Jumaat, 25 November 2016

IKUT TELUNJUK DAP !!! MBSA ARAH KAKITANGAN PENGUATKUASA TARIK LAPORAN POLIS @NajibRazak @NohOmar

Nampak sangat sekarang DAP menguasai keseluruhan kerajaan negeri Selangor apabila MBSA hari ini meminta kakitangan penguatkuasa yang dikasari dan viral di laman media sosial supaya menarik balik laporan polis.


Mungkin sebab si pelaku adalah orang cina dan dikatakan salah seorang pengikut tegar BERSIH, maka seorang exco kerajaan negeri dari DAP mula campur tangan dalam insiden berkenaan.



YB Ean Yong Hian Wah memberikan alasan paling bodoh dalam sejarah apabila mengatakan dua orang suspek tidak kenal dengan uniform yang dipakai oleh kakitangan berkenaan.

Persoalannya sekarang, duduk di Selangor takkan sampai tak kenal uniform penjawat awam dengan uniform sekolah?

Sangkakala ingat lagi kisah yang berlaku di Pulau Pinang tak berapa lama dahulu apabila kakitangan penguatkuasa diberikan RM 500 sebagai wang saguhati untuk menarik semula laporan polis juga akibat dikasari.

Inilah akibat apabila puak DAP mula menunjukkan kuasa mereka walaupun jelas dalam video yang tersebar menunjukkan bahawa kakitangan berkenaan dikasari dengan sengaja dan bukan untuk gurauan seperti yang didakwa oleh YB Ean.



ADIK AHLI PARLIMEN SUBANG DAPAT KOMISEN JUTAAN.RINGGIT DARI PROJEK PEUMAHAN IDAMAN PKNS @NajibRazak @NohOmar

Ini berita terbaru yang agak hangat dalam negeri Selangor khususnya bagi kawasan Subang.

Dalam diam tak diam, adik Sivarasa Rasiah mengutip jutaan ringgit hasil komisen bagi sesiapa yang akan menjalankan projek perumahan rumah idaman PKNS di Selangor.


Untuk berita lanjut..

BACA DISINI

Tak ramai yang tahu bahawa Sivarasa adalah proksi kepada kartel Azmin Ali di Selangor.



Rabu, 23 November 2016

PERATUSAN MENGUNDI PARLIMEN PUTRAJAYA NAMPAK PELIK @TenguAdnanReal @NajibRazak @KhairyKJ

Selama ni Sangkakala tak berapa nak campur sangat tentang pemilihan ahli parlimen belia, tapi kali ni ada yang menarik perhatian Sangkakala apabila peratusan keluar mengundi di kawasan Putrajaya ada pelik sikit.

Dengan peratusan keluar mengundi sebanyak 45% jelas agak meragukan, sebab apa? Sebab dikawasan lain yang populasi penduduk melebihi Putrajaya yang hanya lebih kurang 100 ribu orang, ahli parlimen putrajaya memperolehi kemenangan majoriti sebanyak lebih kurang 1700 undi.


Cuba lihat graf diatas, kebanyakan negeri negeri lain yang populasinya lebih dari 500 ribu hanya mendapat majoriti yang sedikit sedangkan graf untuk parlimen Putrajaya melonjak naik melebihi kawasan lain.

Mungkin KBS boleh melihat semula pemilihan yang dilakukan di Putrajaya dan kalau boleh, cuba diadakan semula pemilihan.

Lagi satu yang menjadi kemusykilan ialah, ahli parlimen yang lepas, dengan kempen bagai nak rak, hanya memperolehi undi sebanyak lebih kurang 200 undi tapi kali ini, dengan tanpa apa apa kempen, kemenangan boleh mencapai 1700 undi.

Ada cerita lain lagi lepas ni, dan jangan terkejut kalau Sangkakala dedahkan satu persatu, bukan apa, kalau nak berting, biarlah dalam keadaan bersih dan bukannya dengan cara yang agak tidak berapa nak betul.



SURAT PEKILILING JAIS TENTANG SEMINAR PEMIKIRAN ANWAR !! INI PANDANGAN YB BUDIMAN @NajibRazak @NohOmar

Isu surat JAIS arah guru-guru sekolah agama hadiri Seminar Pemikiran Datuk Seri Anwar Ibrahim.


1. Saya dan mungkin sebilangan besar rakyat Selangor merasa amat kesal serta dukacita terhadap isu surat Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) untuk mengeluarkan surat rasmi  mengarahkan guru dari Sekolah Rendah Agama (SRA), Sekolah Rendah Agama Integrasi (SRAI) dan Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) untuk menghadiri Seminar Pemikiran Datuk Seri Anwar Ibrahim yang akan diadakan di Dewan Jubli Perak, Bangunan Sultan Abdul Aziz pada 28 November ini.

2. Program seminar itu difahamkan dianjurkan Jawatankuasa Tetap Pendidikan Pembangunan, Modal Insan, Sains, Teknologi dan Inovasi Negeri Selangor yang akan dirasmikan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

3. Sebagai sebuah jabatan yang bertanggungjawab memastikan pembangunan Islam di Selangor, JAIS tidak seharusnya terlibat apatah lagi mengeluarkan arahan sedemikian kepada guru-guru agama di negeri ini untuk menghadiri seminar tersebut. Ia seolah-olah satu cubaan untuk mengangkat darjat Anwar Ibrahim sebagai tokoh pemikir yang kononnya boleh mencorakkan pembangunan pendidikan Islam kepada golongan pendidik dan anak-anak Selangor.

4. Sepatutnya JAIS lebih peka dan mengambil kira latar belakang Anwar Ibrahim yang mana Ketua Umum PKR itu ketika ini dipenjara setelah didapati bersalah atas  kesalahan meliwat bekas pembantunya dan ini sahaja sudah cukup dijadikan pertimbangan mengenai masalah moralnya sebelum ini yang tidak sejajar dengan ajaran Islam.

5. Tambahan pula, Anwar juga dikaitkan dengan pendiriannya sebelum ini yang menyokong kepada bentuk pemikiran yang bertentangan dengan ajaran Islam seperti fahaman liberalisme dan pluraslime termasuklah menyokong amalan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT). Kesemua bentuk pemikiran dan amalan sedemikian jelas difatwakan sesat dan haram di Selangor.

6. Malah, penganjuran seminar itu sendiri dilihat seolah-olah satu cubaan untuk mengangkat kembali imej Anwar yang semakin merudum sejak kebelakangkan ini susulan daripada peranan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tan Sri Muhyiddin Yassin yang dilihat seperti mengetuai pakatan pembangkang.

7. Saya berpendapat JAIS telah diperalat oleh kerajaan negeri yang dipimpin PKR untuk kepentingan politik tertentu.

8. Saya ingin mengingatkan Kerajaan PKR Selangor supaya jangan mempergunakan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dengan mengarahkan mana-mana kakitangannya termasuk guru agama menyertai program yang berbentuk politik di negeri ini. 

9. Selain itu saya juga memohon Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) supaya campurtangan dalam perkara ini demi kepentingan masa depan anak-anak Selangor.

10. JAIS adalah satu agensi yang bertanggungjawab untuk memelihara, menyatukan umat dan membangunkan syiar Islam di Selangor. Maka adalah penting agensi ini tidak dipengaruhi dengan unsur-unsur politik.

BUDIMAN MOHD ZOHDI 
Ahli Parlimen Sungai Besar.
Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Panjang.
23 November 2016



KERAJAAN TERUS DIAM ISU TANAH DAN HUTAN SIMPAN WARISAN @NajibRazak @nohomar @sprmsia #scs14

Status tanah Paya Indah Wetland diisytiharkan sebagai hutan warisan dunia dan diwartakan Jabatan Perhilitan sebagai Rizab Tanah Paya di bawah Kanun Tanah Negara.


Kawasan Paya Indah Wetland yang diwartakan sebagai Rizab Tanah Paya ialah Lot 4827 dan Lot 3974 seluas 450.76 hektar.

Dakwaan oleh Sdr Badrul Hisham Shaharin, Ketua Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) bahawa pertukaran status lot 68054 berjumlah 619 hektar di Mukim Tanjng 12 Kuala Langat akan menjejaskan kawasan hutan warisan dunia.

 YB Elizabeth Wong cuba menutup penipuan dengan menyatakan bahawa tiada pemohonan penukaran kegunaan tanah di lot 4827 dan lot 3974 di kawasan Paya Indah Wetland sedangkan yang dibangkitkan oleh Sdr Badrul ialah lot 68054.

Ketika pemerintahan oleh Tan Sri Khalid Ibrahim, Kerajaan Selangor telah menolak penukaran status tanah di Lot 68054 kerana terletak dalam kawasan Paya Indah Wetland dan bercanggah dengan kenyataan kerajaan pimpinan Dato Sri Azmin Ali yang mengatakan sebaliknya.

Berdasarkan carian di Pejabat Tanah dan Daerah mendapati tanah terbabit telah ditukarkan statusnya dan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri di bawah pentadbiran Menteri Besar telah meluluskan penukaran tersebut pada 2015 manakala geran tanah terbabit dibuat pada April 2016.

Malah dokumen yang bocor dari pejabat Exco Kerajaan Negeri menyatakan persempadanan semula atau re-zone telah dibuat walaupun tidak mendapat sokongan semua jabatan. Antara jabatan yang membantah rezone tersebut ialah Jabatan Alam Sekitar.

Proses re-zone ini melibatkan kawasan Paya Indah Wetland dan Hutan Simpan Kuala Langat Utara yang kini dijadikan kawasan pembangunan.

YAB Dato Seri Azmin Ali mencabar pihak yang mempersoalkan untuk melaporkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Menteri Besar juga mempertahankan kenyataan Exco Alam Sekitar, YB Elizabeth Wong dan sedia bertanggungjawab atas keputusan itu dan menjawab sebarang tuduhan.

ADUN Dengkil, YB Tuan Shahrum Mohd Sharif mempersoalkan tindakan Menteri Besar yang didakwa menukar status tanah kawasan Paya Indah Wetland untuk tujuan pembangunan.

Chegubard juga menyatakan bahawa isu ini ada kaitan dengan membalas jasa tokoh-tokoh korporat yang menjadi pelobi pintu belakang ketika perebutan kerusi MB dari Presiden Parti Keadilan Rakyat (Dr Wan Azizah Wan Ismail). 

Pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia atau SPRM perlu menjalankan siasatan sama ada perkara yang didedahkan oleh Chegu Bard ini benar atau tidak, dan sekiranya benar, pendakwaan perlu diambil.


PRESIDEN IKDDAS SELAR JABATAN AGAMA ISLAM @NajibRazak @NohOmar

Baru baru ini keluar dilaman sosial surat jemputan kepada semua guru agama untuk menghadirkan diri dalam satu seminar di Shah Alam yang berkisar tentang Anwar Ibrahim

Pihak IKDDAS merasa agak kecewa dengan apa yang dilakukan oleh pihak JAIS dan dibawah adalah kenyataan media oleh Presiden IKDDAS.


Kenyataan Media 

Penganjuran seminar Pemikiran Politik Dato' Sri Anwar Ibrahim oleh Jab Agama Islam Sgor

1. Ikatan Kebajikan & Dakwah Sgor (ikddas) merasa terkejut & terkilan dengan tindakan pihak JAIS yang menganjurkan seminar tersebut yang melibatkan penglibatan Guru-guru agama dibawah JAIS yang juga dibiayai oleh Jakim.

2. Ini kerana umum mengetahui bahawa DSAI adalah seorg pesalah dalam kes liwat. Ini merupakan satu penghinaan terhadap mahkamah kerana DSAI juga masih berhadapan dgn beberapa kes mahkamah yang belum selesai. Selain itu, ia menggambarkan tentang kesalahan moral yang serius yang dilakukan oleh DSAI. Wajarkah ia diangkat sebagai tokoh @ ikon??

3. DSAI juga diketahui umum sbg seorang yang memperjuangkan fahaman Pluralisme & Liberalisme yang telah jelas di fatwakan haram oleh Majlis Fatwa negeri Sgor. Apakah tokoh sebegini juga nak diangkat sbg ikon?

4. DSAI juga diketahui umum memperjuangkan kebebasan seksual seperti LGBT & kesamarataan gender yang jelas bertentangan dgn syariat islam. Apakah orang sebegini nak diangkat sbg ikon?

5. SS Datuk Pengarah JAIS perlu tampil memberi penjelasan apakah penganjuran program tersebut mendapat restu beliau. Ini kerana beliau adalah kakitangan kerajaan persekutuan & para guru juga sebahagian gaji dibiayai oleh kerajaan persekutuan. Mengangkat seorang tokoh yang jelas memusuhi & membenci kerajaan persekutuan adalah suatu pengkhianatan dalam amanah yang diberikan kepadanya.

6. Pihak Majlis Agama Islam Sgor (MAIS) & keBawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan sebagai ketua agama dimintak untuk segera campur tangan dalam isu ini. Ini kerana isu penganjuran seminar ini akan mencemarkan kesucian & kemuliaan agama islam di negeri ini.

7. IKDDAS melihat isu ini sebagai mainan politik oleh YAB DS Menteri Besar bagi mempopularkan semula DSAI & memartabatkan beliau sebagai ikon politik yang dihormati. 

Justeru agenda politik sempit kepartian oleh kerajaan negeri dengan menjadikan Jab Agama Islam Sgor sebagai platform, jelas suatu tindakan jahat yg mencemarkan islam & menjatuhkan martabat islam.

Presiden 
Ikatan Kebajikan & Dakwah Sgor (Ikddas)

Selasa, 22 November 2016

HILANGNYA SEBUTIR PERMATA.DI NEGERI SELANGOR @NajibRazak @NohOmar

Semalam UMNO Selangor kehilangan seorang Ketua Bahagian, YM Raja Dato Hanipudin bin Raja Dato Nong Chik, Ketua UMNO Bahagian Petaling Selatan.


Sangkakala tidak terlalu mengenali Allahyarham, tetapi pernah dua tiga kali duduk sama bersembang berkenaan dengan politik tanah air.

Dalam pertemuan pertama, seingat Sangkakala ada bertanya tentang apa jenis perniagaan yang diceburi oleh Arwah, namun jawapan yang Sangkakala dapat berupa jawapan kelakar, kata arwah, dia berniaga goreng pisang.

Itulah Raja Hanipudin yang Sangkakala kenal, walaupun arwah merupakan Pengerusi Eksekutif Kawasaki Malaysia, namun tidak langsung sombong atau riak.

Mengikut resmi padi makin berisi semakin tunduk, pastinya ahli UMNO PJS akan terasa akan kehilangan orang yang amat mengambil berat tentang kebajikan ahli dan pengundi dalam kawasan beliau.

Bukan itu sahaja, UMNO Selangor juga sebenarnya kehilangan sebutir permata yang bernilai.

Semoga Allah SWT menempatkan roh arwah di kalangan orang orang yang beriman dan mendapat keredhaannya.

Al-Fatihah...



Ahad, 20 November 2016

SELANGOR TERUS JADI JUARA !!! TAHNIAH KERAJAAN NEGERI !! @NajibRazak @NohOmar

Untuk menjadi juara bukanlah perkara mudah bagi sesebuah negeri namun ianya hanyalah perkara biasa bagi negeri Selangor.

Menjuarai kes denggi tertinggi dalam negara sudah menjadi perkara biasa dan selama itu jugalah nampaknya tiada pendekatan yang diambil oleh kerajaan negeri untuk membendung penularan kes denggi di negeri Selangor.


Kerap kali diperkatakan tentang bahaya denggi kepada masyarakat namun ianya seolah olah mencurahkan air ke daun keladi dan kerajaan Selangor terus senyap dalam usaha untuk membantu bukan untuk menghapuskan malah untuk mengurangkan juga dilihat seperti tiada hasrat.

Yang menjadi mangsa sudah tentu rakyat Selangor dan yang paling berisiko pula ialah kanak kanak dan ibu mengandung.

Sudah lapan tahun kerajaan pakatan mengambil alih kerajaan negeri Selangor namun seperti tiada noktah penularan wabak denggi malah ianya makin menjadi jadi.

Mungkin itulah harga yang perlu dibayar oleh pengundi pakatan pada dua pilihanraya yang lalu dan jika terus terusan pakatan menerajui kerajaan negeri Selangor, sudah pasti kes denggi juga tidak akan dapat dikurangkan.




Sabtu, 19 November 2016

JAWAPAN ZURAIDAH AHLI PARLIMEN AMPANG MEMAKAN DIRI @NajibRazak @NohOmar

Hari ni himpunan kuning dan merah berlangsung di Kuala Lumpur dan pelbagai spekulasi tentang kehadiran peserta disebut sebut di media sosial terutamanya Facebook.

Namun itu bukanlah cerita yang Sangkakala nak kisahkan disini, dan apa yang Sangkakala akan kisahkan kali ini ialah tentang jutawan muda dari Ampang yang bernama Adam Rosly.

Kisah Adam Rosly hangat diperkatakan apabila dikatakan memiliki sebuah banglo ala ala Disneyland telah memeranjatkan banyak pihak dan seperti biasa, jawapan demi jawapan diterima.

Tidak ketinggalan memberikan jawapan ialah ahli parlimen Ampang, YB Zuraidah yang mengatakan bahawa kediaman Adam dilihat lebih besar kerana berada di dalam kawasan kampung.


Kenyataan Zuraidah sebenarnya hanyalah untuk menghalalkan serta melindungi perbuatan Adam yang dikatakan memiliki kekayaan mengejut dalam tempoh hanya 2 tahun.

Zuraidah juga mungkin cuba untuk mengatakan bahawa Adam hanya memiliki sebuah kediaman tetapi terlupa bahawa Adam juga memilki 2 buah kediaman lagi.


Kawasan perumahan di Saujana bukanlah asing lagi dimana ramai di kalangan rakyat Selangor tahu bahawa kawasan tersebut adalah kawasan elit dan sebuah lagi di Putrajaya yang bernilai RM 1.2 juta.

Persoalannya kini, berapakah pendapatan Adam Rosly sebulan jika hendak dibandingkan dengan kediaman kediaman yang beliau miliki itu tidak termasuk lagi kenderaan kenderaan mewah.

Untuk memiliki kediaman di Ampang dan kenderaan sahaja Adam Rosly perlu mempunyai pendapatan sebanyak lebih kurang RM 24 ribu dan bagaimana pula dengan kediaman kediaman lain?

Pihak berkuasa terutamanya SPRM perlu menjalankan siasatan agar tidak ada unsur unsur penyalah gunaan kuasa maklumlah Adam juga merupakan pegawai khas kepada ahli parlimen Ampang.



Jumaat, 18 November 2016

ABANG KUCING AJAK JAMAL YUNOS BERTINJU @NajibRazak @NohOmar

Tiba tiba timbul pula nama Abang Kucing dari Padang Rengas nak ajak Pengerusi Gabungan NGO 1Malaysia bertinju di atas gelanggang.


Apa yang menjadi tanda tanya di kepala Sangkakala ketika ini ialah, abang kucing ada dimana selama BERSIH mengadakan himpunan hinggakan satu himpunan telah menyaksikan keganasan melampau peserta BERSIH di Kuala Lumpur.

Kenapa bila timbul kumpulan baju merah maka abang kucing mula menunjukkan taring dengan mengatakan ramai peninju di Malaysia menawarkan diri untuk bertarung dengan Dato Sri Jamal.

Sangkakala baca apa yang tertulis dalam Sinar Online pagi ni mengatakan bahawa abang kucing menyatakan bahawa beliau adalah penyokong dan pengundi Barisan Nasional.

Bagi Sangkakala, tak kiralah pengundi mana, atau mengundi parti apa sekali pun, itu bukan menjadi soal. Apa yang dipersoalkan sekarang ialah, abang kucing baru dewasa ke? Selama ni hanya jadi anak kucing?

Sangkakala pula nak nasihatkan abang kucing bahawa kalau nak ajak bertinju ke, berkarate ke, apa apa sekalipun, bukan hanya dengan Jamal Yunos, tapi dengan penganjur BERSIH sekali, baru la nampak cerdik dimata orang.

Dan satu lagi Sangkakala nak bagi tau pada abang kucing, tak payah nak sebut la mengundi siapa dalam pilihanraya sebab disitu akan melihatkan kamu mengundi siapa sebenarnya.




ZURAIDA RISAU BERTEMBUNG DENGAN JAMAL YUNOS DALAM HIMPUNAN @NajibRazak @NohOmar

Esok adalah hari dimana puak puak BERSIH akan mengadakan himpunan di Dataran Merdeka diikuti dengan kumpulan baju merah yang akan diketuai oleh Dato Sri Jamal Yunos.

Walau pun ditegah oleh pihak polis, tapi nampaknya tidak ada tanda tanda kedua dua pihak akan membatalkan himpunan tersebut.

Ahli Parlimen Ampang, Zuraida pula dilihat seolah olah risau jika dia bertembung dengan Jamal dalam himpunan esok.

Dengan mengatakan bahawa Jamal seperti binatang buas dan meminta pihak Polis menangkap serta mengurung Jamal jelas menunjukkan bahawa Zuraidah juga akan turun ke himpunan esok.


Pihak kumpulan baju merah telah mengatakan bahawa jika tiada puak berbaju kuning, maka tiadalah baju merah dan jika Zuraida merasakan bahawa kehadiran baju merah ini akan membahayakan maka adalah lebih baik jika puak baju kuning batalkan hasrat mereka untuk berhimpun esok.

Pihak berkuasa pula rasanya perlu bersikap lebih adil dimana kita semua tahu bahawa naju kuning ini sebenarnua cuba untuk mengguling kerajaan melalui demonstrasi jalanan dan ini yang membuatkan baju merah bangkit untuk mempertahankan kerajaan.





Rabu, 16 November 2016

KEKAYAAN MELAMPAU ADAM ROSLY JADI TANDA TANYA @NajibRazak @NohOmar

Kecoh tentang kediaman Adam Rosly, Ketua AMK Ampang dan juga pegawai khas kepada Zuraidah Ahli Parlimen kawasan Ampang yang memiliki kekayaan luar biasa seawal umur 28 tahun.

Banglo milik Adam yang mempunyai reka bentuk ala Disneyland dikatakan hanya bernilai RM 1 Juta dan dibeli melalui bidaan lelongan bank.

Jika melalui lelongan bank sekali pun, harga kediaman tersebut masih lagi dilihat tinggi jika dilihat melalui gaji seorang pagawai khas.

Dibawah ni Sangkakala masukkan bagaimana kiraan jika rumah bernilai RM 1 juta dibeli melalui lelongan bank.


JOM BELAJAR MENGIRA!

Kiraan Bagi Memiliki Rumah Lelongan Bernilai RM 1 Juta

1. Untuk memiliki rumah lelong bernilai RM 1 Juta, anda perlu mempunyai tunai tersedia sebanyak RM50K atau RM100K bagi tujuan deposit dan melayakkan anda menyertai lelongan tersebut. (5% or 10% daripada nilai rumah)

2. Anda juga perlu menyelesaikan bayaran tertunggak 3 bulan sebanyak RM16K. Bil-bil tertunggak seperti cukai pintu, elektrik dan air.

3. Baki RM900K boleh diperoleh melalui pinjaman bank dan kebiasaannya bank hanya boleh memberi pinjaman sekiranya nilai bayaran ansuran bulanan adalah 70% ataupun kurang daripada jumlah pendapatan bersih anda. (Hutang kad kredit, hutang peribadi, hutang rumah yang lain & hutang kereta)

4. Dengan nilai pinjaman RM900K selama 35 tahun dengan kadar faedah pada 6.6%. Bayaran ansuran bulanan adalah RM5500.

5. Katakan anda juga memiliki sekurang-kurangnya 4 buah kereta mewah seperti BMW 320i (RM250K) Mercedes C200 (RM300K) Volvo X40 (RM200K) dan Mini Cooper Clubman (RM250K), maka ansuran bulanan untuk setiap kenderaan tersebut adalah:

BMW: RM2900
Merc: RM3400
Volvo: RM2400
MC: RM2900

6. Maka, untuk mendapatkan pinjaman RM900K dengan nilai tanggungan di atas, gaji bulanan anda perlulah sekurang-kurangnya RM24,185.42. (Dengan mengambil kira anda tidak mempunyai sebarang hutang kad kredit dan hutang rumah-rumah yang lain)

7. Maka inilah gaji seorang pegawai khas kepada ahli parlimen.

P/S: Cuba sesiapa minta dia untuk tunjukkan slip gaji dan borang J LHDN.

P/S: Tu baru kira beli rumah terbengkalai 1 juta, belum kos menyiapkan dan renovation yang tak kurang 2 juta.  Kalau PA Zuraidah kaya macam ni, Zuraidah takkan lebih miskin dari dia. Bila abang-abang SPRM nak siasat mereka ni ya?

#AnakMudaSudahKaya
#NegaraMakmur
#SyukurAtasKurniaanRezeki

-sumber-




Selasa, 15 November 2016

KERAJAAN NEGERI KENAKAN CAJ UNTUK SEKSA RAKYAT @NajibRazak @NohOmar

Kerajaan Selangor nampaknya dengan sengaja mengenakan caj untuk pengambil alihan perumahan PPR untuk diselenggara oleh pihak KPKT yang melihat kedaifan kediaman jenis tersebut di negeri itu.

RM 50.2 juta caj yang diminta oleh kerajaan negeri Selangor dibawah pimpinan Azmin Ali jika KPKT berhasrat untuk mengambil alih pengurusan PPR berkenaan.


Jika benar kerajaan Selangor memikirkan keperluan rakyat khususnya di kawasan PPR berkenaan, sudah pasti kerajaan negeri akan memberikan pelepasan kepada KPKT untuk menguruskan kawasan perumahan tersebut tanpa mengenakan apa apa caj.

Kerajaan Selangor sebenarnya gagal menguruskan kawasan perumahan PPR di Selangor hingga mendatangkan masalah kepada penduduk setempat dan ada juga yang mengundang bahaya kepada penduduk khususnya kanak kanak.

Sebagai contoh, lif bagi kediaman PPR tidak diselenggara dengan baik hingga mengakibatkan lif kerap kali mengalami masalah kerosakan dan membebankan penduduk dan jika berlaku kecemasan atau kematian, keadaan akan bertambah runcing.

Persoalannya kini kenapa kerajaan negeri yang sudah tahu gagal dalam menangani masalah PPR masih bersikap mementingkan diri sehingga sanggup melihat rakyat hidup dalam kesengsaraan?

Mungkin itu harga yang perlu di bayar oleh pengundi Pakatan dalam 2 pilihanraya yang lepas dan seperti biasa, janji hanya tinggal janji dan dalam pilihanraya yang akan datang, janji baru akan digubal untuk menjadi halwa telinga.




KEPINCANGAN DALAM KERAJAAN SELANGOR.!!! KENAPA.@SPRMsia MASIH MENDIAMKAN DIRI

Kecoh baru baru ni dalam laman sosial tentang seorang lelaki muda yang juga merupakan pegawai khas kepada Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Mak Lampir yang dikatakan memiliki kekayaan luar biasa.

Dengan memiliki sebuah Villa bernilai RM 7 juta dan beberapa kereta mewah jelas menunjukkan seperti ada udang sebalik batu hingga anak muda ini memiliki kekayaan sedemikian.


Adam Rosly yang baru baru ini menerima gelaran Dato dari negeri Pahang bukanlah asalnya dari kalangan orang berada dan juga pernah dikatakan tinggal di kawasan setinggan untuk membesar dan kini mewah dalam sekelip mata selepas dilantik sebagai pegawai khas kepada Zuraida.

Persoalannya dari mana Adam mendapat hasil kekayaan segera? Adakah Adam menjadi proksi kepada Zuraida dalam projek projek di Selangor?

Satu lagi kes adalah berkenaan dengan pengambil alihan SPLASH yang dilihat agak melampau dan ini disahkan oleh bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim.

Harga asal yang ditawarkan oleh Khalid Ibrahim kepada SPLASH adalah sepuluh kali ganda lebih rendah daripada apa yang ditawarkan oleh Azmin Ali.


Begitu juga dengan Syarikat GAMUDA yang kini memiliki tanah di Paya Indah Wetland yang dulunya menjadi hutan warisan dunia.


Apa yang ditunggu oleh SPRM agaknya? Adakah sudah cukup membanggakan apabila dapat menangkap kes rasuah terbesar di Sabah baru baru ini maka kes lain dibiarkan dulu seolah olah ada tempoh bertenang?

Pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah perlu menjalankam siasatan segera kerana kes kes di Selangor ini semuanya dilihat hanya akan memusnahkan negeri.





Jumaat, 11 November 2016

CUBAAN MENGHALAU ORANG MELAYU DARI TANJUNG SEPAT @NajibRazak.@NohOmar

Secara sedar atau pun tidak, kerajaan Selangor hari ini mungkin mempunyai niat untuk menghalau orang Melayu yang tinggal di Tanjung Sepat.

Ini adalah berikutan dengan projek ternakan babi mega dikawasan berkenaan.

Ini diakui sendiri oleh exco pertanian negeri Selangor.


Majoriti penduduk di Ladang Tumbok Tanjung Sepat adalah dikalangan orang Melayu dan kenapa kerajaan negeri dibawah pentadbiran Azmin Ali perlu meletakkan kandang babi di kawasan tersebut.

Kerajaan negeri agaknya lupa dengan apa yang berlaku beberapa tahun dahulu apabila negara dikejutkan dengan sejenis virus bawaan babi yang mengakibatkan kematian.

Sejauh mana pun kecanggihan pusat ternakan ini, sudah pasti ianya mempunyai risiko dan risiko ini akan ditanggung oleh penduduk Tanjung Sepat.

Adakah ini harga yang perlu dibayar oleh rakyat yang mengundi kerajaan pada dua pilihanraya yang lepas? Dengan menghadiahkan kandang babi di kawasan merek??

Tepuk dada tanya pada otak, masih berakal atau pun tidak.



Selasa, 8 November 2016

RAKYAT SELANGOR BAKAL MINUM AIR KUMBAHAN !!! @NajibRazak @NohOmar

Krisis air di Selangor nampaknya takkan berkesudahan selagi kerajaan Pakatan pimpinan Azmin Ali memerintah di Selangor.

Puluhan ribu rakyat terbabit dalam krisis ketiadaan air terutamanya di kawasan Semenyih dan kawasan sekitarnya.

Apa tindakan Azmin Ali selain daripada mengatakan bahawa krisis air tersebut berlaku akibat daripada sabotaj yang dilakukan oleh UMNO dan Barisan Nasional?

Idea terbaru Azmin adalah untuk menjadikan air kumbahan sebagai bahan alternatif untuk digunakan oleh rakyat.


Tahniah le orang Selangor sebab mengundi Pakatan, lepas ni boleh le beramai ramai minum dan guna air kumbahan untuk kegunaan harian.



Jumaat, 4 November 2016

PEMANDU DAN PENUMPANG KERETA MAUT DI HEMPAP KREN

Seorang pemandu dan seorang penumpang sebuah kereta maut apabila kenderaan mereka di hempap kren di Klang hari ini.





Selasa, 1 November 2016

INI JAWAPAN KEPADA MEREKA YANG KELIRU TENTANG HARGA MINYAK @NajibRazak @NohOmar #scs14


Penetapan harga minyak di Malaysia ini kita pakai sistem "manage float"atau apongan terkawal. Purata data bulan ni akan tentukan harga minyak bulan depan. Contohnya, kenaikan harga minyak bulan Nov disebabkan oleh peningkatan dlm cost of production (Brent nak convert jadi Ron97, Ron95 dan diesel). 

Rujukan kepada harga brent semata-mata tidak cukup. Pasal ada faktor lain mcm penyusutan nilai ringgit bagi bulan semasa, sila rujuk data di bawah:

Data September (Data yang menentukan harga petrol dan diesel bulan Oktober)
Brent : USD49
Kos produk Ron97 : USD59 
Kos produk Ron95 : USD58
Kos produk diesel : USD54
Exchange rate : USD1 = RM4.15

Data Oktober (Data yang menentukan harga petrol dan diesel bulan November)
Brent : USD49
Kos produk Ron97 : USD67
Kos produk Ron95 : USD65
Kos produk diesel : USD63
Exchange rate : USD1 = RM4.25

Peningkatan kos produk tu salah satunya disebabkan oleh excess supply. Fasiliti storage yang tidak cukup juga akan meningkatkan lagi kos produk bulan Oktober berbanding September.

Mungkin dengan penjelasan diatas akan membuatkan rakyat Malaysia lebih memahami bagaimana harga minyak ditentukan pada setiap bulan.