Rabu, 24 Oktober 2012

PRU 13 ADALAH PRU PALING HEBAT

Semua orang memperkatakan bahawa PRU 13 adalah PRU penentu kepada Barisan Nasional khususnya UMNO.

Sebenarnya PRU13 adalah PRU penentu kepada corak pemerintahan negara sama ada ianya kekal aman seperti sekarang atau ianya akan menjadi porak peranda.

Tidak mustahil jika PRU13 jika dimenangi oleh Pakatan Rakyat dan seterusnya membolehkan mereka menjadi kerajaan, maka kemakmuran negara yang berbilang kaum dan agama ini akan menjadi porak peranda.

Rakyat di negara ini telah pun sedia maklum bahawa Pakatan Rakyat tidak mempunyai satu kata sepakat dalam usaha untuk mentadbir negara.

Pakatan Rakyat hingga kini masih lagi tidak bersatu hati dalam isu yang membabitkan agama rasmi negara dimana PAS masih dengan kerajaan Islamnya DAP dengan penolakkannya dalam konteks negara Islam dan PKR masih dengan kesamarataannya.

Jadi yang mana satu akan menjadi pegangan Pakatan Rakyat jika mereka memerintah kelak?

Sudah pasti setelah menubuhkan kerajaan, ketiga tiga parti akan bertelagah sesama sendiri dalam usaha menegakkan prinsip masing masing yang mana kita akan melihat kepada perpecahan dalam kerajaan.

Rakyat di negara ini perlu melihat secara halus dan teliti dalam permasalahan ini.

Sehingga kini Pakatan Rakyat tidak menpunyai sesiapa yang menjadi pengerusi dalam Pakatan tersebut, yang ada cumalah ketua pembangkang yang diwakili oleh pemimpin PKR.

Adakah setelah menubuhkan kerajaan nanti, mereka akan bertelagah pula dalam memilih siapa akan menjadi Perdana Menteri?

Adakah pengerusi dan presiden ketiga tiga parti bersetuju dengan apa yang dicadangkan oleh Anwar Ibrahim dalam kabinet bayangan beliau?

Setahu Sangkakala tidak seorang pun dari pemimpin PAS dan DAP yang menyatakan persetujuan dengan kabinet bayangan tersebut.

Pakatan Rakyat tidak konsisten dalam melaksanakan apa yang dimandatkan kepada oleh 4 buah negeri yang mereka takluki kini.

Jika sebuah negeri pun mereka tidak bersatu, apakah mentadbir negara boleh juga begitu?

Sama samalah kita fikirkan, jangan sampai negara kita sekali lagi dijajah seperti dahulu tapi dalam bentuk yang baru iaitu dalam bentuk politik.


Tiada ulasan: