Sabtu, 12 Oktober 2013

K.PUTERI BAHAGIAN BATU TAK FAHAM NOTIS MESYUARAT DALAM MEDIA SOSIAL

Alahai..bila difikirkan balik terasa ruginya bila masih ada yang tak faham dalam perlembagaan baru UMNO yang mengatakan bahawa notis persidangan boleh dikeluarkan melalui media sosial.

Jawapan notis dikeluarkan melalui Facebook diberikan apabila mantan Naib Ketua Puteri UMNO Bahagian 2008/2013 bertanyakan tentang notis mesyuarat yang tidak sampai kepada beliau.

Ni Sangkakala nak bagi tau la sikit, memang boleh menggunakan media sosial seperti facebook untuk mengeluarkan notis tetapi notis tersebut perlulah di tagging atau dipaut kepada penama penama yang ditujukan supaya semua yang layak dipastikan menerima notis menerima notis tersebut.

Bukan dengan cara letak dekat status dan dibiarkan macam tu sahaja, sebagai contoh, jika notis dikeluarkan pada hari ini, tetapi orang yang sepatutnya menerima notis membuka facebook beliau pada hari esok, manakan mungkin orang yang layak menerima notis tersebut menerima notis yang sepatutnya diterima oleh beliau.

Lagi satu, belum ada lagi pengguna facebook yang akan membuka status setiap rakan facebook untuk mencari apa apa berita melainkan akan dipandang sekali lalu.

Lain kali kalau tak tau caranya bertanya, jangan bila nak tanya projek laju panjat pejabat menteri, tetapi bila bab macam ni semua ambil tak berapa kisah.

Malu bertanya sesatlah jalan, malu belajar akan jadi BANGANG.



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tiada ulasan: