Selasa, 12 Februari 2013

KARPAL PILIH ANWAR ADA UDANG SEBALIK BATU

Pengerusi DAP Kebangsaan, Karpal Singh sekali lagi menegaskan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menjadi perdana menteri jika pembangkang berjaya menawan Putrajaya dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Tapi kenapa Karpal beriya sangat mahukan Anwar sebagai Perdana Menteri? Kenapa beliau tidak mengatakan Hadi Awang atau pemimpin Pakatan yang lain?

Mungkinkah ada satu satu perkara yang akan bakal berlaku sekiranya Anwar menjadi Perdana Menteri atau Anwar dengan Karpal mempunyai perjanjian sulit yang tidak diketahui umum?

Semua ini perlu kan penyelidikan kerana satu masa dahulu semasa Anwar masih menjadi Timbalan Perdana Menteri, Karpal dengan lantang menunjukkan surat yang kononnya adalah dokumen kepada penglibatan Anwar dalam skandal meliwat dan rasuah.

Tapi bila kini, Karpal pula yang mempertahankan Anwar untuk dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia sekiranya pakatan memerintah tampuk kerajaan.

Sangkakala pernah mendapat maklumat dari seorang rakan yang mengatakan bahawa terdapat perancangan sulit DAP yang mana ianya hanya membabitkan pemimpin dikalangan orang bukan Melayu.

Dalam perancangan itu kononnya telah ditetapkan bahawa Anwar hanya akan menjadi Perdana Menteri selama 2 tahun dan selepas itu akan ada satu gerakan untuk menggulingkan Anwar Ibrahim dengan kes kes yang sedang dikumpulkan oleh DAP dalam rencana untuk mereka menjadi pemerintah.

Jika apa yang dimaklumkan oleh kawan Sangkakala itu benar maka adalah amat merbahaya kepada perpaduan serta keselamatan negara.

Jika berlaku penggulingan ini, maka akan terjadilah pergaduhan dan sebagainya dan ini adalah amat merbahaya kepada sistem ekonomi serta keselamatan negara.





Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tiada ulasan: