Khamis, 3 Oktober 2013

MASALAH SAMPAH !!! KERAJAAN SELANGOR LANTIK PERUNDING !!! TAPI TAK SELESAI MASALAH SAMPAH !!!

Sampah..sampah..sampah, itu adalah masalah besar yang melanda negeri Selangor, dari tahun 2008 hingga kini kerajaan negeri masih belum dapat menyelesaikan masalah sampah.

Dalam sidang DUN yang lepas, ADUN Bukit Gasing, YB Rajiv ada bertanyakan soalan tentang teknologi yang akan digunakan oleh kerajaan negeri Selangor untuk melupuskan sampah sampah ini.

Tapi jawapan daripada EXCO Infrastruktur dan kemudahan awam pula seperti melepaskan batuk ditangga.

Dengan mengatakan bahawa kerajaan negeri memberikan amanah kepada sebuah syarikat yang bernama Worldwide Holdings Berhad untuk melihat dan mengkaji apakah pilihan terbaik yang boleh dilakukan oleh kerajaan negeri adalah jawapan yang bukan seperti yang diharapkan.

Takkanlah selama 5 tahun memerintah, syarikat tersebut masih belum dapat memberikan keputusan apa teknologi yang hendak diguna pakai oleh kerajaan dalam menangani masalah sampah ni.

Biasanya syarikat yang dilantik mesti diberi satu tempoh untuk memberikan pendapat atau pandangan atau apa juga jalan yang boleh membantu kerajaan negeri dalam menyelesaikan masalah, tapi bukanlah sampai 5 tahun masih memikirkan hal tersebut.

Nak kata syarikat ini akan memberikan pandangan terbaik pada Sangkakala tak kena pada tempatnya, jika sebuah syarikat tidak mampu untuk memberikan pandangan atau cara menyelesaikan masalah, kenapa tidak diberika pula peluang kepada syarikat lain untuk memberikan buah fikiran agar ianya dapat diselesaikan.

Tidak kira dengan kaedah apa sekali pun, jalan penyelesaian perlu dicari bukan ditunggu dan terus menunggu, itu dah jadi satu kerja bodoh namanya.

Atau adakah apa apa rundingan lain diantara kerajaan negeri dengan syarikat tersebut hingga membuatkan kerajaan negeri terpaksa menunggu jawapan syarikat yang dilantik sebegitu lama.

Nampaknya 10 tahun lagi masalah sampah ini takkan dapat diselesaikan oleh kerajaan Selangor dan pusat pelupusan pula semakin terhad penggunaannya, adakah kita semua perlu menunggu hingga semua kawasan pembuangan sampah penuh dan sampah sampah ini terpaksa dibiarkan baru tindakan atau jalan penyelesaian akan dicari?

Sedarlah rakyat Selangor, kerajaan pakatan hanya mencari keuntungan, bukan memberikan perkhidmatan terbaik buat rakyat.



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tiada ulasan: