Isnin, 18 Februari 2013

DIKETEPIKAN OLEH PEMBANGKANG HINDRAF MULA MAIN UGUT

Kumpulan pendesak Hindraf yang melihat bahawa kehadiran mereka tidak dipedulikan oleh pembangkang kini mula mengugut bahawa pakatan pembangkang akan kehilangan 25 kerusi.

Sejauh mana hebatnya hindraf sampai boleh meramal kemenangan atau kekalahan sesebuah parti di satu satu kawasan?

Hindraf dahulunya cuba mencari perhatian kerajaan namun tidak diendahkan kerana mereka dilihat lebih kepada keuntungan peribadi dan bukannya bersungguh sungguh membela nasib kaum India dan kaum India sendiri tidak senang dengan kehadiran Hindraf yang dikatakan menjadi pengacau dalam hubungan baik sesama kaum di Malaysia.

Setelah tidak diendahkan begitu, mereka (Hindraf) mula beralih arah kepada pembangkang dengan harapan pembangkang dapat menerima mereka.

Walaupun mereka tahu bahawa pembangkang juga melihat perkara yang sama seperti mana yang dilihat oleh Barisan Nasional namun mereka tetap mencuba dan mungkin menggunakan kaedah ugutan bahawa Pakatan pembangkang akan kalah di 25 kawasan.

Jika Hindraf begitu hebat, sudah pastilah mereka jugboleh bertanding dengan menggunakan apa apa lambang sebagai parti bebas, kenapa perlu ugut menugugut?

Ternyata tindakan kerajaan dalam membiarkan isu Hindraf adalah tepat dan bersesuaian dengan keadaan dimana kebajikan masyarakat India tidak pernah terabai dan tiada keperluan bagi kaum India mewakilkan mana mana badan pendesak untuk membela kebajikan mereka.



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tiada ulasan: