Khamis, 28 Februari 2013

KESILAPAN TEKNIKAL ATAU MENIFESTO SEGERA

Dalam kenyataan Pakatan Pembangkang bahawa isu menifesto mereka yang tidak menyenaraikan Kelantan dan Terengganu dalam pemberian dan penerimaan royalti sebagai masalah teknikal adalah amat diragui.

Sangkakala mendapat beberapa jawapan daripada rakan rakan yang berada didalam parti kerajaan dan pembangkang.

Rata rata mereka mengetakan bahawa kesilapan teknikal adalah satu alasan daripada pembangkang kerana ianya tidak mungkin terjadi sekiranya pakatan pembangkang benar benar telus dan ikhlas dalam memperjuangkan hak Kelantan serta Terengganu walaupun telah termaktub didalam sistem perundangan bahawa untuk royalti minyak ianya hanya diberikan kepada negeri yang mempunyai minyak diperairan mereka.

Ini juga jelas bahawa menifesto pakatan pembangkang dibuat tanpa perbincangan kerana jika ianya telah dibincangkan maka kesilapan seperti itu tidak akan berlaku.

Ada juga rakan rakan yang memberitahu kepada Sangkakala bahawa pakatan pembangkang mengetahui bahawa Kelantan dan Terengganu tidak layak menerima royalti berikutan kawasan penemuan dan carigali minyak tersebut bukan didalam perairan mereka dan ini berbeza dengan keadaan di Sabah dan Sarawak.

Jadi untuk menutup mata aktivis royalti minyak, mereka memasukkan negeri negeri pengeluar minyak akan mendapat royalti sebanyak 5 ke 20 peratus dan setelah dikaji dan diambil kira, maka Kelantan dan Terengganu bukanlah negeri pengeluar minyak seperti yang dicanangkan dan ini nanti sudah pasti akan memberikan peluang kepada pembangkang untuk menepis sebarang tuntutan berkenaan royalti minyak di kedua dua negeri tersebut.

Perkara ini juga Sangkakala lihat hanya sebagai permainan pembangkang yang di ketuai oleh Anwar Ibrahim yang sememangnya mengetahui hal tersebut dan seperti kata bekas ketua AMK Perak, saudara Faizal dalam satu sesi ceramah bongkar lebih kurang 2 minggu lalu di Parit Buntar, Anwar akan melakukan apa sahaja dan berjanji segala bagai tapi ianya hanyalah untuk mencapai kemenangan dan setelah menang, semua itu akan diolah semula untuk kepentingan beliau.

Jadi kita semua harus sedar bahawa, menifesto pembangkang ini tidak bersesuaian langsung dan ianya dibuat secara tergesa gesa hingga membuatkan kesilapan demi kesilapan terjadi dan oleh yang demikian, pembangkang dilihat tidak layak untuk memerintah kerana jika perkara sebegini di anggap remeh, apatah lagi untuk memajukan negara.


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tiada ulasan: