Ahad, 26 Jun 2011

SMS UGUTAN KEPADA KETUA PEMUDA MALAYSIA


Sangkakala dapat maklumat bahawa pagi tadi YB Khairy Jamaludin (Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia) telah menerima sms berbaur ugutan sebelum beliau berangkat ke Gaza.

Perkara ini juga disahkan oleh salah seorang ahli pemuda yang turut bersama-sama YB KJ pagi tadi.

Dalam sms yang diterima oleh beliau, ada mengatakan bahawa sesiapa juga ahli pergerakan pemuda yang hadir untuk mengekang himpunan BERSIH akan dilakukan sesuatu.

YB KJ juga dikhabarkan telah mengarahkan Setiausaha Kerja Pemuda BN untuk membuat laporan polis.

Apa yang dirisaukan oleh penghantar sms tersebut hingga sanggup menghantar sms sedemikian? Adakah mereka takut akan kemaraan pemuda UMNO dan BN semasa himpunan tersebut?

Pemuda BN dan UMNO akan melakukan himpunan PATRIOT pada 9 julai nanti.

Kita tengok apa yang akan di lakukan oleh ahli-ahli puak pembangkang bila berhadapan dengan Gelombang Pemuda BN yang tetap akan mempertahankan perlembagaan negara.

Teruskan, dan sangkakala amat yakin YB KJ bukan orang yang mudah mengaku kalah hanya semata-mata kerana sms bodoh tersebut.

Tiada ulasan: