Sabtu, 17 September 2011

cukup le mana yang ada,jangan lebih sangat






Bagi memastikan Malaysia terus menikmati keamanan, setiap kaum mesti menerima hakikat bahawa tidak semua tuntutan yang dibuat oleh mereka akan dipenuhi oleh kerajaan.


Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, sekiranya kesemua kaum faham keadaan itu, negara akan kekal aman sekali gus membolehkan pembangunan ekonomi berlaku dengan pesat.


Beliau juga berkata, sekiranya sesuatu kaum mahu tuntutannya dipenuhi, secara tidak langsung ia akan menidakkan hak kaum lain di samping mewujudkan persaingan di antara kaum-kaum di negara ini.


"Saya berpendapat mentadbir negara yang berbilang kaum berbeza dengan pentadbiran negara yang hanya mempunyai satu etnik saja kerana sudah tentu ada tuntutan masing-masing dari kaum masing-masing.


"Di Malaysia untuk menentukan keadaan jadi aman, setiap satu kaum itu mesti terima hakikat bahawa tidak 100 peratus daripada tuntutannya dapat dilayan.


Kalau hendak juga 100 peratus, sudah tentu dia akan menidakkan hak sesuatu kaum yang lain,” katanya dalam program Bicara Negarawan bersama Tun Dr. Mahathir Mohamad yang disiarkan di RTM 1 malam tadi. 

Tiada ulasan: