Ahad, 6 Oktober 2013

MP PADANG SERAI BIARKAN OKU PANJAT TANGGA TANPA MEMBANTU

Naib presiden PKR yang juga merupakan Ahli Parlimen Padang Serai, N.Surendran sememangnya seorang manusia yang tidak bertanggunjawab serta mementingkan diri sendiri.

Sangkakala katakan begitu apabila beliau sanggup untuk membiarkan seorang OKU uang tidak boleh berjalan memanjat tangga hanya semata mata untuk menghantar memorandom kepada Pengarah JKM di Kulim Kedah hari ini.


Apa yang dapat kita lihat dalam gambar diatas ialah, Surendran langsung tidak membantu untuk membawa memorandom tersebut sedangkan beliau berada disitu dan selaku orang yang mempubyai keupayaan untuk bergerak sudah pasti beliau mampu untuk memanjat tangga Jabatan Kebajikan tersebut dan menyeraklhkan memorandom yang hendak diberikan oleh OKU ini kepada Pengarah atau pegawai di JKM. 

Apa yang Sangkakala lihat, Surendran sengaja membiarkan OKU berkenaan untuk naik ke tingkat atas bangunan dengan menggunakan tangan sambil menggigit memorandom tersebut untuk kepentingan politik sedangkan jika diikut sebagai fitrah seorang manusia beliau sendiri selaku ahli parlimen boleh membawa memorandom tersebut untuk diserahkan.

Selama ini pun Surendran bukan tak biasa menghantar memorandom bantahan dan sebagainya,  tapi untuk menunjukkan kesalahan kerajaan beliau dengan sengaja membiarkan OKU berkenaan memanjat yangga dengan tangan.

Memang takde hati perut punya ahli parlimen, sanggup melihat sahaja kesusahan seorang yang cacat anggota naik ke tingkat atas babgunan hanya semata mata untuk mendapat sokongan politik.

Memang Sangkakala kutuk sekeras kerasnya apa yang dilakukan oleh Surendran dan selaku seorang yang berpelajaran dan selaku seorang pemimpin Sangkakala rasa dia ni memang layak dibaling dengan selipar.