Khamis, 3 Oktober 2013

METER PUKAL TIDAK AKAN DITUKAR KEPADA INDIVIDU !!! KERAJAAN SELANGOR MENIPU LAGI

Membangkitkan semula isu menifesto kerajaan negeri Selangor tentang pemberian air percuma kepada penduduk di negeri ini nampaknya tidak akan berjaya.

Dalam menjawab soalan tambahan daripada ADUN Teratai yang menanyakan sama ada kerajaan negeri bersedia atau tidak untuk membekalkan meter air individu kepada penduduk pada sidang DUN yang lepas, jawapan yang diberikan oleh EXCO kerajaan negeri jelas menunjukkan kerajaan negeri tidak akan berusaha untuk memberikan air percuma kepada pengguna meter air pukal di negeri ini.

Sebab apa Sangkakala katakan begitu, sebab jawapan yang diberikan oleh EXCO Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Peneroka Bandar adalah amat jumud dan ianya seolah olah sengaja untuk mengaburi mata rakyat.

Beliau memberikan jawapan bahawa kos untuk membeli meter individu adalah dengan kos RM 130 bagi setiap rumah dan jika ada kos kos teknikal yang lain seperti sistem tidak memenuhi syarat, maka kos tersebut mungkin akan bertambah.

Sangkakala nak tanya la dekat sini, berapa sangat kos tersebut jika dibandingkan dengan rizab kerajaan negeri yang kini mencecah nilai RM 2.8 bilion?

Selama 5 tahun kerajaan negeri memerintah, takkan langsung tiada usaha untuk memperbaiki masalah teknikal tersebut dan setahu Sangkakala, sistem paip air di Selangor adalah baik dan mana mungkin ada masalah teknikal lain yang melibatkan kos yang perlu ditanggung oleh penduduk.

Setiap penduduk akan menerima subsidi air sebanyak RM 11 sebulan dan ini bermakna mereka akan menerima keuntungan dari bekalan air percuma ini sebanyak RM 660 selama 5 tahun dan untuk penggal kali ini mungkin selama 5 tahun lagi.

Tapi adakah kerajaan negeri berusaha untuk memberikan air percuma ini kepada rakyat? Jawapannya tidak!!!

Kalau benar kerajaan negeri Selangor yang dipimpin oleh Tan Sri Khalid ikhlas untuk meberikan air percuma ini, sudah pasti segala permasaalahan akan diselesaikan selama 5 tahun yang lepas.

Nampaknya rakyat Selangor berkali kali akan ditipu oleh kerajaan negeri, yang kaya akan menerima air percuma manakala yang duduk di rumah rumah penempatan rakyat termiskin akan terus membayar bil air dengan harga yang sama seperti negeri lain.

Adakah itu yang dikatakan kerajaan berkebajikan yang diwar warkan oleh kerajaan pakatan rakyat yang memerintah di Selangor sekarang ini?

Perkara ini akan terus berlanjutan sampai bila bila selagi kerajaan pakatan terus memerintah dan rakyat Selangor akan terus ditipu dan ditipu.



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tiada ulasan: