Jumaat, 4 Oktober 2013

AMERIKA DAH TAK MAU ANWAR IBRAHIM ??? PKR MASIH SIMPAN LAGI !!!


Lawatan rasmi Perdana Menteri ke New York baru-baru ini berjaya memberi kefahaman mengenai konsep al wasatiyyah atau kesederhanaan yang menjadi tunjang kepada pentadbiran transformasi negara.

Selain usaha menarik para pelabur ke Malaysia, Datuk Seri Najib juga menegaskan pendirian kerajaan dalam beberapa isu antarabangsa khususnya dalam konflik di Syria dan Mesir dalam ucapannya pada persidangan tahunan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu.

Kunjungan ke PBB merupakan merupakan acara tahunan yang dilakukan oleh hampir setiap ketua kerajaan di seluruh dunia atas kapasiti negara tersebut menjadi anggota PBB.

Di pentas antarabangsa itulah pelbagai isu dan masalah global dibincang atau diketengahkan bagi perhatian pemimpin-pemimpin dunia serta masyarakat antarabangsa.

Lucunya Anwar Ibrahim juga terhegeh-hegeh berkunjung ke New York seiring dengan kunjungan Perdana Menteri.

Sudah tentu lawatan Anwar hanya sekadar lawatan sosial dan tidak kena mengena dengan persidangan PBB kerana beliau hanya sekadar menjadi ketua parti minoriti PKR dan ketua pembangkang di Parlimen dan bukannya ketua kerajaan.

Cerita penuh klik DISINI.