Sabtu, 20 Februari 2021

@DrZahidHamidi KEPUTUSAN KPM YANG MENYUSAHKAN RAKYAT

Keputusan Kementerian Pendidikan Malaysia yang akan membuka semula sesi persekolahan pada awal Mac nanti dilihat bukanlah sebagai keputusan popular yang ditunggu tunggu oleh rakyat.

Ramai dikalangan ibu bapa mengeluh kerana tindakan KPM yang seolah olah tidak langsung mengambil kira pelbagai sudut permasaalahan yang dihadapi oleh ibu bapa.

Mungkin bagi mereka yang berkerja di sektor awam tidak akan begitu merasai permasaalahan ini berikutan pendapatan yang tidak terjejas tetapi bagi mereka yang terjejas dengan Perintah Kawalan Pergerakan yang mana ada sesetengahnya kehilangan pendapatan secara total akan menghadapi permasaalahan yang ketara.

Ini bukan kali pertama Menteri KPM melakukan tindakan diluar jangkaan sepertimana yang berlaku pada hujung bulan Disember lepas dimana selang 2 hari sesi persekolahan dibuka pihak KPM telah membuat keputusan untuk menangguhkan sesi persekolahan.

Ramai yang merungut setelah ibu bapa berbelanja membeli peralatan dan kelengkapan persekolahan anak namun akhirnya sesi persekolahan ditangguhkan dan digantikan dengan sistem pembelajaran dalam talian dan membuatkan ibu bapa berbelanja sekali lagi membeli gajet dan peralatan untuk memastikan anak mereka tidak ketinggalan dalam pembelajaran.

Namun tak sampai 2 bulan, keputusan berkenaan ditukar sekali lagi dalam keadaan tergesa gesa oleh pihak kementerian dan apa yang menarik perhatian ialah keputusan ini juga dikatakan tidak dibawa dalam mesyuarat kabinet hingga ada dikalangan Menteri juga terkejut dengan keputusan berkenaan.

Apa dah jadi dengan kerajaan hari ni? Keputusan demi keputusan yang tidak menampakkan kearah membantu rakyat dibuat.

Ada yang mengatakan bahawa pembelian gajet berkenaan juga adalah keperluan jangka panjang dan bagi Sangkakala itu tidak dipersoalkan bagi mereka yang berpendapatan tetap, tapi bagaimana pula dengan mereka yang tidak mempunyai pendapatan tetap? Apa daya mereka selepas ni?


Isnin, 15 Februari 2021

@DrZahidHamidi RINA MELARAM @joharighani PULA YANG SIBUK

Masih lagi sekitar suhu penampilan baharu Menteri Pembangunan Wanita yang juga merupakan Ahli Parlimen Titiwangsa dengan peragaan fesyennya sedang tular di media media sosial.

Daripada apa yang Sangkakala perhatikan, sepanjang pendemik Covid19 ini berlaku, mungkin langsung tiada kelihatan kelibat YB Rina Harun di kawasan atau mungkin Sangkakala terlepas pandang tentang perkara ni.

Tapi apa yang berlaku diketika rakyat sedang bergelut dengan permasaalahan, bekas Ahli Parlimen Titiwangsa pula mengambil alih tugas yang sepatutnya digalas oleh Rina Harun.


Dengan peruntukan kerajaan sebanyak RM 3.7 juta, nampak gayanya ada kemungkinan takkan sampai kepada rakyat di Titiwangsa apabila Ahli Parlimen nya sibuk dengan karier peragawati mungkin sebagai karier yang baharu.

Tapi masyarakat sekitar parlimen Titiwangsa memang dah dapat banyak manafaat selama Datuk Seri Johari Ghani menjadi Ahli Parlimen tetapi apabila rakyat termakan hasutan Pakatan Harapan diketuai oleh Tun Mahathir disertai pula oleh Tan Sri Muhyiddin Yasin maka Datuk Jo ditolak dan akhirnya sekarang orang yang ditolak itu kembali membantu.


DARURAT UNTUK KESELAMATAN ATAU DARURAT UNTUK MELARAM??

Hai, nampak gayanya Sangkakala kembali lagi menulis dalam laman ni, bukan sebab apa, cuma rasa rindu nak menulis dalam laman blog yang Sangkakala rasa agak lama juga di tinggalkan.

Sehari dua ni agak kecoh di laman laman media sosial tentang keberadaan seorang Menteri dari kerajaan PN ke dalam situasi yang mengejutkan.

Maksud mengejutkan itu adalah dari segi penampilan yang begitu mendadak peralihannya, terus terang lah Sangkakala bagi tau kat sini daripada badan yang agak berisi kini dah jadi macam super model.

Sangkakala tak menafikan bahawa ingin kelihatan cantik itu adalah fitrah manusia dan Menteri ni pun tak terlepas dari fitrah berkenaan.

Cuma masa dan ketikanya bagi Sangkakala adalah amat tidak sesuai sekali gus mengundang pelbagai persepsi masyarakat.

Sebagai contoh, dalam keadaan rakyat yang tertekan dan terkesan dengan pendemik covid19, perlu ke Menteri ni buang ribuan ringgit hanya semata mata untuk kelihatan menawan? 


Memang itu adalah hak beliau dan ianya menggunakan belanja persendirian atau pun tajaan. Tapi kalau tajaan rasanya macam tak kena pula sebab kalau ditaja mesti ada give and take ye tak?

Lagi satu dalam keadaan yang dikatakan darurat kesihatan walaupun seluruh rakyat Malaysia tahu bahawa ini adalah darurat politik, Menteri ni kena lebih peka kepada keadaan sekeliling yang mana darurat ini bukanlah menjadi pelepasan untuk mana mana Menteri menjalankan aktiviti persendirian.

Tapi dari apa yang Sangkakala nampak darurat politik ni menjadi satu kelebihan pula kepada sesetengah golongan untuk mengambil kesempatan sedangkan rakyat ternanti nanti apa kesudahan episod darurat dan PKP yang sedang berjalan.