Jika dilihat kepada senario politik didalam PAS kini, sudah pasti kita melihat sesuatu yang amat pelik sekali, bukan kerana apa, cuma Sangkakala melihatkan kini bahawa PAS semakin ketandusan Ulama setelah kemasukan para artis yang kononnya sudah berubah dan mahu menuju ke jalan benar.
PAS dilihat sanggup kehilangan para Ulama dan para cendekiawan semata mata mahu menumpang populariti artis artis berkenaan.
tidak dinafikan bahawa ada segelintir artis yang sudah benar benar insaf dan mula mendalami agama islam dan seterusnya menjadi pengajar tentang agama.
Namun apa yang terjadi didalam PAS pula adalah sebaliknya, PAS menerima kemasukan ahli mereka yang terdiri daripada artis yang tidak mempunyai ilmu agama yang mencukupi dan seterusnya membeiarkan mereka berkhutbah dikhalayak ramai dengan mengatakan sesuatu yang jauh terpesong dari landasan agama.
Sebagai contoh disini, Abby Abadi yang selama ini tidak bercerita tentang agama tiba tiba sudah mula mengatakan pelbagai persoalan dan bukan itu sahaja, beliau juga memberikan jawapan tentang agama.
Persoalannya ialah, sejauh mana penegetahuan agama Abby Abadi? Apakah selepas menjadi ahli PAS maka beliau sudah begitu bijak dan arif tentang agama islam?
Apa yang diucapkan oleh bekas artis ini tidak lebih dari fitnah dan dusta semata mata dan Sangkakala melihat bahawa PAS hanyalah menggunakan artis ini untuk publisiti dan bukannya untuk membawa mereka ke jalan yang sepatutnya.
1 ulasan:
Boob lukkman pun samo gak.
Catat Ulasan