Setelah menyedari keterlanjuran ucapan tersebut, para cybertrooper proPR telah memainkan isu dengan mengatakan bahawa kenyataan Nik Aziz tersebut telah dimanipulasi oleh media yang dikatakan dikuasai oleh Barisan Nasional.
Namun ketentuan Tuhan tidak mampu dielak oleh manusia apatah lagi ianya melibatkan kejujuran serta keikhlasan, selama ini kenyataan tersebut hanya dikeluarkan didalam media cetak tanpa bukti bergambar dan bersuara, dan kali ini pembangkang khususnya PAS harus berdepan dengan bukti ini yang jelas menunjukkan apa yang diperkatakan oleh Nik Aziz terhadap perima BR1M.
Ikuti video dibawah
KLIK GAMBAR UNTUK VIDEO
Adakah dengan video itu Nik Aziz akan kata besi tak boleh jadi bukti sekali lagi sepertimana yang beliau pernah katakan semasa isu Anwar Ibrahim dengan chinadoll dulu?
Jadi disini, pembaca boleh menilai, betapa celuparnya mulut Nik Aziz yang dianggap ulama oleh para pengikut PAS yang juga sama sama ada menerima BR1M.
Tak sangka, walaupun dilihat begitu warak dan beragama, Nik Aziz sanggup menyamakan manusia dengan haiwan.