Mengikut apa yang beliau tuliskan dalam artikel tersebut, jelas menunjukkan bahawa ada pemimpin Barisan Nasional yang mengatakan bahawa blogger dan cybertrooper proBN tidak mengikut koordinasi.
Baca sini untuk maklumat lanjut
http://bit.ly/ZmLelm
Disini Sangkakala nak nasihatkan Tun Faisal, tak perlu marah marah bro, kalau mereka rasa mereka tak perlukan bolgger dan cybertrooper pun jangan kita marah sebab kita nak bagi Barisan Nasional menang.
Pemimpin seperti mereka datang dan pergi namun parti akan kekal disitu dan kita akan pastikan bahawa Barisan Nasional menang dalam pilihanraya umum akan datang.
Bercerita balik kepada koordinasi yang dimaksudkan oleh mereka, Sangkakala rasa mereka ini hanyalah nak tunjuk mereka adalah hebat, sedangkan mereka kena dan perlu tahu bahawa blogger tidak mempunyai pandangan yang sama dalam satu satu isu.
Serangan yang dilakukan di satu satu kawasan tidak memerlukan koordinasi daripada mana mana pihak dan Sangkakala nampak blogger blogger dan cybertrooper proBN sekarang lebih konsisten dalam penulisan dan serangan terhadap pembangkang.
Tapi kalau mengikut daripada penulisan Tun Faisal, Sangkakala dapat merasakan bahawa pemimpin yang memperlekehkan blogger dan cybertrooper ini sebenarnya adalah orang orang atau pemimpin yang gagal merealisasikan apa yang pernah diucapkan oleh Perdana Menteri semasa konvension media sosial pada 20 November 2011 yang mana Perdana Menteri mengatakan bahawa penggiat media proBN ini adalah jentera barisan hadapan dan sudah tentulah ada yang cuba untuk menjadi panglima perang.
Jadi kepada pemimpin pemimpin tersebut, Sangkakala cuma nak ingatkan satu perkara, kami para bloggers bukan berjuang untuk anda semua, tapi kami berjuang untuk parti dan seperti yang Sangkakala katakan tadi, pemimpin datang dan pergi namun parti akan kekal disitu dan kerana itu jugalah kami berjuang untuk memenangkan parti.
psstt..jangan nanti ada lak yang claim kata blooger ni orang pemimpin itu dan ini, dapat penyakit nanti..
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Tiada ulasan:
Catat Ulasan