Ahad, 13 Oktober 2013

ANWAR BALUN KHALID GAGAP ??? APA PASAL PULAK ???

Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim mengkritik Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim secara terbuka kerana dikatakan gagal menguruskan wang kerajaan negeri itu dengan baik.

Beliau berbuat demikian di hadapan orang ramai dalam forum Laporan Ketua Audit Negara di Dewan Sivik Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) di Petaling Jaya, Selangor malam tadi.

Anwar meminta Abdul Khalid agar tidak lagi berbangga dengan lebihan kewangan yang diperoleh tetapi gagal dalam membelanjakannya dengan baik.

Sebaliknya, beliau memuji Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang disifatkannya berjaya membawa Pulau Pinang mencapai tahap prestasi terbaik.

"Saya puji Lim Guan Eng yang membawa Pulau Pinang pada tahap prestasi terbaik bagaimanapun tidak kepada Khalid kerana sudah masanya Selangor tidak lagi berbangga dengan lebihan yang diperoleh," katanya.

Tindakan Anwar mengkritik prestasi Abdul Khalid itu dilihat agak pelik kerana beliau sendiri merupakan Penasihat Ekonomi kerajaan PKR Selangor.



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tiada ulasan: