Ahad, 15 Januari 2012

BUKU JINGGA BUKTI PR CAKAP TAK SERUPA BIKIN

Menifesto parti pembangkang yang terdapat didalam biku jingga ternyata tidak boleh diguna pakai kerana parti pembangkang telah menyatakan akan merahsiakan dulu kandungan menifesto hingga PRU13.

Kenyataan ini telah dikeluarkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Tawaran Jingga itu sendiri iaitu Dr Dzulkifly Ahmad.

Beliau berkata lagi, langkah ini terpaksa diambil ekoran tanda-tanda pilihanraya umum  13 masih lagi kabur.

Yang menjadi persoalannya sekarang, dimana menifesto PR yang telah dicetak dalam buku jingga. Secara terang-terangan PR telah menipu pengikut untuk meraih undi dengan mengeluarkan menifesto seperti yang tertulis dalam buku jingga terbitan PR.

Tidak berapa lama lepas buku jingga dikeluarkan yang  juga merupakan menifesto PR seperti yang di katakan oleh pemimpin PR.

Lepas ni pengikut-pengikut PR perlu bersedia dengan perubahan menifesto dari semasa ke semasa sekiranya PR menjadi pemerintah.

Dalam keadaan sekarang,tidak mustahil apa yang dijanjikan akan hilang dn lupus apabila DS Anwar, Lim Guan Eng dan kuncu-kuncunya menjadi pemerintah. beringatlah semua.

Tiada ulasan: