Sabtu, 10 September 2011

CERITA SEBENAR SEORANG BEKAS ANGGOTA TENTERA DAN ISTERI BELIAU TENTANG KOMUNIS

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.

Hari ini Sangkakala akan dedahkan tentang kekejaman komunis yang di katakan oleh Timbalan Presiden PAS (Mat Sabu)  sebagai pejuang kemerdekaan melalui perjumpaan antara Sangkakala dengan seorang bekas anggota tentera (unit Angkut/Pengangkutan) yang terlibat dalam operasi mengangkut keluar mayat anggota Pasukan Polis Hutan (PPH) atau kini dikenali dengan panggilan Pasukan Gerak Am (PGA) yang telah diserang hendap oleh pengganas komunis di Kawasan Air Panas Gerik Perak. Ikuti rentetan beliau dengan pengalaman tersebut.

“Nama pakcik Khairuddin bin Malik, lahir di Pantai Remis Perak. Pakcik mula menyertai pasukan tentera pada umur 20 tahun iaitu pada tahun  09.12.1971 hingga 08.12.1984 (13 tahun). Pakcik ditempatkan di kem Taiping Perak. Seingat pakcik, kejadian ini berlaku pada tahun 1972 dimana sebanyak 5 trak pengangkut telah membawa anggota PPH dari kem PPH Ulu Kinta ke kem PPH Air Panas Gerik. Kejadian ini berlaku pada waktu pagi, dimana trak pengangkut terakhir konvoi tersebut telah diserang hendap oleh pengganas komunis. Seramai 12 orang anggota telah terkorban dalam serang hendap tersebut.”

PAKCIK KHAIRUDDIN

BUKTI PERKHIDMATAN BELIAU DALAM
ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

BUKU MERAH YANG MENGESAHKAN PERHIDMATAN
BELIAU

“Pakcik telah ditugaskan untuk mengangkut mayat-mayat tersebut untuk dibawa keluar dari kawasan serangan dimana pakcik sendiri telah melihat mayat-mayat tersebut bergelimpangan dibunuh dengan kejam. Perasaan pakcik pada ketika itu bercampur-campur, takut ada sedih pun ada.”

“Dalam kejadian tersebut kalau tak silap pakcik cuma seorang sahaja yang terselamat itupun cedera di tembak. Pakcik sempat melawat anggota PPH yang terselamat tersebut di hospital dan pakcik juga sempat bertanya pengalaman beliau. Beliau berkata mereka telah di serang hendap melalui 3 buah bukit di mana kekuatan pengganas lebih kurang 30 orang.”

“Pada zaman pakcik dulu memang banyak komunis ni, tak kurang juga dengan talibarut komunis yang terdiri dari orang-orang melayu.”

“Satu lagi kejadian yang pakcik tak boleh lupakan adalah kejadian di Kulim Kedah, dimana pada masa itu pakcik telah di tugas kan untuk membawa kenderaan tentera dari Sungai Petani, sampai saja berhampiran dengan pekan Kulim, pakcik telah dikejutkan dengan bunyi letupan, rupa-rupanya seorang penunggang motosikal jenis Vespa di hadapan pakcik telah melepaskan tembakan dan meragut nyawa 3 anggota polis yang sedang melakukan sekatan jalan bagi menahan mereka yang disyaki terlibat dalam kegiatan penyeludupan beras.”

Apabila Sangkakala bertanya apa komen beliau dengan kenyataan Mat Sabu tentang komunis baru-baru ini, dengan lantang beliau berkata, “Dia jangan suka-suka nak bercakap, kalau dia bercakap macam tu depan pakcik rasanya mungkin penumbuk askar ni hinggap kat muka dia. Kami berjuang bermati-matian, di pula nak kata komunis tu pejuang. Suruh dia duduk kat Negara China le kalau macam tu”.

PAKCIK KHAIRUDDIN BERDIRI SEBELAH KIRI SEKALI

Isteri beliau, Salasiah bt Ali pula mempunyai pengalaman sendiri dalam zaman komunis dimana arwah ayah beliau, Ali bin Mat adalah seorang bekas anggota pasukan SC telah beberapa kali diserang hendap oleh komunis, mungkin Allah memanjangkan nyawa arwah, jika tidak, mungkin kami akan kehilangan ayah semasa kecil lagi katanya.

Beliau masih ingat lagi pada tahun 1959, “ketika itu umur makcik lebih kurang 8 tahun, kami sekeluarga duduk di beret atau quarters SC, nama post yang arwah ayah makcik jaga tu mourypost di kawasan Ulu Bernam, untuk sampai kekawasan ni perlu menaiki bot Merin”, ujar beliau.

“Lebih kurang jam 8 malam sewaktu kami 5 sekeluarga sedang makan, kami dikejutkan dengan bunyi letupan dan kemudian terdengan bunyi berbalas tembakan. Arwah ayah makcik yang pada ketika itu sedang makan bangun terus mencapai senapang serta peluru dan pergi berlindung di kubu yang dibina. Kalau tak silap makcik arwah ayah berbalas tembakan hampir 1 jam, mujurlah tiada anggota SC atau ahli keluarga kehilangan nyawa pada malam tersebut”.

ALLAHYARHAM ALI BIN MAT (KANAN SEKALI)
SEMASA MENGANGGOTAI PASUKAN SC

ALLAHYARHAM SEMASA KAWAT TAMAT LATIHAN
Dalam menghayati cerita suami isteri ini, kita harus berfikiran lebih jauh, adakah komunis itu pejuang kemerdekaan setelah apa yang di lakukan terhadap anggota polis bukit kepong serta cerita yang disampaikanoleh pakcik Khairuddin tadi.

Pada Sangkakala, Mat Sabu memang buta sejarah dan beliau hanya berkata mengikut kehendak mulut dan bukan kehendak rakyat.

Seperti kata-kata akhir sebelum Sangkakala meninggalkan rumah pakcik Khairuddin, beliau berpesan kepada Mat Sabu, “walau pun pakcik ni dah berumur tapi sekali orang tu sebut komunis baik atau pejuang, pakcik anggap dia juga adalah komunis, dan pada pakcik komunis tak boleh dimaafkan walau dengan apa alasan sekalipun. Kalau Mat Sabu nak tau betapa sukarnya kami (askar/polis) dalam menjaga keamanan Negara, suruh dia pikul senjata dan duduk dalam hutan berbulan-bulan lamanya”.

Beliau juga menyeru kepada semua anggota tentera dan polis tak kira sama ada masih berkhidmat atau telah berhenti supaya ingat akan sejarah perjuangan. Berapa ramai rakan-rakan kita dalam askar yang terkorban.

Tiada ulasan: