Yb sedang memberikan penerangan bantuan kepada hadirin |
Para hadirin memberikan perhatian penuh |
Kehadiran yang agak memberangsangkan |
Kehadiran yang memberangsangkan telah diberi oleh para penduduk di kawasan setempat dan YB Halimaton telah membertahu tentang beberapa maklumat untuk dikongsikan bersama antaranya beberapa jenis bantuan oleh kerajaan pusat kepada penduduk khususnya disekitar Subang.
Beliau juga memaklumkan bahawa pusat khidmat DUN di seksyen 8 Kota Damansara dibuka setiap hari cuma beliau ada di pejabat berkenaan untuk bertemu dengan rakyat pada setiap hari rabu diantara jam 2 petang hingga 6 petang.
Beliau juga memberitahu bahawa permasaalahan tentang ketiadaan kenderaan untuk pergi ke pusat khidmat tersebut diketahui dan beliau mengambil inisiatif untuj turun ke kampung kampung setiap 2 bulan sekali dan disitu segala permasaalahan rakyat dapat diberikan atau dimaklumkan kepada beliau sendiri.
Apa Yang Sangkakala dapat lihat disini, program sebegini harus dilakukan dan apa yang dilakukan oleh YB Halimaton dilihat amat baik dan perlu dicontohi oleh lain lain wakil rakyat khususnya dari Barisan Nasional.
Beberapa persoalan juga telah dilontarkan oleh penduduk antaranya permasaalahan tentang pungutan sampah yang dilihat tidak diselenggara dengan baik dan YB Halimaton ada memaklumkan bahawa perkara ini akan dibawa ke perbincangan dengan pihak PBT untuk tindakan lanjut.
Malam ini juga kaunter pendaftaran untuk bantuan bantuan seperti e-kasih, bantuan ibu tunggal dan sebagainya dibuka bagi memudahkan rakyat untuk mendaftar.
Hadirin mendaftarkan diri berkenaan e-kasih dan sebagainya |
Borang permasaalahan setempat juga disediakan untuk mereka yang mahu membuat aduan tentang apa juga kejadian atau masalah di kawasan kampung Melayu Subang Tambahan.
Malam ini juga merupakan kesempatan dimana mereka yang ingin bertanya terus kepada YB Halimaton tentang masalah yang dihadapi oleh penduduk dan nampaknya YB Halimaton dengan sabar melayan mereka yang mengutarakan permasalahan.
Yb Halimaton menerima permasaalahan rakyat. |
Tahniah Sangkakala ucapkan kepada YB Halimaton diatas sikap yang mesra dengan rakyat serta inisiatif yang diambil untuk menghampiri rakyat secara lebih dekat.