Khamis, 8 Disember 2011

KEMUSNAHAN PEMBANGKANG DI SARAWAK SUDAH KELIHATAN

Pada Pilihanraya Negeri Sarawak yang lepas..Parti Pembangkang di Sarawak menerima tamparan hebat setelah jangkaan pembangkang untuk menjadi kerajaan negeri Kenyalang tersebut terkubur apabila rakyat negeri tersebut secara terang-terangan menolak mereka dari menjadi pemerintah.

Semalam pula, DAP dengan angkuhnya membuat usul supaya anggota polis dan tentera yang berkhidmat di negeri itu tidak dibenarkan menjadi pengundi di negeri tersebut. Mereka mengusulkan bahawa hanya anggota polis dan tentera dari negeri itu sahaja yang layak untuk membuang undi bagi kerusi parlimen negeri Sarawak pada pilihan raya umum akan datang.

Untuk pengetahuan dan makluman pembaca sekalian, semalam berlaku lagi satu kejadian yang memalukan apabila ceramah umum oleh Timbalan Presiden PKR saudara Azmin Haji Ali di Matang Jaya dalam Daerah Kuching tidak mendapat sambutan oleh masyarakat. Ceramah yang hanya dihadiri oleh tidak sampai 20 orang hadirin semalam juga menunjukkan bahawa rakyat Negeri Sarawak menolak Pakatan Rakyat secara total. Gambar dibawah memberikan bukti kehadiran ahli Parti PKR dan komponen PR amat mengecewakan sedangkan PR menjangkakan bahawa kehadiran akan melebihi 200 orang hadirin bagi mendengar ceramah tersebut. Pembaca boleh membayangkan seorang Timbalan Presiden memberi ceramah tidak mendapat sambutan oleh ahli serta masyarakat. Ini bermakna populariti PKR di Sarawak merudum ketahap paling minima. Program tersebut juga turut dihadiri oleh Saudara Nazib (Ketua aAngkatan Muda PKR Sarawak), Baharuddin (MKT PKR Sarawak), Saudara Norhanif, saudara Wan Zainal (Timbalan Pengerusi PKR Sarawak), See Chee How dan Habsah Harun.


Ini juga membuktikan bahawa PR kini bukan sahaja kehilangan kepercayaan dari pengikut sendiri tetapi juga akan kehilangan undi anggota keselamatan yang begitu marah dengan usul yang di kemukakan oleh DAP semalam.

Tiada ulasan: