk pengambil alihan tanah dan satu lagi, sehingga kini, wang sumbangan dikatakan masih tidak mencukupi sedangkan ianya sudah berjalan begitu lama, adakah lama kelamaan, tanah ini akan menjadi hak milik IdhamCare yang mana umumnya sudah diketahui dimana kesemua pemegang amanah adalah kaum kerabat YB Idham Lim?

Selama beberapa tahun setelah majlis pecah tanah dijalankan, dan setelah Sangkakala dedahkan didalam blog ini, barulah YB Idham tampil membuat kenyataan di akhbar dan ini juga menunjukkan bahawa sekiranya perkara ini tidak didedahkan maka pihak IdhamCare akan terus mendiamkan diri sehinggalah pilihanraya umum akan datang dimana pengakuan juga telah dibuat oleh YB Idham yang mana beliau tidak lagi akan bertanding sebagai ADUN di Titi Serong dan tempat beliau akan digantikan dengan Pesuruhjaya PAS negeri Perak kononnya.

Ini juga menunjukkan seolah olah YB Idham melarikan diri dari permasaalahan yang dilakukan oleh beliau dan digantikan dengan orang lain pula, dan apa yang pastinya ialah beliau tidak mengalami apa apa kerugian kerana sepanjang beliau menjadi wakil rakyat di DUN Titi Serong, tiada apa apa pembangunan yang dibawa oleh beliau.

Semua bantuan dan sumbangan untuk kebajikan rakyat di kawasan Titi Serong dilakukan oleh UMNO dan Barisan Nasional sedangkan UMNO dan Barisan Nasional kalah semasa PRU12 yang lalu dan kini apa yang pasti, pengundi di Titi Serong sudah tahu menilai yang mana intan dan yang mana kaca, kehadiran YB Idham Lim hanyalah untuk memuaskan nafsu sebagai wakil rakyat semata mata.



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tiada ulasan: