Jenayah kekerasan | 2005 | 2006 | 2007 januari-ogos |
Bunuh | 497 | 604 | 383 |
Cubaan Bunuh | 94 | - | - |
Rogol | 1887 | 2435 | 2144 |
Cabul Kehormatan | - | 2023 | 1576 |
Samun Berkawan Bersenjata api | 40 | 68 | 22 |
Samun berkawan tiada senjata api | 1842 | 2658 | 1918 |
Samun bersenjata api | 317 | 247 | 155 |
Samun tiada bersenjata api | 13210 | 18446 | 12936 |
Pemerasan | - | 1549 | 1230 |
Ugutan jenayah | - | 6336 | 5493 |
Merusuh | - | 2261 | 1744 |
Mencederakan | 4246 | 5716 | 4501 |
Jumlah | 2213 | 42343 | 32102 |
Jenayah harta benda | | | |
Curi | 34317 | 37128 | 28865 |
Curi van/lori/jentera berat | 5507 | 6328 | 3384 |
Curi motokar | 9711 | 11101 | 7954 |
Curi motosikal | 51709 | 64858 | 43652 |
Curi ragut | 9617 | 9551 | 7176 |
Pecah rumah siang hari | 6923 | 8253 | 6296 |
Pecah rumah malam hari | 17542 | 19060 | 14356 |
Jumlah | 135326 | 156279 | 111683 |
Jumlah jenayah indeks | 157459 | 198622 | 143785 |
Sumber: Harakah (Polis DiRaja Malaysia)
Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Harakah dalam artikel yang bertajuk (UMNO BN rela jenayah subur tanpa hudud) yang ditulis oleh Nik Nasri Nik Malek jelas menunjukkan ketidak matangan akhbar tersebut dalam keengganan UMNO dalam melaksanakan hukuman tersebut di dalam Negara.
Dalam artikel tersebut juga di masukkan statistic yang kononnya diperolehi dari Polis DiRaja Malaysia yang mana indeks jenayah tersebut seolah-olah menggambarkan bahawa segala kegiatan jenayah hanya dilakukan oleh orang melayu beragama islam.
Seperti yang pembaca semua sedia maklum, kegiatan jenayah tidak hanya dilakukan oleh sesebuah bangsa ataua keturunan atau agama, sedangkan tajuk artikel tersebut sahaja sudah jelas membuktikan bahawa Harakah menuduh orang melayu beragama islam sahaja yang melakukan jenayah.
Sangkakala mengatakan demikian setelah membaca isi kandungan berserta tajuk artikel tersebut yang berbunyi UMNO BN RELA JENAYAH SUBUR TANPA HUDUD. Ini memeberi bayangan sekiranya hukum hudud dilaksanakan semua kadar jenayah akan terhapus.
Pembaca sudah sedia maklum bahawa hukum hudud hanya berkuatkuasa untuk orang yang beragama Islam dan yang bukan islam tidak termaktub didalam hukuman ini dan mereka bebas dari perlaksanaan hukuman tersebut.
Jika tajuk artikel dalam Harakah berbunyi sedemikian, cuba kita renungkan kembali adakah penjenayah-penjenayah ini di kalangan orang melayu atau islam semata-mata? Sehingga jika terlaksananya hukum Hudud maka kadar jenayah dalam Negara ini dapat dihapuskan?
Dalam erti kata lain, adakah PAS akan melaksanakan hukum hudud terhadap semua bangsa tidak mengira latar belakang agama dalam setiap jenayah yang diperlakukan?
Ini menjadi persoalan dalam fikiran Sangkakala, sejauh mana keberkesanan hukuman Hudud sekiranya dilaksanakan di dalam Negara sedangkan Negara ini mempunyai penduduk yang berbilang kaum.
Adakah kita mahu orang bukan islam juga tertakluk pada undang-undang Hudud? Bagi Sangkakala hukuman ini memang langsung tidak sesuai dilaksanakan di dalam sebuah Negara seperti Malaysia. Setiap agama ada pandangan masing-masing dalam usaha mengekang jenayah dan semua agama mengajar agar penganutnya tidak melakukan kejahatan tetapi hanya melakukan kebaikan, apatah lagi dikalangan sesame manusia.
Fikir-fikirkan lah jika PAS melaksanakan hukuman ini, dimana kebajikan kaum dan agama-agama lain.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan