Sabtu, 27 Oktober 2012

GUAN ENG TERUS BERBOHONG

Setiausaha Agung DAP yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berbohong lagi demi untuk meraih simpati dan undi orang orang Melayu.

Dalam catatan yang dibuat oleh beliau didalam Malaysiakini hari ini, beliau mengatakan bahawa hubungan DAP telah terjalin sejak 25 tahun yang lalu dalam Opss Lalang yang dijalankan oleh pihak berkuasa pada masa itu.

Guan Eng berkata begitu semata mata untuk mengaburi mata rakyat sebenarnya.

Jika DAP dan PAS sudah menjalinkan hubungan baik selama ini, mengapa pada PRU12 setelah pembangkang memenangi beberapa buah negeri di Malaysia baru terjalin pakatan diantara mereka?

Adakah DAP melihat bahawa itu jalan atau punca mereka boleh memenangi pilihanraya akan datang?

DAP pandai bermain kata kata, pandai dalam memujuk rayu pengundi khususnya pengikut pengikut PAS yang terlalu taksub dengan parti itu, mereka lupa bahawa DAP ada agenda tersendiri untuk menjadi kerajaan.

Pengikut PAS tidak dapat melihat perkara ini kerana pemimpin PAS itu sendiri telah mengagung agungkan pemimpin DAP, sedangkan mereka juga mungkin lupa bahawa pemimpin UMNO itu adalah melayu dan juga islam.

PAS mengagung agungkan DAP kerana dendam terhadap UMNO, hingga mereka sanggup mengatakan bahawa UMNO adalah kafir kerana bersama sama dengan MCA dan MIC, mereka tidak melihat bahawa UMNO mendominasi kerajaan Barisan Nasional sedangkan pekatan mereka pula tidak begitu.

Bagaimana mereka (PAS) mengatakan bahawa mereka akan menegakkan negara islam di Malaysia? Sedangkan secara terang terangan pengerusi DAP sendiri menyatakan pendirian bahawa tidak akan ada negara Islam.

Jadi apa lagi yang hendak dipertahankan oleh PAS dalam mewujudkan negara Islam?

Berbalik kepada coretan Guan Eng didalam Malaysiakini tadi, adakah benar apa yang dikatakan oleh pemimpin DAP itu?

Adakah pengikut PAS tidak mampu untuk berfikir yang mana selama ini DAP juga bermusuhan dengan PAS?

Sangkakala menyeru supaya kita semua rakyat Malaysia menolak kepimpinan Pakatan Rakyat, mereka akan terus berbohong demi untuk berkuasa.

Setelah mereka mendapat kuasa, sudah pasti apa yang dijanjikan dan apa yang diakatakan oleh mereka akan menjadi omongan kosong semata mata.


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Khamis, 25 Oktober 2012

BLOGGER TUA KECUT PERUT

Setiausaha Umno bahagian Bandar Tun Razak, Abdul Zaharin Mohd Yasin yang juga penulis laman blog sangkelembai membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Konsul Kehormat Mongolia di Malaysia Datuk Syed Abdul Rahman Alhabshi di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur kerana mengeluarkan kenyataan fitnah di laman Facebook.
    
Abdul Zaharin membacakan kenyataan permohonan maafnya semalam di hadapan Hakim Datuk Lau Bee Lan dengan disaksikan Syed Abdul Rahman dan peguam masing-masing.
    
Pada 20 Ogos 2010 Syed Abdul Rahman memfailkan saman fitnah berjumlah RM10 juta terhadap Abdul Zaharin dan memohon injuksi menghalang menerbitkan kata-kata fitnah tersebut.
    
Sementara itu, peguam Datuk Jahaberdeen Mohamed Yunoos yang mewakili Syed Abdul Rahman ketika dihubungi pemberita berkata Hakim Lau telah membatalkan saman tersebut susulan permohonan maaf itu.

Zaharin juga pernah menimbulkan konroversi apabila mengeluarkan kenyataan didalam laman facebook semasa himpunan bersih 3.0 yang mana beliau mengatakan bahawa terdapat ramai anggota polis dari cawangan khas terbabit dalam himpunan tersebut.

Nampaknya blogger tua ni dah kecut perut apabila beliau merasakan tidak lagi boleh cari makan dalam UMNO diatas apa yang beliau telah lakukan.

Sangkakala nasihatkan beliau agar berhentilah dari melakukan kerja kerja bodoh seperti itu dan yang paling penting, bawa bawa bertaubat, kerana apa? Dia sendiri perlu ingat dan tahu apa yang beliau telah lakukan selama ini.


Psss..badan dah bau tanah bro..takut tak sempat nanti
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Rabu, 24 Oktober 2012

RAFIZI MEREPEK LAGI

Setelah gagal dalam usaha untuk mengaibkan pemimpin UMNO dalam pelbagai tohmahan, kini Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli cuba untuk memfitnah Menteri Besar Negeri Sembilan pula.

Bercakap dalam sidang media di Ibu Pejabat Keadilan, beliau berkata mempunyai bukti bahawa penyelewengan berlaku dalam penghapusan status hutan simpan di negeri tersebut.

Tapi dalam masa yang sama juga beliau ada menyebut bahawa tanah hutan simpan itu telah di keluarkan dari status hutan simpan untuk dijadikan ladang tanaman kelapa sawit.

Rasanya tidak menjadi satu kesalahan jika kerajaan negeri bertindak untuk menukar status tanah demi untuk pembangunan yang boleh menjana pendapatan negeri.

Seperti yang dikatakan oleh beliau, tanah itu ditukar status untuk dijadikan ladang, disini ada satu pertanyaan, adakah sesiapa yang boleh menanam kelapa sawit atau apa apa juga bentuk perladangan selagi status tanah masih lagi hutan simpan?

Sudah pastilah jawapannya tidak, jadi dengan cara menukar status tanah untuk dijadikan ladang adalah perkara biasa.

Kita juga perlu faham bahawa Negeri Sembilan bukanlah sebuah negeri yang besar seperti negeri negeri lain, jadi penukaran status tanah sedia ada perlu dilakukan.

Tanah tanah tersebut perlu ditukar statusnya daripada satu status ke status yang lain mengikut penggunaan tanah.

Sudah menjadi lumrah bagi pembangkang yang akan mengatakan bahawa dengan penukaran status tanah ini membabitkan pemimpin kerajaan negeri, apatah lagi kerajaan tersebut di perintah oleh Barisan Nasional.

Kenapa Rafizi tidak pernah mempertikaikan isu pasir di Selangor dan seolah olah beliau menikus mendiamkan diri?

Adakah Rafizi takut jika beliau mendedahkan perkara tersebut, maka segala kemudahan yang diberikan oleh kerajaan Pakatan Rakyat akan hilang dan beliau terpaksa pula nanti menjual nasi lemak bagi menyara kehidupan.

Rafizi berkata bahawa beliau sudah mempunyai bukti tetapi apa yang menjadi kehairanan, beliau tidak mengemukakan bukti tersebut dalam sidang media itu, bahkan beliau meminta supaya senua bersiap sedia.

Nampak sangat perangai kebudak budakkan Rafizi masih ada, hanya pandai untuk memusingkan cerita dan membuat fitnah semata mata untuk menjaga boss boss beliau yang laparkan kuasa.

PRU 13 ADALAH PRU PALING HEBAT

Semua orang memperkatakan bahawa PRU 13 adalah PRU penentu kepada Barisan Nasional khususnya UMNO.

Sebenarnya PRU13 adalah PRU penentu kepada corak pemerintahan negara sama ada ianya kekal aman seperti sekarang atau ianya akan menjadi porak peranda.

Tidak mustahil jika PRU13 jika dimenangi oleh Pakatan Rakyat dan seterusnya membolehkan mereka menjadi kerajaan, maka kemakmuran negara yang berbilang kaum dan agama ini akan menjadi porak peranda.

Rakyat di negara ini telah pun sedia maklum bahawa Pakatan Rakyat tidak mempunyai satu kata sepakat dalam usaha untuk mentadbir negara.

Pakatan Rakyat hingga kini masih lagi tidak bersatu hati dalam isu yang membabitkan agama rasmi negara dimana PAS masih dengan kerajaan Islamnya DAP dengan penolakkannya dalam konteks negara Islam dan PKR masih dengan kesamarataannya.

Jadi yang mana satu akan menjadi pegangan Pakatan Rakyat jika mereka memerintah kelak?

Sudah pasti setelah menubuhkan kerajaan, ketiga tiga parti akan bertelagah sesama sendiri dalam usaha menegakkan prinsip masing masing yang mana kita akan melihat kepada perpecahan dalam kerajaan.

Rakyat di negara ini perlu melihat secara halus dan teliti dalam permasalahan ini.

Sehingga kini Pakatan Rakyat tidak menpunyai sesiapa yang menjadi pengerusi dalam Pakatan tersebut, yang ada cumalah ketua pembangkang yang diwakili oleh pemimpin PKR.

Adakah setelah menubuhkan kerajaan nanti, mereka akan bertelagah pula dalam memilih siapa akan menjadi Perdana Menteri?

Adakah pengerusi dan presiden ketiga tiga parti bersetuju dengan apa yang dicadangkan oleh Anwar Ibrahim dalam kabinet bayangan beliau?

Setahu Sangkakala tidak seorang pun dari pemimpin PAS dan DAP yang menyatakan persetujuan dengan kabinet bayangan tersebut.

Pakatan Rakyat tidak konsisten dalam melaksanakan apa yang dimandatkan kepada oleh 4 buah negeri yang mereka takluki kini.

Jika sebuah negeri pun mereka tidak bersatu, apakah mentadbir negara boleh juga begitu?

Sama samalah kita fikirkan, jangan sampai negara kita sekali lagi dijajah seperti dahulu tapi dalam bentuk yang baru iaitu dalam bentuk politik.


Selasa, 23 Oktober 2012

TOLAK PAKATAN DI SELANGOR

Kalau dilihat kepada gambar yang Sangkakala muatkan kali ini mungkin agak sedikit mengejutkan.

Tapi itulah trademark baru yang digunakan oleh Talam Corp selepas syarikat itu dikatakan ditukar nama kepada Trinity Corporation Berhad.

Lambang yang menampakkan salib ini jelas menunjukkan bahawa syarikat ini menyokong dan mendokong idea kristian dan syarikat ini juga sekarang yang cuba diselamatkan oleh kerajaan negeri Selangor.

Dengan cara cuba menyelamatkan Talam Corp, kerajaan Selangor menampakkan bahawa mereka cuba untuk menyelamatkan sebuah entiti kristian dan mungkin ini juga yang dikatakan oleh Datuk Hassan Ali satu masa dulu bahawa kerajaan Selangor lebih cenderung membantu kristian dalam mengembangkan empayar agama itu di negeri Selangor.

Apa kata Menteri Besar Selangor sekarang? Masihkah beliau terus ingin membantu Talam atau Trinity corp ini?

Rakyat Selangor harus menolak kerajaan yang terang terangan menyokong kristian pada masa kini.

Jangan sesekali perjudikan agama Islam semata mata kerana kerakusan Pakatan Rakyat dalam usaha untuk memerintah negara dan dalam usaha mereka untuk terus berkuasa di Selangor.

Ayuh selamatkan Selangor daripada terus terjerumus ke jalan yang lebih buruk daripada hari ini.

Isnin, 22 Oktober 2012

22 TAHUN MEMERINTAH TANPA PEMBANGUNAN

Hari ini genap 22 tahun Kelantan diperintah dibawah kerajaan PAS yang mana pada hari ini juga genap Tuan Guru Nik Aziz menjadi Menteri Besar negeri itu.

Namun apa yang kita dapat lihat selama 22 tahun ini di Kelantan?

Adakah pembangunan di negeri itu pesat seperti negeri negeri lain yang diperintah oleh Barisan Nasional?

Semua pembangunan yang ada pada hari ini di Kelantan adalah peninggalan daripada kerajaan Barisan Nasional dulu dan ianya kekal hingga ke hari ini, namun pembangunan terdahulu telah dicemari juga dengan ketidak cekapan kerajaan PAS yang mengambil alih tampuk pemerintahan pada tahun 1990.

Seperti masalah air di Kelantan yang tidak menampakkan ianya diperbaharui hingga kita semua mengetahui dan diakui oleh warga Kelantan sendiri bahawa tahap kebersihan air di negeri itu adalah ditahap yang paling rendah berbanding negeri negeri lain di negara ini.

Selama 22 tahun ini juga, kita boleh bertanya kepada kerajaan PAS, berapa buah masjid yang dibina oleh kerajaan negeri itu?

Selain itu juga kita pernah diperdengarkan tentang isu ladang rakyat, dimana projek ini dikatakan telah gagal dan ramai penama penama dalam projek tersebut melahirkan rasa kekecewaan mereka.

Berbanding dengan kerajaan negeri dibawah kepimpinan Barisan Nasional dulu (sebelum PRU12), negeri Kelantan boleh dikatakan mundur dari segi kegiatan ekonomi berikutan ketakutan pelabur asing yang cuba untuk melabur dinegeri itu.

Ini juga jelas menunjukkan bahawa kerajaan PAS di Kelantan gagal untuk meyakinkan pelabur asing dalam menjana pendapatan negeri tersebut sekaligus mengurangkan peluang pekerjaan hingga anak anak Kelantan terpaksa keluar dari negeri tersebut untuk mencari rezeki.

Jika Kelantan kita telah melihat keadaan itu, kita juga tidak mustahil akan melihat kejadian sama di negeri negeri lain seperti Selangor, Kedah dan Pulau Pinang, bukan itu sahaja, jika PAS atau parti yang bersekutu dengan parti Islam tersebut menjadi pemerintah di negara ini, adalah tidak mustahil kejadian atau keadaan sama terjadi.

Jadi dalam kita mengelakkan perkara seperti ini terjadi, maka Sangkakala berpendapat kita perlu menolak parti parti ini dalam PRU yang akan datang demi kesejahteraan anak cucu kita kelak.


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

ANWAR MENIPU LAGI

Dalam hal yang membabitkan pemimpin Pakatan Rakyat menaiki jet baru baru ini untuk pergi ke program bertemu rakyat kononnya, Anwar masih lagi berdolak dalik mempertahankan bahawa beliau tidak salah dalam hal tersebut.

Berucap di majlis bertemu rakyat di Puchong, beliau dalam berseloroh berkata "jet tu bukan bapa depa punya".

Beliau berkata bahawa jet tersebut dipinjamkan oleh sebuah syarikat kepada beliau untuk digunakan.

Munasabah ke sebuah syarikat mahu memberikan sebuah jet untuk dipinjamkan kepada mereka kalau tidak disewa dari syarikat penerbangan tersebut?

Beliau juga berkata bahawa syarikat tersebut memberikan jet itu untuk kegunaan pemimpin PR kerana syarikat tersebut yakin bahawa mereka akan menang dalam PRU 13 nanti dan seterusnya akan menjadi pemerintah.

Ini juga kenyataan yang tidak masuk akal sama sekali.

Mana ada sebuah syarikat yang berniaga dan berteraskan keuntungan mahu mengambil risiko dengan memberikan sebuah jet yang bernilai jutaan ringgit diberi pinjam kepada pemimpin yang belum pasti akan menerajui negara ini.

Ini kerana, mahukah syarikat tersebut memperjudikan keuntungan syarikat kepada pemimpin pembangkang?

Sedangkan adalah lebih baik jika mereka memberikan jet tersebut dipinjam oleh pemimpin kerajaan yang sedia ada.

Sangkakala amat yakin bahawa jet tersebut telah disewa oleh PR untuk kegunaan pemimpin mereka dan duit yang digunakan untuk menyewa jet tersebut belum tentu darimana datangnya.

Mungkin duit tersebut dari hasil kutipan yang dibuat terhadap ahli ahli mereka, mungkin juga dari hasil keuntungan negeri negeri di bawah pentadbiran mereka, atau mungkin juga dari dana asing yang disalurkan kepada mereka untuk menjajah semula negara ini secara tidak nampak.

Itu semua kita fikir fikirkan lah sendiri dan kita semua patut menilai apa yang dilakukan oleh mereka selama mereka ini mendapat kuasa di beberapa buah negeri dalam Malaysia pada PRU12 yang lalu.

Sangkakala pernah diberitahu oleh seseorang yang mengatakan bahawa ada duit yang dibawa masuk melalui syarikat penerbangan untuk kegunaan PR dalam PRU13 nanti, namun khabar itu tidak dapat disahihkan kerana kelicikan mereka dalam membawa wan tersebut masuk.

Mungkinkah syarikat penerbangan yang sama membawa wang tersebut masuk secara haram kedalam negara ini dan atas dasar apa pula wang tersebut diberikan kepada Pakatan Rakyat? Apa yang penting sekali ialah apa pula perjanjian yang dibuat untuk ditukarkan dengan duit tersebut?

Jadi sama samalah kita fikirkan, jika mereka (PR) menjadi pemerintah, perjanjian antara mereka dengan pelabur politik tersebut sudah pasti dituntut dan kita tidak tahu apa jenis dan syarat perjanjian itu. Sama sama kita fikirkan.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Ahad, 21 Oktober 2012

HADI AWANG JATUH SAKIT

Ketika memberikan ucapan penutup pada Konvensyen Politik Baharu Sabah di Star City Convention Centre di sini semalam, Presiden PAS menyatakan bahawa negeri Sabah akan diberikan kepada orang Sabah untuk menjadi pengurus tadbir di negeri tersebut.

Satu kenyataan yang boleh membuatkan orang Sabah sendiri tersenyum dan mungkin juga ketawa setelah mendengar kenyataan seperti ini.

Selama Barisan Nasional menjadi kerajaan, urus tadbir di Negeri Di Bawah Bayu tersebut memang telah diberikan kepada anak Sabah untuk diurus tadbir.

Belum ada lagi dalam sejarah Sabah yang mana orang luar menjadi Ketua Menteri atau barisan menteri kabinet di negeri itu.

Jadi kenyataan yang diberikan oleh Hadi Awang tersebut agak lucu juga.

Mungkin beliau lebih menyangkakan yang Sabah diurus tadbir oleh orang luar ( mengikut fahaman dalam kenyataan).

Hadi Awang sakit atau terlupa agaknya, dan bagi Sangkakala, Presiden PAS itu sudah tidak lagi layak untuk menjadi pemimpin kerana beliau sendiri tidak dapat membezakan yang mana satu anak jati Sabah dan yang mana satu pula bukan.

Ini juga menjadi satu masalah jika PAS masih bersama sama dengan DAP dan PKR kerana jika Pakatan antara tiga Parti tersebut memenangi PRU akan datang, maka Hadi Awang mungkin akan mengatakan bahawa Lim Guan Eng adalah orang Melayu dan layak untuk menjadi Perdana Menteri.

Sangkakala menasihatkan kepada semua rakyat Malaysia khususnya para pengundi supaya kita semua menolak pemimpin pemimpin yang sebegini.

Jika mereka ini dipilih untuk menjadi kerajaan sudah pastilah akan terjadi banyak kesilapan demi kesilapan dan kita semua pasti akan menerima satu keadaan yang kurang atau langsung tidak menyenangkan.

Sabtu, 20 Oktober 2012

PAKATAN RAKYAT BAKAL TUMBANG

Melihat kepada perlawanan malam ini diantara Kelantan melawan Angkatan Tentera Malaysia dalam perlawanan bola sepak piala Malaysia, jelas menunjukkan kekalahan kepada Pakatan Rakyat pada PRU akan datang.

Kenapa Sangkakala kata begitu? Rakyat Selangor sendiri tidak lagi menyokong pasukan Kelantan yang diterajui oleh PAS tetapi mereka cenderung menyokong pasukan Angkatan Tentera Malaysia.

Walaupun Kelantan dan Selangor dibawah kerajaan Pakatan Rakyat namun rakyat Selangor tidak mahu menyokong pasukan Kelantan yang dikatakan lemah.

Hahaha,,malang abgi Kelantan kali ibi dan selamat kembali kepada kerajaan Barisan Nasional untuk rakyat negeri Selangor..

NURUL IZZAH OH NURUL IZZAH

Naib Presiden PKR yang juga merupakan anak kepada Presiden dan Ketua Umum PKR agaknya terlupa tentang apa yang berlaku pada tahun 2004 dulu.

Apa yang Sangkakala cuba nyatakan disini adalah tentang suatu kejadian yang berulang kali berlaku dalam sebuah bilik diantara beliau dengan seseorang.

Apa yang jadi, hanya Nurul Izzah dan sipolan sahaja yang tau dan yang pastinya Sangkakala sendiri telah melihat secara jelas apa yang terjadi.

Mungkin belum masanya untuk Sangkakala dedahkan tentang perkara itu, tetapi Sangkakala minta supaya Nurul Izzah dan seluruh ahli keluarga beliau bersiap sedia untuk menghadapi satu lagi keadaan yang mana ianya mungkin memalukan.

Tapi walau apa apa pun kita tunggu hingga tiba masanya dan Sangkakala akan dedahkan semua.

Sangkakala terdengar bahawa beliau mencabar pemimpin kerajaan supaya berdebat dengan beliau mengenai apa sahaja isu.

Lebih kepada ibarat menunding satu jari ke arah orang lain sedangkan jari yang lain menunjuk ke arah diri sendiri.

Untuk menunjukkan bahawa beliau adalah baik, Nurul perlu melihat kembali sejarah beliau di belakang, barulah beliau boleh mengorak langkah lebih jauh ke hadapan.

NIK AZIZ HANYA PENTINGKAN DIRI

Melihat kepada gambar sewaktu Nik Aziz Nik Mat melakukan solat secara bersendirian ini, jelas menunjukkan bahawa beliau hanya mementingkan diri beliau sendiri.

Mana tidaknya, dalam Islam itu sendiri digalakkan untuk solat berjemaah dan ianya lebih afdhal dan lebih 27 kali ganda pahalanya dari solat bersendirian.

Nabi Muhammad SAW yang merupakan seorang pemimpin Islam yang maha agung mengajak para sahabat dan pengikut Baginda untuk melakukan ibadah solat.

Tidak seperti Nik Aziz yang melakukan solat bersendirian sahaja tanpa dimakmumkan oleh pengikut beliau dan beliau membiarkan sahaja perkara ini berlaku.

Adakah Nik Aziz berpendaat bahawa sekiranya beliau seorang sahaja yang solag maka pengikut pengikut dan penyokong PAS akan terlepas dari dosa tidak bersembahyang?

Inikah contoh seorang pemimpin islam yang di julang sebagai ulamak oleh pengikut pengikut PAS?

Lagi satu pertanyaan yang boleh dibuat disini ialah, apakah taraf Nik Aziz hingga beliau solat pun dikerumuni oleh pengikut pengikut beliau?

Jika ini pemimpin yang di angkat oleh pengikut pengikut PAS, maka Sangkakala dapat merasakan bahawa satu kesilapan besar telah dilakukan oleh mereka dan janganlah kita juga mengikuti kesilapan demi kesilapan ini hanya semata mata untuk memuaskan nafsu beliau utnuk menjadi pemimpin dan akhirnya nanti kesalan demi kesalan menghantui kita.

DAP ANGGAP KAUM INDIA GANGSTER

Kenyataan yang dibuat oleh ahli parlimen Ipoh Barat, Lim Kit Siang dalam Malaysiakini menarik perhatian Sangkakala apabila beliau meminta supaya Suruhanjaya siasatan "berdaya tinggi" ditubuhkan untuk mengetengahkan isu kegiatan samseng melibatkan Pemuda India.

Bagi Sangkakala isu ini amat sensitif dimana Kit Siang seolah olah memberi bayangan dimana kaum India khususnya pemuda terlibat dalam kegiatan gengster secara berleluasa.

Kit Siang mungkin terlepas pandang dimana kegiatan AhLong dimonopoli pula oleh kaum cina tetapi memandang ianya sebagai kes terpinggir.

Kenapa perlu Kit Siang hanya menyebut tentang kegiatan gengterisma yang melibatkan kaum India? kerana bagi Sangkakala kegiatan ini tidak hanya melibatkan kaum itu bahkan ianya turut juga disertai oleh kaum kaum lain di negara ini.

Jika 'suruhanjaya' tersebut ingin ditubuhkan ianya perlu dibuat secara menyeluruh dan bukannya melibatkan satu kaum di negara ini.

Apabila Kit Siang menekankan bahawa ianya untuk kaum India maka Sangkakala beranggapan bahawa Kit Siang memandang kaum India ini seolah olah terlalu jahat di mata beliau dan ini adalah sesuatu yang tidak benar sama sekali.

Jika ditakdirkan Pakatan Rakyat memerintah Malaysia, mungkin nasib kaum India terutamanya pemuda akan dipinggirkan kerana dipandang jahat oleh DAP dan sekutunya.

Jumaat, 19 Oktober 2012

KETUA PENERANGAN PAS TIADA LESEN MEMANDU

Tuan Ibrahim Tuan Man yang merupakan Ketua Penerangan PAS pusat mungkin tidak memiliki lesen memandu kenderaan.

Ini berikuran kenyataan beliau didalam Harakah yang mengatakan bahawa sistem AES juga ditempatkan di dalam kawasan yang pemanduannya hanya 30 km/j.

Satu kenyataan bodoh daripada seorang pemegang jawatan tinggi dalam parti.

Dalam Malaysia mana ada kawasan yang dihadlajukan sebanyak itu. Minimum kepada kelajuan pemanduan adalah 60km/j itu pun di kawasan kawasan kampung.

Bagi Sangkakala, elok juga jika AES dipasang dikawasan kawasan yang had lajunya sebegini kerana pemandu pemandu ini akan memandu melebihi had laju yang dibenarkan hingga menyebabkan kemalangan sering berlaku.

Timbalan Menteri pengangkutan baru baru ini telah menegaskan bahawa kerajaan akan tetap meneruskan sistem ini dan ianya diletakkan dikawasan kawasan maut dimana secara umumnya pemandu akan memandu melebihi had laju yang di tetapkan.

Memang sudah menjadi lumrah pada Pakatan Rakyat bahawa mereka akan menentang dan membangkang apa juga yang dilakukan oleh kerajaan bagi tujuan keselamatan untuk rakyat, bahkan mereka juga akan menentang segala kebaikan kerajaan dalam membantu rakyat di negara ini.

Seperti contoh sistem AES ini, ianya bertujuan untuk mengurangkan kemalangan maut yang biasanya melibatkan pemandu yang tidak bertimbang rasa di jalan raya dan bukan mereka sahaja yang menjadi mangsa, pemandu atau pengguna jalanraya yang lain turut menjadi mangsa daripada keegoan mereka di jalan raya.

Dengan adanya sistem ini, diharap pemandu akan lebih berhati hati dan kadar kemalangan dapat dikurangkan, bukankah ini juga diinginkan oleh pembangkang selama ini, atau mereka sememangnya suka jika setiap hari kita diperdengarkan dengan berita kematian dan kecederaan akibat kemalangan.

Sangkakala berharap agar Tuan Ibrahim Tuan Man pergi mengambil ujian pemanduan berhemah di mana mana sekolah memandu dan dapatkan lesen memandu atau menunggang kenderaan dan disitu nanti beliau akan lebih tahu tentang kelajuan dan cara cara pemanduan.

Khamis, 18 Oktober 2012

BAYAR UNTUK RUMAH YANG TAK WUJUD

Kerajaan Kedah membayar kontraktor untuk kerja-kerja pembaikan tiga buah rumah kos rendah yang tidak wujud, menurut Laporan Ketua Audit Negara 2011.

Ia antara masalah yang dikenal pasti dalam projek program perumahan melibatkan 12,749 unit di 79 program perumahan.

Semakan secara rawak mendapati pembayaran dibuat sebanyak RM29,800 untuk tiga unit berasingan.

"Rumah tidak wujud memandangkan blok tersebut hanya mempunyai 4 tingkat dan nombor rumah terakhir ialah F-4-20," laporan itu dipetik.

Bayaran juga dibuat sebanyak RM14,740 untuk kerja-kerja pembaikan yang tidak siap.

Teluskah kerajaan Kedah dalam kes seperti ini? Kenapa bayaran dibuat jika rumah rumah tersebut tidak wujud atau memang tiada? Kerajaan Kedah perlu menjawab isu ini, jangan hanya menunding jari kepada kerajaan pusat.

Rabu, 17 Oktober 2012

INDUSTRI PERKHIDMATAN PELANGGAN & PUSAT PERHUBUNGAN MALAYSIA 2012 MENJANJIKAN PELUANG KERJAYA YANG LUMAYAN

KENYATAAN MEDIA
12 OKTOBER 2012

INDUSTRI PERKHIDMATAN PELANGGAN & PUSAT PERHUBUNGAN MALAYSIA 2012 MENJANJIKAN PELUANG KERJAYA YANG LUMAYAN

Kuala Lumpur – Y.A.Bhg. Datin Paduka Seri Rosmah Mansor, Isteri kepada Perdana Menteri Malaysia telah hadir merasmikan Majlis Anugerah Industri Perkhidmatan Pelanggan Dan Pusat Perhubungan Malaysia 2012 buat kali ke-13 di Hotel Istana.

Industri Perkhidmatan Pelanggan dan Pusat Perhubungan di Malaysia semakin berkembang pesat dan telah membuktikan bahawa industri tersebut berupaya menawarkan peluang pekerjaan serta tangga gaji yang tinggi.

Lebih 40,000 peluang pekerjaan wujud sehingga tahun 2020 yang yang menawarkan gaji minima secara purata sebanyak RM 1,500.00 sebulan. Ianya selari dengan saranan Y.A.B Perdana Menteri Malaysia untuk menjadikan Malaysia sebagai Negara maju berpendapatan tinggi.

Y.B. Senator Dato’ Maznah Mazlan, Timbalan Menteri Sumber Manusia juga turut hadir ke Majlis tersebut.

Menurut beliau Industri Perkhidmatan Pelanggan dan Pusat Perhubungan di Negara ini merupakan sebuah industri yang berpotensi tinggi dan dapat membantu meningkatkan produktiviti serta pembangunan negara melalui peluang pekerjaan serta perniagaan yang ada.

Customer Relationship Management And Contact Centre Association of Malaysia atau lebih dikenali sebagai CCAM merupakan sebuah Pertubuhan tunggal yang mewakili setiap Organisasi-Organisasi yang menyediakan perkhidmatan pelanggan serta mempunyai pusat perhubungan.

“Kementerian Sumber Manusia menyokong inisiatif penubuhan CCAM selaku Pertubuhan tunggal serta menyambut baik segala inisiatif diambil yang merangkumi aspek latihan, jaminan pekerjaan, kajiselidik, pendedahan yang lebih agresif serta mewujudkan nilai tambahan seperti kredibiliti dan keupayaan”. Tambah Y.B. Senator Dato’ Maznah Mazlan.

Majlis Anugerah Inudstri Perkhidmatan Pelanggan dan Pusat Perhubungan Malaysia 2012 yang dianjurkan tahun ini telah mencipta sebuah rekod baru melalui penerimaan jumlah penyertaan yang tertinggi sebanyak 491 berbanding tahun-tahun sebelumnya.

Majlis tersebut dianjurkan bagi memberi pengiktirafan kepada individu serta organisasi yang telah memainkan peranan serta menyumbang ke arah pembangunan Industri Perkhidmatan Pelanggan dan Pusat Perhubungan Negara. Y.A.Bhg. Datin Paduka Seri Rosmah Mansor juga telah menerima Anugerah Tokoh Prihatin melalui keprihatinan, komitmen serta pengorbanan beliau dalam memastikan golongan yang kurang bernasib baik mendapat tempat, perhatian dan bantuan daripada pelbagai pihak jelas terbukti dengan penglibatan aktif Y.A.Bhg. Datin Paduka Seri terhadap aktiviti khidmat komuniti dan kemasyarakatan.

“Seramai 1,300 orang yang terdiri daripada golongan professional hadir pada majlis yang berprestij ini sebagai tanda sokongan berterusan mereka terhadap Industri yang unik ini serta meraikan kejayaan rakan-rakan seperjuangan.

CCAM akan meningkatkan lagi jaringan strategik bersama-sama Agensi-agensi Kerajaan serta sektor korporat dalam dan luar negara bagi memastikan Industri ini akan terus relevan bagi memberi faedah kepada rakyat Malaysia.” Kata Mohd Irwan Rizal, Presiden Customer Relationship Management and Contact Centre Association of Malaysia.


MOHD IRWAN RIZAL
PRESIDEN
CUSTOMER RELATIONSHIP MANAGEMENT AND CONTACT CENTRE ASSOCIATION OF MALAYSIA

PEMILIK BAS JELAJAH MERDEKA TERBONGKAR

Selalu sangat bila ada kes yang membabitkan PR mereka akan kata itu dan ini.

Tapi bila terbongkar semua tu, mereka akan tunding jari pada kerajaan Barisan Nasional dan yang akan ditempelak sudah pastilah UMNO.

Seolah olah semua kesilapan serta kesalahan mereka berpunca dari UMNO dan UMNO akan terus dipersalahkan.

Seperti bas mewah yang membawa Ketua Umum PKR baru baru ini disimbah cat merah dan kes tentang mengacu senjata api oleh pengawal peribadi Anwar Ibrahim, itu juga di halakan kepada UMNO.

Hari ini Sangkakala dapat satu cerita dan bukti yang dihantar oleh seorang rakan, yang mana ianya telah membuktikan bahawa bas mewah tersebut telah didaftarkan atas nama Menteri Besar Selangor YAB Tan Sri Khalid Ibrahim.

Darimana Khalid dapat wang sebanyak itu untuk membeli sebuah bas untuk Ketua Umumnya?

Itu sama sama kita nilaikan, Khalid pernah berkata bahawa PR menyewa bas atau kenderaan tanpa menggunakan duit rakyat, habis tu PR pakai duit siapa? Duit dari dana asing ke?

Kepincangan demi kepincanganyang di lakukan oleh PR selama mereka memerintah negeri Selangor.

Rakyat Selangor perlu melihat keadaan ini dan harus meneliti serta mengambil kira apa yang telah dilakukan oleh mereka.

Menifesto PRU12 masih belum terlaksana, tapi tak tahulah jika membeli sebuah bas mewah juga terdapat dalam menifesto tersebut, jadi fikir fikirkan lah..

Selasa, 16 Oktober 2012

ULAMA PAS PERLU BERANI

Tokoh-tokoh ulama dalam Pas digesa agar berani bersuara untuk mendesak parti itu keluar daripada pakatan pembangkang supaya tidak terus disesatkan serta diperkudakan oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP.

Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin berkata, dalam banyak isu berkaitan akidah termasuk penggunaan kalimah Allah oleh penganut Kristian, Pas sanggup mengetepikan kepentingan agama semata-mata kerana mahu berkuasa.

Beliau yang juga Naib Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) berkata, sama seperti bapa saudara Nabi Muhammad SAW, ulama-ulama Pas sanggup menolak kebenaran hanya kerana takut dicemuh dan hilang jawatan.

Kita minta ulama-ulama dalam Pas seperti Timbalan Mursyidul Amnya, Datuk Haron Din; bekas Timbalan Presidennya, Nasharudin Mat Isa dan Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib untuk membawa Pas keluar daripada pakatan pembangkang.

Sasterawan Negara, Prof. Emeritus Datuk Dr. Shahnon Ahmad juga kata Pas sudah tersasar daripada perjuangan asalnya kerana parti itu ditubuhkan sebab hendak buat negara Islam dan hudud," katanya semasa berceramah di hadapan lebih 3,000 orang pada program Rapat Umum Perkasa Perak di padang Dewan Datuk Ahmad Said, Kampung Sungai Rokam, di sini malam tadi.

Selain Zulkifli, Mursyidul Am Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI), Muhammad Zahid Md. Arip yang juga bekas Naib Ketua Angkatan Muda PKR turut berceramah dalam program itu.

Zulkifli juga berkata, orang Melayu tidak boleh bergantung harap kepada Pas untuk membela Islam dan kepentingan Melayu kerana parti itu bukan dominan di dalam pakatan pembangkang.

Katanya, ia boleh dilihat apabila Kerajaan Pas Kedah terpaksa membatalkan hasrat merobohkan sebuah rumah penyembelihan babi di sebuah kampung Melayu hanya kerana desakan daripada seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP.

Kalau betul Pas dominan, tidak akan berlaku apa yang terjadi kepada bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Hasan Ali yang dipecat kerana hendak selamatkan akidah umat Islam," ujarnya.

Dalam ceramah tersebut, beliau turut mendedahkan pelbagai pembohongan yang dilakukan oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana kemaruk untuk menjadi Perdana Menteri.

Beliau juga memberitahu, DAP semakin lantang berani mempersoalkan kedudukan agama Islam dan orang Melayu di negara ini kerana mendapat sokongan daripada Anwar dan golongan Anwarinas di dalam Pas.

Sementara itu, pada sidang akhbar selepas program itu, Zulkifli memberitahu, beliau mendapat maklumat akan berlaku satu kejutan tidak lama lagi.

PEMIMPIN MUDA JADI PILIHAN

Kita acap kali didendangkan dengan penarikan diri oleh pemimpin dari UMNO dan mereka beralih arah ke pada PAS PKR mahupun DAP.

Kenapa perkara ini terjadi? Adakah mereka benar benar tidak mahu lagi menyokong kerajaan atau adakah benar seperti yang mereka katakan tentang Barisan Nasional yang mana selama ini disokong penuh oleh mereka?

Sangkakala meneliti senario ini secara mendalam dan ada juga bertanya kepada orang orang lama yang sudah masak atau matang dengan politik pemimpin seusia mereka ini.

Jawapan yang Sangkakala terima dari orang orang lama ini semua lebih kurang sama dan bagi Sangkakala ianya ada kebenaran.

Seorang bekas pemimpin peringkat cawangan yang Sangkakala temui berkata bahawa pemimpin pemimpin parti yang seusia dengan beliau sebenarnya bukanlah marah atau menidakkan apa yang telah dilakukan oleh kerajaan selama ini.

Menurut beliau ini semua adalah kerana pemilihan calon pada masa akan datang (PRU 13).

Perdana Menteri telah mengeluarkan garis panduan untuk menentukan seseorang calon bagi satu satu kawasan dan Barisan Nasional telah meletakkan satu garis panduan bahawa calon calon ADUN atau Ahli Parlimen mestilah dikalangan calon yang mampu menang.

Jadi oleh yang demikian, beliau melihat bahawa senario lompat parti ahli parlimen Barisan Nasional atau ADUN ini adalah disebabkan beberapa faktor.

Faktor yang pertama adalah dari sudut umur, yang mana pemimpin pemimpin ini sudah pun memegang jawatan melebihi dua penggal sebagai ahli parlimen atau ADUN jadi mereka merasakan harapan untuk mereka dipilih semula untuk menjadi calon amat tipis.

Faktor kedua pula ialah, mereka mereka ini dikenal pasti tidak menjalankan tugas seperti yang di amanahkan oleh rakyat dan kerajaan, ini juga membawa kepada mereka tidak akan dipilih sebagai calon pada PRU akan datang.

Faktor ketiga pula ialah pengundi, pengundi pengundi pada hari ini terdiri daripada anak anak muda yang mahukan pemimpin yang lebih kurang seusia atau yang tahu akan kehendak generasi muda masa kini. Dan ini juga akan memabawa kepada nereka tidak akan disenaraikan sebagai ahli parlimen atau ADUN nanti.

Jadi untuk menjaga karier politik masing masing, pemimpin pemimpin ini mengambil jalan singkat dengan meyertai parti pembangkang dengan harapan supaya mereka akan dipilih sebagai ahli parlimen atau ADUN bagi mewakili parti yang mereka sertai dengan alasan meraka lebih berpengalaman.

Tapi Sangkakala tertanya tanya, adakah mereka ini mampu untuk menang sebagai ahli parlimen atau ADUN dengan senario bahawa pengundi hari inj adalah pengundi muda yang mahukan calon calon dari kalangan orang muda yang memahami kehendak mereka.

Jadi Sangkakala mengucapkan selamat menempuhi cabaran yang lebih besar nanti kepada pemimpin pemimpin kerajaan yang telah melencongkan diri kepada pembangkang.

Anak muda hari ini amat bijak dan mereka pasti akan memilih pemimpin daripada kerajaan sedia ada kerana mereka melihat bahawa hanya kerajaan ini yang mampu membela nasib mereka.

Bagi mereka mereka yang gagal menjalankan tanggungjawab pula sudah pasti akan menunding jari mengatakan bahawa kerajaan Barisan Nasional ini tidak bertanggungjawab dan sebagainya.

Adakah mereka lupa bahawa mereka adalah wakil kepada rakyat dikawasan mereka sendiri? Jika mereka benar benar memperjuangkan hak rakyat dikawasan mereka sudah pasti kerajaan akan meneliti setiap keperluan dikawasan tersebut.

Namun Sangkakala percaya bahawa ini tidak dilakukan oleh merka hinggakan kerajaan terlepas pandang pada kawasan kawasan tersebut dan meraka akan menunding jari kepada kerajaan.

Jadi adakah pemimpin pemimpin seperti ini yang kita mahukan? Cuba menegakkan benang yang basah, tidak mahu menerima kenyataan bahawa mereka sudah lama, sudah berumur dan tidak bertanggung jawab sebagai pemimpin kita.

Barisan Nasional pasti akan memilih pemimpin dari golongan muda untuk meneruskan perjuangan kerajaan dalam membaik pulih nasib orang muda dan Sangkakala amat yakin dan percaya bahawa ini hanya mampu dilakukan oleh Barisan.

Isnin, 15 Oktober 2012

BUKTI DAP PKR PAS AKAN TUKAR PERLEMBAGAAN

Sangkakala tadi telah menerima satu gambar yang dihantar oleh seseorang melalui email.

Apabila Sangkakala buka, gambar seperti dibawah telah terpapar di screen telefon bimbit Sangkakala.

Seperti yang kita semua telah jangka dan duga, PR akan menukar perlembagaan sedia ada yang mempertahankan ketuanan melayu dan menegakkan institusi beraja negara ini kepada sebaliknya.

Jika dilihat dari gambar tersebut yang diambil dari akaun twitter ahli parlimen kawasan Batu, Tian Chua yang mengatakan 'kita akan tukar sistem juga' jelas menunjukkan apa yang hendak ditujar oleh mereka.

Ye, pertama sekali mereka akan menukar perlembagaan dimana orang orang melayu tidak lagi akan mempunyai hak keistimewaan seperti mana sekarang, hak bumiputera akan dimansuhkan dengan hak sama rata, sistem beraja akan dilupuskan dan digantikan dengan sistem ber presiden yang akan memperlihatkan bahawa raja raja kita akan hilang kuasa sebagai payung yang memayungi rakyat.

Ini semua akan dilakukan oleh PR kerana mereka tidak mahu lagi sistem demokrasi dijalankan, pemerintahan kuku besi juga mungkin akan dilakukan dan rakyat pasti akan menderita.

KENYATAAN MEDIA TENTANG MENIFESTO KERAJAAN SELANGOR

Salam

Saya Rushdan Mohamed Pengerusi Barisan Bertindak Pangsapuri Bandar Putra Perdana Puchong dan juga yang pentingnya rakyat Selangor yang Perihatin.

Timbul kesedaran dari saya untuk menframekan manifesto kerana begitu kecewa dan terkilan dengan jawapan MB Selangor bahawa manifesto Bukanlah
Satu Perjanjian dan Tak perlu ditunaikan.

Jadi amatlah bersesuaian ianya diframelan dan digantungkan sahaja di pejabatnya.

Hari ni saya tunaikan janji saya untuk menyerahkan manifesto. Yg diframekan kepada MB atau wakilnya tapi malang sekali dengan keangkuhan yang ada mereka tidak turun pun menemui kami yang menunggu mereka selama Sejam.

Banyak lagi janji manifesto. Yg belum ditunaikan dan wajar diminta. Mana dia elaun untuk anak masuk pra. Mana elaun untuk anak yg dihantar ke Nurseri. Mana elaun untuk anak yang masuk Universiti.

Saya ingatkan Menteri Besar dan kerajaan Selangor jangan lupa kuasa rakyat dan kerana Kuasa Rakyat itulah kamu menggunakan perkataan Pakatan Rakyat dan kali ini.

Insyallah Rakyat Akan Tentukan melalui kuasa yang mereka ada untuk menentukan siapa yang layak memerintah negeri Selangor dalam PRU13 nanti.

Janji Tetap janji. Janji wajar ditunaikan. Janji mesti DiTepati.

Rushdan bin Mohamed.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

RETORIK ANWAR MAKIN TERSERLAH HINGGA JADI MUNAFIK

Anwar Ibrahim dalam ceramahnya di Lahad Datu Sabah menagatakan bahawa beliau memperjuangkan menentang pemimpin kerajaan yang zalim.

Ianya ditujukan tepat kepada UMNO dan beliau mengatakan bahawa kenaikan harga barang adalah disebabkan oleh kepimpinan Kerajaan Barisan Nasional.

Mungkin mendengar ayat ayat yang dikatakan oleh Anwar ini ramai dikalangan pengikut pembangkang yang mengatakan bahawa ianya benar.

Cuba kita renung dan kaji semula siapa Anwar sebelum beliau di penjarakan dahulu.

Beliau juga oernah memegang jawatan Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri di zaman Tun Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri dulu.

Semasa beliau memegang jawatan Menteri Kewangan, beberapa kali juga harga barangan telah dinaikkan dan alasan beliau semasa membentangkan bajet dimasa itu ialah untuk mengurangkan kadar subsidi kerajaan bagi meneruskan agenda penbangunan negara.

Kenapa pada masa itu Anwar tidak mengekalkan harga barangan barangan tersebut atau mungkinkah selaku Menteri Kewangan beliau yang melakukan perkara seperrti yang beliau katakan di Lahad Datu itu.

Bagi Sangkakala, Anwar kena sedar bahawa setiap apa yang beliau katakan tentang Kerajaan Barisan Nasional sebenarnya adalah dimulakan oleh beliau dahulu dan kini beliau cuba untuk menegakkan benang yang basah demi untuk meneruskan agenda dimana beliau ingin menjadi Perdana Menteri sekaligus menggadai negara ini.

KENYATAAN KETUA PEMUDA SEPUTIH TERHADAP SAIFUDDDIN ABDULLAH

Merujuk kepada kenyataan Saifuddin berkenaan dengan kenyataan Tun M terhadap George Soros dan Suaram, yang mana beliau mengatakan "apa kata kalau george soros yang kita hentam hari ini dia buat kenyataan yang sesuai dengan kita"

Tun M menghentam Soros bukan sekadar minat beliau ataupun dibuat dengan tanpa sebab, kenyataan Tun M begitu konsisten terhadap Soros, dari dulu sehingga hari ini, beliau mengatakan Soros seorang menyangak Mata wang.

Oleh itu, tindakan Saifuddin menyatakan hentaman ini beliau tidak minat, kerana khuatir apa akan kita lakukan sekiranya ada kenyataan yang berpihak kepada kita.

Saya nak maklum kepada beliau, kenyataan dibuat terhadap soros kerana menjaga kepentingan negara dan rakyat malaysia malah kepada dunia, dan kita juga melihat dengan jelas apa yang terjadi kepada negara jiran apabila IMF mengambil alih ekonomi mereka akibat dari tindakan penyangak mata wang.

Sebagai pemimpin, kita kene pegang kepada perinsip apabila membuat kenyataan, sekiranya soros bertindak memuji dan berkata baik terhadap Malaysia, itu bukan perkara yang perlu kita tunduk terhadap tindakan beliau malah sudah tentu pujian itu datangnya kerana kita berpegang kepada prinsip dan tindakan baik dari kita.

Suaram juga didedahkan adalah pertubuhan haram dan mendapat dana dari luar negara, ini merupakan satu tindakan dan penemuan oleh KPDNKK yang mana melibatkan undang-undang negara, adakah salah kalau perkara ini didedahkan untuk pengetahuan umum? Kalau esok lusa mereka buat cerita baik pasal kita, takan kita nak halalkan pula pertubuhan ini, apa yang akhbar dedahkan terhadap Suaram adalah kerana peraturan dan prinsip. Bukan saja-saja mahu mengkritik mereka.

Oleh itu, kadang-kadang, eloklah kita berdiam kalau tak ada perkara baik yang kita nak utarakan, lebih elok berdiam dari bercakap.

Mohd Razlan Bin Muhammad Rafii
Ketua Pemuda UMNO Seputeh
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

SAIFUDDIN PATUT LETAK JAWATAN

MP Kulim-Bandar Baru Datuk Zulkifli Noordin menuntut supaya timbalan menteri pengajian tinggi Datuk Saifuddin Abdullah meletak jawatan kerana berpandangan serangan BN ke atas jutawan George Soros berpotensi "memakan diri sendiri".

Dalam laporan Mingguan Malaysia itu, Zulkifli berkata Saifuddin sepatutnya membezakan "isu pertubuhan haram menerima dana asing untuk menjatuhkan kerajaan" dan "isu politik".

"Saya terkejut kenyataan seperti itu dikeluarkan oleh anggota kabinet yang jelas menunjukkan beliau tidak lagi layak menjadi timbalan menteri dan patut meletakkan jawatan," katanya seperti dipetik akhbar milik Umno itu.

Beliau mendakwa, isu yang dikaitkan dengan NGO Suaram itu "bukan soal politik tetapi perkara itu menyentuh tentang keselamatan serta kedaulatan negara".

Turut dibariskan dalam laporan tersebut untuk menyelar Saifuddin ialah presiden Jaringan Melayu Malaysia Azwanddin Hamzah dan juga presiden Persatuan Alumni Pemimpin Mahasiswa Aspirasi Malaysia Mohd Shahar Abdullah.

Azwanddin dilaporkan kesal kerana Saifuddin menurutnya "cuba mempertahankan sebuah pertubuhan yang terbukti menerima dana dan menjadi tali barut kuasa asing".

"Kami (NGO) bersungguh-sungguh menentang kemasukan dana asing yang bertujuan untuk menjatuhkan kerajaan, malangnya Saifuddin pula mempertahankan Suaram," katanya.

Saifuddin ketika ditemui Malaysiakini minggu lalu berkata, atas dasar itulah, beliau tidak gemar menyerang Soros mahupun NGO Suaram yang didakwa sebagai penerima dana daripada badan yang didakwa mempunyai kaitan dengan jutawan tersebut.

"Kalau kita tunjuk keburukan produk orang lain kita tak boleh kawal kualitinya sedangkan mereka boleh kawal (kualiti) produk mereka," kata Saifuddin yang juga ahli majlis tertinggi Umno.

"Bagaimana jika Soros yang (hari ini) kita hentam esok lusa dia buat kenyataan yang sesuai dengan kita.

"Sebab itu saya tak begitu berminat menghentam Soros atau menghentam Suaram," katanya.

Ahad, 14 Oktober 2012

YANG NI FUZIAH NUKLEAR TAKNAK BUAT DEMO KE

Gambar ini diberi oleh seorang rakan kepada Sangkakala tadi, mula mula Sangkakala tak nampak apa apa dalam gambar tersebut, tetapi setelah diamati barulah Sangkakala perasan yang gambar tersebut merupakan persediaan bagi menyambut Hari Raya Haji yang disambut sekali dengan hari Hallowen.

Persediaan ini dikatakan dibuat di sebuah pasaraya di Kuantan Pahang, dimana ahli parlimen kawasan tersebut ialah orang yang begitu lantang memperkatakan tentan kilang Lynas yang kononnya menghasilkan sisa buangan yang merbahaya.

Beliau juga yang dikatakan telah menganjurkan perhimpunan hijau yang mana ianya untuk menghalang pembinaan loji Nadir Bumi dikawasan itu walau pun jawatan kuasa Atom Dunia mengesahkan bahawa kilang tersebut selamat.

Nah, apa lagi puan Fuziah, buat le demo, hentikan le sambutan Hallowen tu yang akan disambut sekali dengan Hari Raya Korban nanti.

Apakah Fuziah tidak memberikan apa apa pandangan atau kritikan tentang perkara ini?

Nampak bertudung molek namun ianya hanya luaran sahaja mungkin.

Jika hanya memperjuangkan untuk menggagalkan sebuah kemajuan namun tidak untuk agama tidak ada gunanya.

Nampak sangat Fuziah juga takut untuk memberi teguran kepada sambutan ini yang mana ianya mungkin kehendak pembangkang di kawasan parlimen beliau dan beliau takut nanti tidak lagi mendapat undi dalam pilihanraya yang akan datang.

Fikir fikirkanlah dimana kedudukan fuziah kini yang berjaya melacurkan agamanya sendiri.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

PR GUSAR DANA ASING DIBEKUKAN

Setiausaha publisiti DAP Tony Pua berkata, pemimpin Umno bertindak hipokrit apabila merancang untuk untuk menggubal undang-undang baru bagi menyekat penerimaan dana asing.

Apa yang diakatakan oleh Tony Pua ni? Beliau seolah olah takut apabila Menteri Hal Ehwal Undang Undang Datuk Seri Nazri Aziz yang mengatakan bahawa sebarang Dana Asing yang dicurigai perlu dibekukan serta dihalang kemasukannya atas sebab sebab keselamatan negara.

Kenapa pulak Tony Pua menjadi gusar sekiranya PR tidak menerima sebarang dana dari luar untuk membiayai perjuangan politik mereka.

Ini mungkin boleh kita anggap bahawa PR mempunyai perjanjian dengan pelabur pelabur yang memberikan dana kepada mereka hingga mereka begitu takut sekiranya dana ini dibekukan.

Berapa banyak agaknya dana asing yang diterima oleh PR untuk menjalankan kerja kerja politik mereka.

ISU SOROS TIADA KEUNTUNGAN POLITIK

Timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mendakwa BN tidak menggunakan isu jutawan George Soros – yang didakwa membiaya NGO tempatan untuk menjatuhkan kerajaan – demi keuntungan politik parti.

Beliau dipetik akhbar Mingguan Malaysia sebagai berkata, perkara itu hanya ditimbulkan oleh bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir sebagai peringatan bahawa bantuan Soros itu "tidak membantu negara."

"Rakyat boleh menilai, kalau kita biarkan bermakna kita mahu kuasa asing menguasai negara dan Soros mahu menggunakan kuasa wang untuk menimbulkan masalah dalam negara kita.

"Kita tidak menggunakan itu (demi keuntungan politik) tetapi kenyataan yang perlu dijelaskan," katanya dalam laporan akhbar milik Umno itu.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyatan timbalan menteri pengajian tinggi Datuk Saifuddin Abdullah pada Khamis lalu yang bimbang serangan BN ke atas Soros akan "memakan diri sendiri".

Dalam laporan edisi hujung minggu Utusan Malaysia itu lagi, Muhyiddin berkata isu sama ada perkara itu menimbukan kesan buruk kepada BN tidak timbul kerana dakwaan tersebut telahpun dipersoalkan banyak pihak.

"Umum mengetahui peranan Soros di banyak negara, ini satu kenyataan yang perlu kita sedari kerana kalau rakyat tidak menyedarinya, ia adalah sat perkara bahaya.

"Peringatan Tun Mahathir adalah satu kenyataan dan badan yang mengharap bantuan Soros perlu sedar tindakan itu tidak membantu negara," katanya.

Projek memburuk-burukkan pembangkang dengan jutawan George Soros – seperti yang dilaporkan meluas oleh media sekarang – telah dirancang oleh sebuah jabatan khas Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan sejak pertengahan tahun ini.

Melalui sebuah buku tebal Panduan Penjelasan Isu Semasa terbitan Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim didakwa mendapat dana spekulator mata wang dunia itu bagi menghadapi pilihan raya umum.

Dengan menonjolkan beliau sebagai ejen Yahudi Zionis, Soros melalui Institut Masyarakat Terbuka (OSI) didakwa membiaya Kumpulan Krisis Antarabangsa (ICG) yang disertai Anwar.

"... Anwar merupakan antara ahli majlis eksekutif ICG ... sebahagian besar (pemimpin) dalam ICG adalah berbangsa Yahudi," buku setebal 322 halaman itu dipetik.

"Soros mengkritik tindakan kerajaan Malaysia dan membela Anwar semasa beliau didakwa atas (tuduhan) salah guna kuasa."

Hubungan Soros-Anwar ini dimuatkan dalam bab "Kumpulan Krisis Antarabangsa (ICG) dan hubungan Zionis", satu daripada 22 bab yang disusun bagi menjawab isu dan program yang dibangkitkan oleh Pakatan Rakyat sehingga Jun lalu.

HASAN ALI DESAK NIK AZIZ KENAPA

Presiden NGO pro-Melayu Jalur Tiga Datuk Hasan Ali menuntut supaya mursyidul am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat – yang bertegas untuk meneruskan kerjasama PAS dengan DAP – supaya menyerahkan jawatan tersebut kepada Datuk Haron Din yang kini menjadi timbalan mursyidul am.

Akhbar edisi hujung minggu Utusan Malaysia melaporkan, Hasan menuntut demikian untuk mengelakkan "nasi menjadi bubur" kerana ahli akar umbi PAS dakwanya menentang kerjasama dengan DAP.

"Sebelum nasi menjadi bubur, Nik Abdul Aziz wajar memikirkan untuk menyerahkan tanggungjawab besar sebagai mursyidul am kepada timbalannya yang saya yakin mempunyai kemampuan dan kewibawaan setara dengan beliau," katanya seperti dipetik akhbar milik Umno itu.

Hasan turut mengapi-apikan perkara itu dengan membangkitkan pendirian pemimpin DAP ke atas pelaksanaan hukum hudud yang dakwanya "mengguris hati dan perasaan ahli serta penyokong PAS".

"Lupakah Nik Aziz dan orang di sekeliling beliau bahawa Nik Aziz pernah beberapa kali menyanggah pendirian pengerusi DAP Karpal Singh dan penasihat DAP Lim Kit Siang yang berterusan menghina Islam dan menentang perjuangan PAS untuk melaksanakan hukum hudud?," kata Hasan lagi dalam laporan itu.

Tambahnya, beliau bimbang sokongan yang dinyatakan Nik Abdul Aziz itu menjadikan "golongan parasit menjadi lebih ganas menghentam Islam serta perjuangan Islam".

Bekas pesuruhjaya PAS Selangor itu galak menyuarakan kritikan ke atas PAS dan Pakatan Rakyat sebaik dipecat daripada parti awal tahun ini atas tindakannya yang menyalahi dan merugikan kepentingan parti.

Kenyataan itu timbul ekoran laporan media semalam berhubung kenyataan Nik Abdul Aziz yang positif ke arah kerjasama dengan DAP bagi meraih sokongan bukan Melayu dalam pilihan raya umum ke-13 akan datang.

Selasa, 9 Oktober 2012

BETUL KE APA YANG NASHA KATA NI

Bekas timbalan presiden PAS Nasharuddin Mat Isa hari ini mendakwa, satu majlis kesyukuran yang diadakan di Sarawak tahun lalu menganjurkan doa supaya "Malaysia menjadi negara Kristian".

Beliau mendakwa, majlis itu berlangsung selepas pilihan raya negeri Sarawak.

"Saya nak menyebut, dan saya sebut ini untuk mengajak suara ummah menjadi satu, berdepan strategi yang dirancang oleh musuh Allah khasnya di Malaysia ini.

"Selepas pilihan raya di Sarawak baru-baru ini, untuk meraikan kemenangan, parti DAP contohnya, di Sarawak, telah ada satu perhimpunan yang diadakan di satu tempat sebagai majlis kesyukuran.

"Dan dalam majlis kesyukuran itu antara perkara yang disebut dan didoakan adalah doa supaya Malaysia menjadi negara Kristian. Kerana kemenangan yang besar sudah ada doa supaya Malaysia jadi negara Kristian," katanya.

Nasharuddin juga berkata, beliau menimbulkan "isu semasa yang dihadapi ummah" itu dalam konteks dakwah dan realiti politik waktu ini.

Dalam ucapannya di Pusat Dagangan Dunia Putra itu, Nasharuddin turut menyelar pengerusi nasional DAP Karpal Singh yang bertegas untuk meneruskan prosiding saman ke atasnya.

"Saya nak kata yang (Karpal) anti-Islam dan bukan anti-hudud," katanya yang menambah, Karpal tidak berhak menentang perundangan yang ditetapkan Allah.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya di program Wacana Pemikiran Dan Peradaban Ummah ke-4: Seminar Dakwah Nasional anjuran Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia.


Sumber: Malaysiakini

BUKTI MALAYSIA MAMPU TANGANI KEGANASAN

Perjanjian damai antara Kerajaan Filipina dan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) akan ditandatangi secara formal 15 Oktober ini susulan persetujuan yang dicapai lewat malam tadi.

Malaysia memainkan peranan signifikan dalam perundingan antara kedua-dua pihak itu.

Rangka kerja itu menyediakan wilayah autonomi yang baru lagi meluas di Mindanao, yang majoriti penduduknya beragama Islam.

Bercakap di Manila, Presiden Filipina Benigno Aquino (gambar) berkata, satu rangka kerja telah dicapai hasil perbincangan dengan MILF.

Perkembangan itu dijangka akan menamatkan konflik 40 tahun yang telah meragut lebih 120,000 nyawa.

Antara perkara utama rangka kerja dipersetujui ialah:

- Mewujudkan wilayah autonomi baru, lebih luas

- Pengunduran tentera Filipina secara berperingkat

- Menjamin hak asasi manusia dan demokrasi

- Menjanjikan pembangunan dan pengagihan kekayaan semula jadi secara adil

- Mengembangkan mahkamah syariah bagi penduduk beragama Islam

Perundingan antara MILF dan Kerjaaan Filipina berlarutan lebih 15 tahun, yang turut tergendala disebabkan keganasan di wilayah selatan itu.

"MILF sangat gembira dengan perjanjian ini," kata Naib Pengerusi (Hal Ehwal Politik) MILF, Ghazali Jaafar.

MILF berharap kandungan perjanjian dapat dilaksanakan sepenuhnya sebelum tempoh khidmat Aquino sebagai Presiden Filipina berakhir pada 2016.

Laporan media asing menyebut bahawa rangka kerja itu akan membolehkan 'perjanjian komprehensif' dicapai menjelang akhir tahun ini.

"Perjanjian rangka kerja ini akan menyediakan ruang bagi keamanan yang muktamad dan berkekalan di Mindanao," kata Aquino ketika mengumumkan kandungan rangka kerja di Manila hari ini.

Bagaimanapun katanya, "kerja-kerja ke arah itu tidak selesai di sini (hari ini)."

"Masih ada butiran yang perlu diperincikan oleh kedua-dua pihak," kata beliau lagi.

Perjanjian yang akan ditandatangani pada 15 Oktober depan di Manila turut disaksikan oleh Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak.

“Rangka persetujuan ini menjangkaui prejudis kita. Ia mengenai mengetepikan ketidakpercayaan dan miopia yang telah memusnahkan usaha pada masa lalu,” kata Aquino yang disiarkan secara langsung dari Istana Presiden.

Entiti baru yang saiz tepatnya akan diputuskan oleh pungutan suara menjelang pilihan raya 2016 akan digelar Bangsamoro. -7/10/2012

Sumber: Agendadaily

Isnin, 8 Oktober 2012

RAMAINYA ORANG PKR

Jika diikutkan, dari PRU 12 hinggalah ke hari ini, begitu ramai yang telah meninggalkan PKR, daripada peringkat kepimpinan hinggalah kepada ahli biasa.

Cuba pembaca lihat senarai yang Sangkakala keluarkan dalam artikel kali ini, begitu ramai kepimpinan yang sudah tidak lagi percaya dan memberi sokongan kepada PKR yang didominasi oleh keluarga Anwar Ibrahim.

Kepimpinan ini bukan sahaja tidak lagi mahu mereka dijadikan alat oleh PKR dalam usaha untuk Ketua Umum mereka menjadi Perdana Menteri malah mereka kini adalah penyokong penyokong kerajaan yang selama ini sememangnya membela nasib rakyat.

Oleh kerana kesedaran ini juga, maka cabang Selayang telah bersatu hati menyuarakan hasrat bahawa mereka akan menyokong Barisan Nasional dalam pilihanraya yang akan datang.

Ini semua perlu diberi perhatian oleh rakyat serta pengikut pengikut PKR yang lain, kesedaran sebelum berlaku sesuatu yang membawa penyesalan adalah lebih baik dari pada kesedaran sesudah mendapat kesakitan.

Ini kerana PKR DAP dan PAS hanya akan menaburkan janji janji manis sebelum mereka menakluki Putrajaya, namun apabila jika mereka berjaya, maka akan berlaku pelbagai hal fan peristiwa yang mungkin akan membuatkan rakyat merasa tidak selesa malah akan merasa kesusahan yang teramat sangat.

Kita boleh perhatikan janji janji Pr yang tidak langsung ditepati di beberaa buah negeri dan negeri pertama yang mendapat kesusahan ini adalah Kelantan, diikuti dengan Kedah yang kini sudah bergolak dari sudut kepimpinan dalaman parti memerintah.

Kita perhatikan pula apa dah jadi di Pulau Pinang dimana rakyat khususnya orang orang melayu tertindas, para peniaga tidak lagi bebas untuk berniaga seperti dulu dan beberapa gerai atau warung kopi dimusnahkan tanpa alasan yang munasabah.

Selangor pula boleh dicatat sebagai negeri 'lindungan bulan' apabila sebahagian besar negeri itu berlubang lubang setelah kerja kerja pengorekan pasir dilakukan secara berleluasa, begitu pula dengan sampah sarap yang tidak diangkut oleh kontraktor yang diberi tender oleh kerajaan negeri itu.

Penasihat ekonominya pula baru baru ini telah membeli sebuah bas mewah dengan harga dalam lingkungan RM 1 juta yang dipercayai di ambil dari hasil pembelian tanpa rekod lori lori sampah oleh kerajaan negeri.

Ini semua adalah kepincangan kepincangan yang dilakukan oleh pemerintahan kerajaan Pakatan Rakyat. Jadi Sangkakala berharap semua rakyat dinegara ini memikirkan apa akan jadi sekiranya mereka ini menjadi pemerintah.

Tolak Pakatan Rakyat, kembali kepada kerajaan yang menepati janji itu adalah yang terbaik.

ANWAR PANAS BONTOT

Seperti artikel lepas yang Sangkakala perolehi daripada laman sesawang www.antarapos.com, kita dapat melihat bahawa DAP akan senyap seribu bahasa jika ada pemimpin Islam yang mempertikaikan pemimpin Islam yang lain jika ianya melibatkan agama.

Berbeza pula dengan keadaan sekiranya pemimpin Islam mempertikaikan kepimpinan DAP yang selalu mempertikaikan Islam dalam negara ini.

Jika artikel yang Sangkakala perolehi dan Sangkakala muatkan dalam blog ini sebelum ini tadi kita melihat bahawa Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Haron Din menghentam Anwar Ibrahim dengan mengatakan bahawa Anwar tidak mengikut landasan Islam dalam perjuangan parti namun ianya hanyalah untuk kepentingan politik semata mata.

Sangkakala berpendapat bahawa, Ulamak ini sudah melihat secara terperinci dimana kedudukan PKR dalam mereka mengatakan bahawa mereka berjuang bersama sama dengan PAS dan DAP dan barulah beliau berani mengeluarkan kenyataan tersebut.

Sangkakala juga amat yakin bahawa sudah ramai dikalangan masyaraka atau rakyat sedar akan perkara ini, dan mereka mungkin cuma menunggu masa untuk seseorang dari kepimpinan tertinggi sebuah parti Islam mengeluarkan kenyataan atau kesahihan.

Nah, ini yang dinanti nanti kan oleh semua orang Islam di Malaysia, apabila seorang Ulamak yang jarang jarang mengeluarkan kenyataan namun apabila sesekali beliau berkata akan membuatkan Anwar Ibrahim panas bontot dan berapi atas kepala.

INI KENYATAAN HARON DIN

Info@SAM1M

Haron Din: Politik Anwar Ibrahim Tidak Berasas Islam


Seorang pemimpin tertinggi PAS menuduh Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai tidak mendirikan PKR berlandaskan Islam demi mencari keuntungan politik peribadi.

Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din menegur tindakan Anwar bersekongkol dengan penganut Islam yang berfikiran liberal sehingga menolak kesesuaian agama itu untuk membentuk sebuah negara.

Minggu lalu, Anwar melancarkan sebuah buku karya bekas Ahli Parlimen India Mobashar Jawed Akbar atau juga dikenali dengan nama M.J Akbar.

Pada majlis itu, Akbar meremehkan peranan Islam dalam pembentukan sebuah negara, yang kebetulan menjadi agenda PAS di Malaysia.

Beliau berkata Islam tidak boleh dijadikan asas untuk membentuk sebuah negara kerana (jika boleh), "sudah tentu tidak akan ada 32 negara Arab di dunia" hari ini.

Akbar turut menegaskan jika Islam mampu membentuk sebuah negara, sudah tentu Singapura tidak terpisah daripada Malaysia.

"Islam adalah sebuah persaudaraan dan bukannya sebuah negara," tegas Akbar pada majlis yang dihadiri oleh Anwar dan pimpinan PKR yang lain.

Haron kesal kerana individu seperti Akbar yang mengakui beliau Islam tetapi "tidak semestinya sembahyang lima kali sehari," diberi peluang untuk menyebarkan pandangan-pandangan liberal di Malaysia, menerusi PKR.

Haron meminta rakyat tidak menganggap tindakan Anwar bersekutu dengan orang-orang seperti Akbar sebagai sesuatu yang direstui PAS.

"Jangan kita rujuk kepada seorang perseorangan seperti Anwar, kerana itu tindakan dia sendiri.

"Anwar pun ada cara dia sebab dia pun bukan tubuh parti Islam tetapi parti Keadilan.

"Dia rasakan itu boleh mendapatkan keuntungan (buat) dia, maka dia buat. Itu politik Anwar Ibrahim dan dia tak asaskan politiknya kepada Islam. Jadi dia (Anwar) tak macam kita," tegas beliau.

Bagaimanapun beliau menegaskan pihaknya tak boleh menerima mana-mana pandangan yang meremehkan peranan Islam dlm membentuk sebuah negara yang sempurna.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Ahad, 7 Oktober 2012

AJK CABANG KHALID BUAT LAPORAN SPRM

Mazli berkata, laporan tahunan kewangan bagi tahun 2010 untuk cabang tersebut masih tidak dibentangkan dalam mesyuarat agung tahunannya yang berlangsung hari ini.

"(Dalam mesyuarat 2011) laporan ditunda hingga tahun hadapan (2012) sebab ada laporan yang tak betul dan ketua cabang janji untuk buat audit bebas.

"Tapi tahun lepas pun tak buat. Sekarang laporan tahunan dua tahun lepas nak dibawa ke 2013 pula," katanya ketika dihubungi selepas mesyuarat cabang tersebut hari ini.

Beliau mendakwa, pengerusi tetap cabang berkenaan meneruskan persidangan hari ini walaupun bantahan dibuat berhubung isu berkenaan.

"Saya akan bincang dengan ahli-ahli lain dan nak buat laporan polis, SPRM dan akan bawa ke peringkat pusat," katanya lagi.

Mazli juga mendakwa, cabang yang diketuai Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim itu juga tidak berlangsung mengikut perlembagaan parti apabila tidak menghantar notis jemputan kepada ahlinya.

Katanya, perlembagaan parti menetapkan supaya, notis jemputan diberi 30 hari sebelum mesyuarat agung diadakan.

"Tak ada surat (jemputan dihantar). Sepatutnya perlu pos jemputan pada semua anggota 30 hari sebelum. (Mesyuarat) tak ikut perlembagaan. Tak ada notis. Saya pun dapat (jemputan) daripada SMS sahaja.

"Notis pula diberi kepada ahli yang tertentu sahaja," katanya lagi.

Isu berhubung penyata kira-kira itu dilaporkan mencetus kekecohan ketika mesyuarat agung tahunan cabang itu berlangsung pada Oktober tahun lalu.

Perkara itu timbul apabila beberapa ahli mempersoalkan mengenai pengesahan tanda tangan dalam dokumen tersebut.

Ahli yang mempersoalkan perkara itu mendakwa, penyata kira-kira itu disemak oleh individu yang tidak dilantik sebagai ahli pada mesyuarat lalu.

Mazli pada 2010 mencabar Khalid untuk jawatan ketua cabang Kuala Selangor, namun tewas apabila hanya berjaya meraih 122 undi berbanding 722 undi yang diterima menteri besar Selangor itu.

MACAM NI KE PEMIMPIN

Seperti yang anda semua lihat gambar artikel Sangkakala kali ini mungkin sedikit mengejutkan bagi kita orang orang Islam.

Adakah ini pemimpin yang diletakkan oleh PKR dalam menjadi pentadbir bagi sebuah parti di dalam sebuah negeri?

Adalah amat mengecewakan jika mereka ini diangkat menjadi pemimpin yang akan menerajui sebuah negeri atau sebuah negara.

Ternyata PKR sudah tidak mengendahkan lagi tentang agama dan bangsa, mereka akan meletakkan sesiapa sahaja asalkan mereka mendapat kuasa untuk memerintah.

Tidak lagi kira sama ada ianya membawa kebaikan atau membawa musibah.

Dalam gambar kali ini kita dapat melihat pemimpin tertinggi PKR Kedah yang meletakkan segala gambar dalam rumah beliau.

Sabtu, 6 Oktober 2012

YANG MANA SATU BETUL NI

Apa bila UMNO mengatakan bahawa parti itu akan menjaga orang Melayu, PAS menyangkal hingga Mursyidul Am PAS mengatakan bahawa beliau bukanlah orang Melayu.

Kini Ahli Jawatan Kuasa Pusat PAS mengatakan bahawa PAS akan menjaga orang Melayu jika UMNO kalah pada PRU 13 nanti.

Persoalannya boleh ke PAS menjaga kepentingan orang Melayu seperti mana yang dikatakan oleh ustaz Idris Ahmad ini?

Untuk menjaga kepentingan Islam sahaja DAP sudah memberontak hingga Karpal Singh terpaksa mempertaruhkan mayat beliau kepada PAS untuk dilangkah.

Mungkin kenyataan ini nanti akan menjadi isu kepada ustaz Idris Ahmad, sepertimana pemimpin pemimpin PAS yang lain yang lantang bersuara untuk penyatuan Melayu Islam akhirnya terkubur di tengah jalan.

Atau mungkin juga kenyataan ini adalah untuk memancing undi orang Melayu yang akhirnya akan terbiar disebabkan oleh kekangan yang di lakukan oleh DAP.

Kita semua tahu bahawa semenjak PAS bersama sama dengan DAP dan PKR, parti itu tidak lagi mengikut landasan perjuangan mereka yang terdahulu, banyak perkara serta perjuangan PAS telah terpesong akibat dari mengikut telunjuk DAP dan PKR semata mata untuk mendapat tempat di Parlimen.

Janji janji PAS kini hanyalah omongan kisong yang hanya berdentum dentam berbunyi ibarat guruh di hari mendung namun akan lenyap apabila mentariterik muncul kembali.

Yang menerima bahang dari keterikan mentari ini sudah pastilah orang orang Melayu yang akhirnya akan mati kehausan setelah dibiarkan terjemur oleh DAP yang selama ini memang amat memusuhi orang ornag Melayu.

Mungkin artikel ini bersifat rasis, tetapi ini adalah kenyataan yang perlu kita semua fikirkan.

Seperti yang telah terjadi pada tanggal 13 Mei 1969, yang mencetuskan huru hara hingga terjadinya peristiwa berdarah siapa?

Itu mungkin akan terjadi lagi jika DAP menjadi kuasa besar walaupun pihak Pakatan Rakyat mengatakan bahawa Anwar Ibrahim alan menjadi Perdana Menteri jika PR menakluki Putrajaya.

Sekadar menjadi Perdana Menteri boneka yang boleh diibaratkan sebagai kerbau dicucuk hidung yang akan ditarik oleh DAP dan Anwar menurut sahaja kehendak mereka walaupun terpaksa menggadai maruah bangsa sendiri.

Kerana apa semua ini Sangkakala katakan, Anwar hanya inginkan jawatan sebagai Perdana Menteri dan mungkin juga kerana ada janji yang telah dibuat dalam soal itu.

Khamis, 4 Oktober 2012

JANJI BN DITEPATI JANJI PR MACAM MANA PULAK

Dalam penbentangan bajet yang dibuat oleh Menteri Kewangan yang juga Perdana Menteri baru baru ini terdapat sekali lagi bantuan rakyat 1 Malaysia atau BR1M di masukkan.

Ini menunjukkan betapa prihatinnya kerajaan dalam memberi bantuan kepada rakyat walaupun ianya di manipulasi oleh pembangkang dengan mengatakan ianya adalah bajet pilihanraya dan sebagainya.

Seperti yang kita semua maklum bahawa kerajaan Barisan Nasional semenangnya menepati segala janji yang diberikan kepada rakyat Malaysia.

Cuba kita fikirkan sejenak, adakah parti pembangkang mampu untuk merealisasikan apa yang mereka janjikan semasa pilihanraya umum ke 12 yang lalu.

Seperti yang kita lihat contohnya di negeri Selangor, pelbagai janji ditabir semasa pilihanraya yang lalu namun ianya hanyalah menjadi kenangan, tidak dapat dilihat dimana janji janji ini ditunaikan oleh kerajaan Selangor yang ada kini.

Berbalik kepada bajet 2013, kerajaan telah mengumumkan bahawa bantuan rakyat 1 Malaysia akan diteruskan untuk kali yang ke dua dan ini adalah bukti dimana kerajaan Barisan Nasional amat prihatin terhadap ekonomi rakyat jelata.

Tapi apa yang mengecewakan ialah, ada juga segelintir rakyat yang tidak tahu bersyukur atas nikmat yang diberikan ini, mereka seolah olah lupa bahawa segala kenikmatan ini diberikan oleh kerajaan Barisan Nasional.

Ada juga yang mengatakan bahawa bila kerajaan bagi kita ambil, tapi kita jangan sokong kerajaan, apa maksud kata kata ini? Apakah kategori yang selayaknya untuk kita berikan kepada mereka?

Bagi Sangkakala, rakyat pada masa kini perlu menilai sebaik mungkin dalam memilih kerajaan semasa pilihanraya umum yang ke 13 nanti.

Janganlah sesekali kita menggadaikan apa yang kita perolehi pada masa kini semata mata untuk kepentingan pribadi seseorang individu atau sesebuah kumpulan, janganlah kita menggadaikan masa depan anak cucu kita kerana dijanjikan bulan dan bintang yang belum tentu akan bersinar sepanjang masa

SIAPAKAH DIA

TAHUKAH ANDA??

1) Dia lah yang menggerakkan negara islam yang lain untuk membantu Bosnia Herzegovinia ketika umat islam disana disembelih oleh pengganas Serbia.

2) Dia jugalah yang menghantar ratusan komando Malaysia yang dibawa masuk secara sulit ke Bosnia untuk membantu saudara sesama Islam ketika era pencerobohan dan pembunuhan beramai-ramai umat Islam di Bosnia ketika itu. "Kalau negara Arab ini tidak datang membantu, kita hantar sahaja askar kita," kata beliau.

3) Beliau juga lah yang berpakat dengan kerajaan Sultan Brunei menyediakan jumlah dana yang berjuta dollar untuk membeli senjata dan peluru anti kereta kebal untuk tentera Islam Bosnia.

4) Dia lah yang pernah menangis ketika melawat Bunker yang menjadi pejabat Yasser Arafat di Palestine.

5) Dia juga lah pemimpin islam yg Yasser Arafat hubungi meminta bantuan dan pertolongan ketika diserang oleh rejim zionis.

6) Dia juga lah yg mempertaruhkan nyawa isterinya, untuk menaiki pesawat ke Baghdad membawa bantuan kemanusiaan kepada umat islam demi untuk melepaskn sekatan Amerika Syarikat.

7) Dia lah yang digelar MahaFiraun dan dia jugalah yang lantang mengutuk kekejaman Yakjuj Makjuj / Zionis ke atas umat islam serta mempertahankan islam dimata dunia.

8) Dia lah yang berusaha keras, tak hanya duduk berdoa tanpa berbuat apa2.

9) Dia lah yang ketika saudara islam yang berlainan parti mendoakan kecelakaan untuknya. Tapi dia diizin oleh Allah SWT masuk ke dalam KAABAH.

10) Dia jugalah pernah ditembak dan mengorbankan jawatan tertinggi yang beliau ada bagi menyelamatkan umat Islam di Bosnia.

Malah beliau kini dianggap sebagai seorang pemimpin dunia yang berjaya meskipun memimpin sebuah negara Islam yang kecil. Beliau bukan hanya berjaya memakmurkan negaranya dari semua segi, tetapi berusaha memerdekakan negara-negara lain dari belenggu falsafah pembangunan yang dijana dari barat yang jelas muflis idealistiknya..

Siapa dia? Ya... dia lah...

TUN DR MAHATHIR BIN MOHAMAD, Bekas PERDANA MENTERI MALAYSIA
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

PENERANGAN KEDAH TIDAK BERFUNGSI

Sangkakala seperti dipanggil untuk menyelidik tentang apa yang terjadi di negeri Jelapang Padi iaitu Kedah.

Negeri yang dulunya aman dan makmur dibawah kepimpinan UMNO dan Barisan Nasional akhirnya tumbang ke tangan PAS.

Kita semua didendangkan dengan pelbagai janji janji manis oleh PAS DAP dan PKR namun tidak satu pun yang mampu mereka buktikan selain dari pada menindas rakyat dan menipu.

Namun itu bukanlah isu yang Sangkakala akan ketengahkan dalam artikel kali ini.

Isu yang sebenarnya ialah, mampukah UMNO dan Barisan Nasional merampas kembali Kedah daripada Pakatan Rakyat yang diterajui oleh PAS di Kedah walaupun ianya dibawah telunjuk PKR dan DAP.

Sangkakala masih berasa sangsi dengan kemampuan badan perhubungan negeri Kedah sebenarnya, tambahan pula melihat kepada Ketua Penerangan Perhubungan UMNO itu sendiri.

Orang yang di pertanggungjawabkan untuk memberi penerangan bagi pihak UMNO dan Barisan Nasional di Kedah pula adalah bekas Bregadier KAGAT yang juga kini seorang senator iaitu Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Sangkakala selalu mengikuti perkembangan Menteri Agama kita ni, tapi makin di ikut jadi semakin pelik pulak dengan sikap beliau, tidak seperti sebelum beliau menjadi Senator seterusnya di lantik menjadi Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Oleh kerana jawatan beliau di dalam kabinet maka beliau telah di angkat untuk menjadi Ketua Penerangan Badan Perhubungan Negeri Kedah namun fungsi beliau menyandang jawatan (Ketua Penerangan) tersebut tidak menyerlah atau dalam kata lainnya tidak melakukan apa apa.

Sangkakala merasa sedikit hairan apabila ada yang mengatakan bahawa Jamil lebih banyak melakukan kerja kerja yang bukan didalam tugas beliau ataupun langsung tidak ada kena mengena dengan jawatan beliau sama ada di pusat mahupun negeri, yang itu Sangkakala akan masukkan dalam artikel yang lain satu masa nanti.

Kita imbas kembali apa yang patut dilakukan oleh Ketua Penerangan, mungkin juga Jamil Khir bukan dikalangan orang UMNO maka beliau mungkin tidak pernah membuka buku perlembangaan yang mana di dalam buku tersebut terdapat tugas tugas pegawai dari pada cawangan hinggalah ke pusat.

Sangkakala ada beberapa orang rakan di Negeri Kedah yang begitu aktif dalam politik, apa yang mendukacitakan menurut mereka ialah, Jamil seolah olah tidak mempedulikan apa yang akan terjadi bagi seluruh negeri Kedah tapi beliau lebih banyak menjaga Bahagian Jerai sahaja.

Kenapa jadi begitu? Ada juga yang mengatakan bahawa Jamil Khir berminat untuk mbertanding sebagai ketua bahagian Jerai hingga beliau tidak memberikan perhatian dalam memberikan penerangan berkenaan isu isu semasa dalam negeri Kedah dan oleh sebab itu juga beliau hanya memberikan tumpuan kepada bahagian Jerai.

Bagi Sangkakala, apa guna menang sebagai ketua bahagian jika negeri masih lagi di perintah oleh parti lain.

Mungkin ini juga tidak diambil berat oleh Jamil Khir yang mana pada pandangan Sangkakala tidak begitu arif tentang politik.

Mungkin sesuatu perlu dilakukan oleh perhubungan negeri dan juga UMNO Malaysia dalam memberikan penerangan kepada Jamil tentang tugas tugas beliau dalam memberi penerangan di negeri tersebut.

Isnin, 1 Oktober 2012

PERBAHASAN BAJET

Pembentangan Bajet 2013 di Dewan Rakyat baru-baru ini terbukti memberi kesan positif terhdap sokongan pengundi muda terhadap Kerajaan Barisan Nasional (BN).

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia Khairy Jamaluddin menjelaskan, menerusi kajian yang dibuat sayap parti tersebut mendapati sejumlah 50 peratus pengundi Muda telah membuat keputusan menyokong BN berbanding hanya 20 peratus yang memihak kepada Pembangkang.

Manakala baki 30 peratus masih mengambil langkah pendirian berkecuali.

Beliau berkata, peratusan terkini sejurus pembentangan Bajet 2013 tersebut dilihat satu perubahan drastik berbanding laporan sebelum ini yang mendapati 60 peratus pengundi muda adalah berkecuali.

"Kajian terbaru ini menunjukkan lonjakan luar biasa...kita nampak kesan belanjawan ini amat baik sekali," katanya menerusi kenyataan kepada pemberita hari ini.

Sambil memperjelaskan kajian terbaru itu membabitkan 1,000 responden dari seluruh Negara, Ahli Parlimen Rembau itu menambah, keputusan kajian tersebut memberi semangat baru buat pergerakan Pemuda dan Puteri Barisan Nasional (BN) untuk lebih bekerja keras mendekati rakyat secara lebih agresif.

Sementara itu, Khairy dilaporkan telah selesai memberi perbahasan di Dewan Rakyat di sini bagi menyokong perbentangan Bajet 2013 oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Jumaat lalu.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Ahad, 30 September 2012

BAJET 2013 SEIMBANG KATA PEHIN SERI KM SARAWAK

Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud menyifatkan Belanjawan 2013 sebagai seimbang dengan mengambil perhatian dan kepentingan semua lapisan masyarakat.

Beliau berkata Belanjawan itu turut melibatkan golongan yang kurang mendapat perhatian kerajaan sebelum ini khasnya generasi baru dan muda selain masyarakat perniagaan, sejajar dengan perubahan dalam negara.

Belanjawan kali ini bukan sahaja memberi banyak manfaat kepada rakyat malah juga golongan usahawan serta korporat melalui beberapa inisiatif baharu, katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Hari Jantung Sedunia di Taman Sahabat di Kuching, hari ini.

Taib berkata beliau turut mengucapkan penghargaan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Menteri Kewangan kerana berjaya membentangkan Belanjawan yang selari dengan keperluan rakyat hari ini.

Sementara, ketika berucap pada majlis itu, Taib yang berkongsi amalannya setiap hari iaitu berjalan kaki untuk kekal sihat dan cergas, berkata gaya hidup sihat perlu dijadikan amalan masyarakat hari ini khasnya generasi muda.

"Hari ini saya lihat anak muda hanya banyak mengerakkan hujung jari mereka, jadi mula hari ini kita boleh mulakan amalan dengan berjalan kaki setiap hari untuk kekal cergas," katanya.

Kira-kira 2,000 orang menyertai program Hari Jantung Sedunia itu yang turut melibatkan acara berjalan kaki mengelilingi Taman Sahabat bersama ketua menteri dan isteri.

Bernama

KIKIS BUDAYA MEMINTA - SULTAN TERENGGANU

Budaya meminta dan mentaliti subsidi dalam kalangan rakyat perlu dikikis bagi membentuk sebuah masyarakat yang mempunyai daya saing tinggi, titah Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin.

Baginda bertitah untuk berubah, rakyat perlu berusaha dengan gigih dan jangan berharap kepada bantuan semata-mata.

"Bila dapat bantuan pula manfaatkanlah sepenuhnya dan janganlah disalahguna. Di samping itu, rakyat perlu memupuk budaya berterima kasih kepada kerajaan atas bantuan dan usaha yang dilakukan untuk mereka.

"Beta menghargai usaha kerajaan Beta yang menitikberatkan kebajikan dan keperluan rakyat ke arah melahirkan persekitaran yang lebih sempurna dan memperbaiki taraf hidup mereka," titah Baginda.

Sultan Mizan bertitah pada Istiadat Penghadapan dan Pengurniaan Gelaran dan Bintang-Bintang Darjah Kebesaran negeri di Singgahsana Istana Maziah di Kuala Terengganu, hari ini. Turut hadir Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said.

Seramai 294 orang menerima pingat dan darjah kebesaran sempena ulang tahun ke-50 keputeraan Sultan Mizan termasuk Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Dr Ali Hamsa yang menerima Darjah Seri Setia Sultan Mizan Zainal Abidin Terengganu.

Sultan Mizan bertitah perpaduan merupakan keutamaan tertinggi dalam membentuk negara bangsa yang aman dan harmoni.

"Sejak akhir-akhir ini Beta perhatikan banyak isu-isu yang boleh menggugat keharmonian dan perpaduan rakyat diperkatakan secara meluas oleh pelbagai lapisan masyarakat.

"Adalah menjadi kewajipan semua pihak memelihara dan mengekalkan perpaduan dan kesatuan ummah yang sedia terjalin di negeri ini. Tanpa perpaduan kukuh, adalah sukar untuk rakyat menghadapi cabaran masa ini," titah baginda.

Sultan Mizan turut bertitah usaha strategik perlu dirangka bagi memastikan Terengganu menjadi destinasi pelancongan pilihan utama dan mahukan usaha menarik pelancong dipergiat selaras dengan Tahun Melawat Terengganu tahun depan.

Di samping itu, baginda mahu kerajaan negeri meningkatkan keberkesanan mekanisme perlaksanaan dan tahap teknologi untuk meningkatkan pengeluaran hasil pertanian.

Bernama

KUTUK HASUT JANJI

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mahu rakyat berwaspada dengan tiga "senjata" iaitu kutuk, hasut dan janji yang digunakan pembangkang untuk memenangi hati mereka.

"Dia mesti kutuk (kerajaan), mereka mesti tentang (kerajaan). Selepas itu, mereka mesti hasut dan kemudian mereka menabur janji. Seperti yang saya telah katakan, mereka akan menjanjikan bulan, bintang dan waima cakerawala," katanya ketika merasmikan Persidangan Perwakilan Nasional ke-41 Gerakan di Kuala Lumpur, hari ini.

Najib yang juga pengerusi BN berkata rakyat perlu berfikir tentang janji-janji manis yang ditabur oleh pakatan pembangkang yang akhirnya terserlah sebagai racun berbisa buat mereka.

"Adakah ia benar-benar baik untuk rakyat atau akan membawa musibah kepada negara. Inilah rakyat mesti fikir, sebab nak jadi pembangkang senjatanya ada tiga – kutuk, hasut, janji," tegas Perdana Menteri.

Najib berkata untuk menjadi pembangkang yang berwibawa dalam sistem Parlimen, mereka perlu memenuhi beberapa syarat asas, satu daripadanya ialah menggunakan satu simbol sahaja.

"Pendek kata, anda perlu berdaftar sebagai sebuah parti. Tetapi Pakatan Rakyat bukan berdaftar sebagai sebuah parti atau mereka mempunyai satu simbol bersama," katanya.

Perdana Menteri berkata BN telah menggunakan satu simbol sahaja, dengan semua calonnya bertanding di bawah simbol atau lambang BN pada pilihan raya.

"Kami pergi berjumpa dengan rakyat sebagai BN, tetapi pembangkang akan pergi berjumpa rakyat dengan simbol berbeza (simbol parti masing-masing).

"Simbol tak sama...kita tak pasti sama ada mereka akan bentang manifesto yang sama," katanya dan menurutnya malah pergaduhan berhubung hukum hudud di kalangan pakatan pembangkang juga telah berlaku secara terbuka.

Najib berkata ini menunjukkan yang mereka tidak mempunyai pendirian bersama dan dasar bersama mengenai bagaimana negara ini akan ditadbir urus, dan ini diperkukuhkan lagi dengan kegagalan pembangkang mengisytiharkan "kabinet bayangan" mereka.

Najib berkata negara tidak seharusnya diperintah oleh pakatan pembangkang yang berterusan menabur janji yang tidak mampu ditunaikan.

Beliau berkata 75 peratus janji dibuat oleh kerajaan negeri Selangor pimpinan Parti Keadilan Rakyat masih tidak ditunaikan manakala BN terpaksa campur tangan untuk menyelesaikan isu Kampung Buah Pala di Pulau Pinang pimpinan DAP.

Perdana Menteri juga berkata seorang pemimpin perlu adil dan saksama, sikap yang tidak terdapat pada diri ketua pembangkang yang telah cuba menghalang seorang pegawai kanan pelajaran yang kompeten di Pulau Pinang daripada dinaikkan pangkat satu ketika dahulu.

"Bila saya semak perkara itu, saya sanggup mengambil risiko. Dia (ketika itu) Timbalan Perdana Menteri, saya pula Menteri Pendidikan...saya kata "tidak", pegawai itu mesti diberikan jawatan Pengarah Pelajaran. Dan saya bersedia menghadapi akibatnya demi menegakkan prinsip. Seorang pemimpin perlu bersikap adil dan saksama," katanya.

Beralih kepada Belanjawan 2013 yang dibentangkan beliau pada Jumaat, Najib berkata mantera falsafah kerajaan dalam penyediaannya adalah mendahulukan rakyat dan segala langkah yang dibuat adalah untuk rakyat.

"Belanjawan ini adalah mengenai rakyat serta untuk menggerakkan ekonomi. Anda tidak boleh hanya bercakap mengenai rakyat tanpa menggerakkan ekonomi, tanpa menarik pelaburan asing, pelaburan domestik, inovasi dan produktiviti.

"Terdapat 111 inisiatif atau touch points dalam Belanjawan 2013. Bacalah satu persatu-satu," katanya.

- Bernama

NIK AZIZ NAK BERKONVOI PULAK

Dipetik dari laporan Malaysiakini hari ini yang mengatakan bahawa Dato Nik Aziz akan mengetuai konvoi ke Istana Kehakiman Putrajaya bagi menuntut Royalti Minyak bagi negeri Cik Siti Wan Kembang itu.

Apa yang menariknya dalam laporan tersebut, Gabungan Profesional Menuntut Royalti, Pendaratan Minyak dan Gas ke Kelantan (R) mahu membuktikan bahawa rakyat Kelantan telah bangkit bagi menuntut royalti tersebut.

Kenapa Sangkakala kata menarik? Biasanya kalau PAS mengadakan himpunan seperti itu, sudah pastilah yang akan hadir nanti bukan anak anak Kelantan jati, tapi ianya akan dihadiri oleh rakyat negeri lain yang tidak ada kena mengena langsung dengan negeri itu.

Dan seperti biasa , PAS akan mencanangkan bahawa itu semua adalah anak anak Kelantan yang menuntut royalti minyak.

Jadi untuk itu, mari kita lihat nanti berapa anak Kelantan yang akan hadir dalam konvoi tersebut.


Psss..Anwar pun mesti datang juga kan? Dia anak Kelantan ke?