Sabtu, 28 Januari 2012

APA STANDARD KARPAL SINGH?

Karpal Singh baru-baru ini diminta untuk membela diri atas kenyataan yang menghina Sultan Perak.

Dalam pada itu baru-baru ini juga Karpal telah memfailkan rayuan kepada mahkamah.

Persoalannya di sini kenapa apabila Karpal Singh memfailkan rayuan pihak Majlis Peguam membisu seribu bahasa sedangkan apa bila Saiful Bukhari membuat rayuan pihak Majlis Peguam beriya-iya mempertahankan Anwar Ibrahim.

Sangkakala juga hairan kenapa ada double standard diantara dua kes yang sangkakala sebut tadi.

Apa beza antara Karpal Singh dan Saiful Bukhari? Sepatutnya pihak Majlis Peguam memandang perkara ini sebagai keadilan, tidak kira Karpal mahupun Saiful.

Selama ini kedengaran suara-suara sumbang yang mengatakan bahawa sistem perundangan dan kehakiman di negara ini tidak begitu adil.

Adakah apa yang dilakukan oleh pihak Majlis Peguam pada ketika ini mengikut keadilan seperti yang selalu dicanangkan?

Nantikan keluaran akan datang dan sangkakala akan dedahkan kepincangan pihak Majlis Peguam dengan berjumpa dengan peguam-peguam di bawah Majlis Peguam sendiri.

Tiada ulasan: