Isnin, 26 September 2011

BUKAN HANYA ORANG ISLAM MELAKUKAN JENAYAH

Jenayah kekerasan
2005
2006
2007 januari-ogos
Bunuh
497
604
383
Cubaan Bunuh
94
-
-
Rogol
1887
2435
2144
Cabul Kehormatan
-
2023
1576
Samun Berkawan Bersenjata api
40
68
22
Samun berkawan tiada senjata api
1842
2658
1918
Samun bersenjata api
317
247
155
Samun tiada bersenjata api
13210
18446
12936
Pemerasan
-
1549
1230
Ugutan jenayah
-
6336
5493
Merusuh
-
2261
1744
Mencederakan
4246
5716
4501
Jumlah
2213
42343
32102
Jenayah harta benda



Curi
34317
37128
28865
Curi van/lori/jentera berat
5507
6328
3384
Curi motokar
9711
11101
7954
Curi motosikal
51709
64858
43652
Curi ragut
9617
9551
7176
Pecah rumah siang hari
6923
8253
6296
Pecah rumah malam hari
17542
19060
14356
Jumlah
135326
156279
111683
Jumlah jenayah indeks
157459
198622
143785


Sumber: Harakah (Polis DiRaja Malaysia)

Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Harakah dalam artikel yang bertajuk (UMNO BN rela jenayah subur tanpa hudud) yang ditulis oleh Nik Nasri Nik Malek jelas menunjukkan ketidak matangan akhbar tersebut dalam keengganan UMNO dalam melaksanakan hukuman tersebut di dalam Negara.

Dalam artikel tersebut juga di masukkan statistic yang kononnya diperolehi dari Polis DiRaja Malaysia yang mana indeks jenayah tersebut seolah-olah menggambarkan bahawa segala kegiatan jenayah hanya dilakukan oleh orang melayu beragama islam.

Seperti yang pembaca semua sedia maklum, kegiatan jenayah tidak hanya dilakukan oleh sesebuah bangsa ataua keturunan atau agama, sedangkan tajuk artikel tersebut sahaja sudah jelas membuktikan bahawa Harakah menuduh orang melayu beragama islam sahaja yang melakukan jenayah.

Sangkakala mengatakan demikian setelah membaca isi kandungan berserta tajuk artikel tersebut yang berbunyi UMNO BN RELA JENAYAH SUBUR TANPA HUDUD. Ini memeberi bayangan sekiranya hukum hudud dilaksanakan semua kadar jenayah akan terhapus.

Pembaca sudah sedia maklum bahawa hukum hudud hanya berkuatkuasa untuk orang yang beragama Islam dan yang bukan islam tidak termaktub didalam hukuman ini dan mereka bebas dari perlaksanaan hukuman tersebut.

Jika tajuk artikel dalam Harakah berbunyi sedemikian, cuba kita renungkan kembali adakah penjenayah-penjenayah ini di kalangan orang melayu atau islam semata-mata? Sehingga jika terlaksananya hukum Hudud maka kadar jenayah dalam Negara ini dapat dihapuskan?

Dalam erti kata lain, adakah PAS akan melaksanakan hukum hudud terhadap semua bangsa tidak mengira latar belakang agama dalam setiap jenayah yang diperlakukan?

Ini menjadi persoalan dalam fikiran Sangkakala, sejauh mana keberkesanan hukuman Hudud sekiranya dilaksanakan di dalam Negara sedangkan Negara ini mempunyai penduduk yang berbilang kaum.

Adakah kita mahu orang bukan islam juga tertakluk pada undang-undang Hudud? Bagi Sangkakala hukuman ini memang langsung tidak sesuai dilaksanakan di dalam sebuah Negara seperti Malaysia. Setiap agama ada pandangan masing-masing dalam usaha mengekang jenayah dan semua agama mengajar agar penganutnya tidak melakukan kejahatan tetapi hanya melakukan kebaikan, apatah lagi dikalangan sesame manusia.

Fikir-fikirkan lah jika PAS melaksanakan hukuman ini, dimana kebajikan kaum dan agama-agama lain.   

Ahad, 25 September 2011

BILA DAH SELALU MEMBANGKANG INI LE KESUDAHANNYA



Ternyata Ketua Polis Negara lebih cerdik dari Mahfuz Omar (PAS). Ini berikutan Mahfuz menempelak KPN yang dikatakan menyokong kerajaan BN.

Dalam kenyataan KPN baru-baru ini yang mengatakan bahawa parti kerajaan akan kalah jika tidak menangani isu ISA dengan bijak.

Mahfuz dalam kenyataannya dalam akhbar Harakah menanyakan apa masalah kepada pihak polis sekiranya kerajaan kalah. Jawapan yang sudah pasti adalah jika kerajaan barisan Nasional kalah dalam PRU 13 nanti. Maka aklan tercetus huru hara di dalam Malaysia sehinnga akan membuatkan pihak polis berada dalam keadaan tekanan yang mana satu arahan perlu di ikut.

Apa yang menampakkan kebodohan Mahfuz ialah apabila KPN dikatakan menyokong kerajaan, sudah menjadi dasar PDRM akan mengikut kerajaan. Kerana gaji kakitangan pasukan polis itu dibayar oleh kerajaan dan bukannya semua parti termasuk pembangkang.

Mahfuz kena masuk sekolah semula dengan kenyataan yang di keluarkan. Dulu PAS mengatakan bahawa pihak polis melakukan tugas-tugas di bawah arahan BN, itu juga adalahkerana BN adalah kerajaan, takkan pihak polis nak ikut cakap Lim Guan Eng pulak.

Seperti yang kita lihat, setiap menteri besar tak kira dari kerajaan atau pembangkang, semuanya dikawal rapi oleh pihak polis, adakah itu menunjukkan bahawa pihak polis tidak menjaga keselamatan dan kepentingan pembangkang.

Bila dah selalu membangkang akhirnya Mahfuz jadi bangang!!!

JANGAN MELIHAT PADA ORANG CERMIN DULU DIRI SENDIRI




Mohamad Sabu atau Mat Sabu mengatakan bahawa keris UMNO makan tuan dalam Harakah (akhbar rasmi PAS). Ini berikutan dengan isu hudud yang dibangkitkan oleh Mursyidul Am PAS (Datuk Nik Aziz Nik Mat tentang pelaksanaan undang-undang tersebut di Kelantan dan akan melaksanakannya di seluruh Negara jika Pakatan rakyat memerintah selepas PRU 13 nanti.

Beliau berkata demikian setelah 2 dari parti komponen BN bertindak mengeluarkan kenyataan akan keluar dari Barisan Nasional sekiranya UMNO yang menjadi tunggak kepada BNmenyokong Hudud.

Mungkin Mat Sabu lupa tentang kenyataan Karpal Singh yang juga Pengerusi parti DAP yang juga sebagai salah satu parti pakatan dalam Pakatan Rakyat. Karpal juga mengatakan bahawa negara islam yang di sebut-sebut oleh PAS tidak terkandung dalam buku jingga yang menjadi menifesto Pakatan Rakyat selama ni.

Hahaha..adakah kenyataan Karpal Singh itu menandakan bahawa roket (bendera DAP) telah menembak bulan (bendera PAS) hingga terbelah dua (bendera PKR).

Mat Sabu perlu bermuzakharah dengan DAP terutamanya Karpal Singh dalam isu Hudud yang di keluarkan oleh Nik Aziz. Jangan melihat pada UMNO kerana UMNO itu tunggak kepada BN dan beliau perlu lihat kepada PAS yang hanya mempunyai kerusi minority dalam Parlimen berbanding DAP dan PKR.
Jika PR memerintah sekali pun, dimana kedudukan Mat Sabu, Haji Abdul Hadi Awang, Mahfuz Omar dan pemimpin-pemimpin PAS yang lain?

Adakah mereka ini semua akan diletakkan sebagai menteri-menteri berprofail rendah atau sekadar menjadi menteri yang menjaga kepentingan agama islam tetapi tidak boleh bersuara atau meluahkan pendapat kerana tidak mempunyai suara yang mencukupi? Seperti apa yang terjadi terhadap Datuk Hasan Ali di Selangor?

Karpal juga ada menyatakan dalam sidang akhbar di Pulau Pinang bahawa Mursyidul Am PAS itu hanyalah orang tua yang inginkan popularity atau mencari perhatian.

Sayang sekali apabila orang yang di agung-agungkan oleh pengikut PAS dikata sedemikian rupa oleh Karpal. Takde perasaan ke puak-puak ni?

Kepada pengundi atas pagar, sangkakala harap fikir-fikirkanlah sama ada mereka ini konsisten dalam pentadbiran atau tidak. Tapi apa yang nyata sekarang ini mereka hanyalah 3 buah parti yang berebut-rebut untuk mendapat kuasa.

Sangkakala juga amat yakin juka mereka ini menjadi kerajaan maka kemajuan tidak akan tercapai kerana mereka akan hanya berbalah sesama sendiri dalam menuntut siapa menjadi ketua.  

Jumaat, 23 September 2011

CHUA SOI LEK PERLU MOHON MAAF





Datuk Seri Chua Soi Lek (Presidan MCA) membuat kenyataan dalam laman social twitter miliknya hari ini mengatakan bahawa sekiranya UMNO menyokong hokum hudud dijalankan maka MCA akan bertindak keluar dari parti komponen BN.

Apa kena mengena antara parti tersebut dengan hukum islam yang dibangkitkan oleh PAS? Setahu kita, hudud hanya berkuatkuasa kepada orang islam dan bukan islam akan diambil tindakan oleh mahkamah biasa.
Nampaknya Datuk Seri Chua macam mengugut UMNO dalam situasi ini. Seperti tidak mempercayai kreadibiliti Datuk Seri Najib sebagai Perdana Menteri.

Sepatutnya beliau tidak boleh langsung campur tangan dalam urusan pentadbiran agama islam, sama ada hukum hudud mahu dilaksanakan atau tidak, itu adalah di bawah kuasa Kabinet dan sesiapa juga tak boleh campur tangan apatah lagi berbaur ugutan seperti itu.

Sangkakala mendesak supaya Datuk Seri Chua memohon maaf secara terbuka atas keceluparan mulut beliau. Sebagai ketua salah satu parti terbesar dalam komponen BN sikap beliau dengan mengeluarkan kenyataan begitu adalah kebudak-budakan dan menampakkan ketidak matangan beliau . Apatah lagi beliau mewakili kaum cina di Malaysia yang langsung tidak ada kena mengena dengan hukum hudud.

Mungkin dengan menyatakan kenyataan tersebut beliau merasakan bahawa  UMNO akan tunduk kepada ugutan itu. Adakah dengan mengeluarkan kenyataan sebegitu boleh mengembalikan undi kaum cina yang kini semakin berkurangan terhadap BN? Adakah MCA hari ini cuba bertindak sebagai DAP yang menetang PAS dalam melaksanakan hukum tersebut?

Tak perlu dengan ugutan, sebahagian besar rakyat Malaysia tidak mengira kaum dan agama menolak hukum hudud yang mana ianya tidak menampakkan keberkesanan dalam menegakkan keadilan. Dan belum masanya lagi kerajaan kita pelu melaksanakan hukum tersebut.

Ini amaran keras dari Sangkakala, jangan cuba bermain api kerana api yang kecil jika disiram dengan minyak, pasti akan menjadi besar, dan apabila ianya sudah menjadi besar maka untuk memadamkannya adalah amat sukar sekali. ini adalah sensitiviti agama islam dan biar pemimpin islam yang membuat keputusan.

WAJAH SEBENAR NIK AZIZ DALAM MENGELIRUKAN PENGIKUT PAS


Setelah begitu lama Nik Aziz menipu pengikut-pengikut PAS, kali ni baru lah terdetik di benak Sangkakala< adakah Nik Aziz benar_benar berjuang kerana islam atau kerana diri sendiri.

Sangkakala kata begitu setelah melihat sebuah kenderaan yang terpampang gambar Nik Aziz di cermin hadapan dan belakang kereta tersebut, seolah-olah mengagungkan Nik Aziz. Sedangkan kalimah Allah tidak pula kelihatan, adakah Nik Aziz sengaja membiarkan keadaan ini sehingga satu masa nanti dia akan disembah seperti Firaun?

Satu masa dulu kita dikejutkan dengan kenyataan Pengikut Al-Arqam yang begitu mengagungkan Allahyarham Ustaz Ashari atau Abuya sehingga ada yang sanggup meletakkan gambar beliau untuk ditatap sepanjang hari dengan dijanjikan balasan syurga oleh Allahyarham.

Nik Aziz juga mengikut jejak langkah pemimpin tersebut agaknya, hingga sanggup membiarkan gambar beliau di jadikan perhiasan di kenderaan pengikut-pengikut.

Tidakkah nanti satu masa sekiranya Nik Aziz meninggal dunia maka kubur Nik Aziz akan dijadikan sebagai tempat keramat dan nanti dijadikan tempat sembahan pula? Na'uzubillahiminzalik..sangkakala berharap agar perkara itu tidak terjadi.

Masa sekarang pun Nik Aziz berani mengatakan bahawa undi PAS masuk syurga apatah lagi nanti jika beliau meninggal dunia akan ada orang yang mengatakan jika hendak bertaubat pergi ke kubur Nik Aziz.

Apakah ini pemimpin yang mengatakan berpegang teguh dengan ajaran islam, sedangkan pengikut mengagung-agungkan gambar beliau masih lagi berdiam diri? setahu sangkakala, mengagungkan gambar atau patung, hukumnya adalah murtad, sama juga dengan menduakan Tuhan. astaghfirullahal azhim..taubatlah pengikut-pengikut PASD, kembalilah ke pangkal jalan.

Jangan kita leka dan lupa bahawasanya Syaitan itu boleh berupa-rupa kepada barang apa atau siapa yang dikehendakinya kecuali nabi Muhammad SAW. Mungkin juga syaitan itu kini menjelma sebagai Nik Aziz (seperti dalam gambar) siapa yang tahu. Menjelma untuk menyesatkan umat islam paling tidak memesongkan akidah umat islam di Malaysia.

Rabu, 21 September 2011

TERNYATA PAS TAK BOLEH BEZAKAN ANTARA POLITIK DAN SENSITIVITI





PAS ternyata memang tidak dapat membezakan antara politik dan juga sensitiviti masyarakat.

Dakwaan ini Sangkakala buat berdasarkan dari apa yang dikatakan oleh Ketua Penerangan PAS Pusat yang bercakap melalui akhbar Keadilan yang mana beliau mengatakan apa yang di janjikan oleh Perdana Menteri Malaysia tentang tiada lagi penangkapan berhubung dengan politik.

Nampaknya Ketua Penearangan PAS ini juga tidak tahu apa itu penangkapan berhubung dengan isu politik.
Ini semua berikutan penangkapan Mat Sabu yang dilakukan oleh PDRM baru-baru ini dan pendakwaan yang dilakukan keatas Mat sabu semalam, yang mana mahkamah menetapkan bahawa Mat Sabu perlu membayar jaminan sebanyak RM 15000.00 sebagai jaminan.

Untuk makluman semua, penangkapan serta pendakwaan Mat Sabu adalah berdasarkan laporan polis yang dibuat keatas kenyataan beliau dalam ceramah yang mengatakan bahawa Mat Indera salah seorang ketua komunis di Johor sebagai pejuang kemerdekaan.

Ini telah menaikkan kemarahan waris-waris mangsa kekejaman komunis dan mereka ini telah bertindak dengan melaporkan perkara berkenaan kepada pihak berkuasa.

Penangkapan Mat Sabu atau Mohammad Sabu adalah berdasarkan laporan polis yang dibuat oleh waris-waris tersebut dan ini membuktikan bahawa tiada unsure-unsur politik dan Mat Sabu tidak ditangkap di bawah Akta Hasutan (ISA)  sepeti yang didakwa oleh Tuan Ibrahim Tuan Man di dalam Akbar Keadilan.
Rakyat perlu menilai sejauh mana fahaman PAS dalam politik sekiranya PR menjadi kerajaan di Malaysia.

Sedangkan perkara seperti ini PAS tidak boleh nak bezakan apatah lagi dengan hal-hal yang lain.  Fikir-fikirkanlah, jangan nanti PAS jadi kelam-kabut seperti sekarang hanya kerana tunduk kepada DAP dan PKR, demi kuasa mereka sanggup untuk meletakkan segala kesalahan pada BN dan UMNO.

Selasa, 20 September 2011

MAMPU KE KALAU PAS NAK BUAT

VS


Tuan Ibrahim Tuan Man dalam kenyataan beliau menegaskan bahawa PAS tidak akan menyokong mana-mana pihak dalam usaha untuk menukar Jalur Gemilang sekiranya PR memerintah.

Kenyataan ini di buat dalam akhbar rasmi PAS (harakah) serta terkandung dalam laman blog beliau.

Bercanggah dengan kenyataan Manoharan (ADUN Kota Alam Shah) baru-baru ini dalam laman Facebook beliau yang mandapat tentangan ramai dengan kenyataan beliau tersebut.

Adakah PAS mampu untuk mempertahankan Jalur Gemilang sekiranya PR menang pada PRU13 nanti hanya dengan kerusi minoriti di Parlimen berbanding dengan PKR serta DAP.

Kenyataan yang diberi oleh Ketua Penerangan PAS pusat ini hanyalah bersifat sementara, dan jika PR memerintah sudah pastinya mereka akan akur serta tunduk kepada undi majoriti di parlimen.

Bagaimanakah caranya nanti PAS akan mempertahankan kedaulatan Jalur Gemilang yang telah dipertahankan oleh rakyat Malaysia keseluruhannya. Adakah nanti PAS mampu untuk berperang dengan DAP serta PKR dalam mempertahankan Jalur Gemilang?

Walaupun Manoharan telah mengeluarkan kenyataan mohon maaf dalam laman tweeter baru-baru ini, tidak bermakna apa yang diucapkan itu adalah ikhlas kerana bukan semua rakyat Malaysia mempunyai akaun laman sosial tersebut, sangkakala merasakan kenyataan tersebut hanyalah bersifat meleskan batuk di tangga dan tidak mempunyai apa-apa makna.

Tuan Ibrahim juga menyatakan bahawa pendirian PR adalah untuk menukar kerajaan tetapi bukan bendera kerana bendera negara Malaysia tidak bersalah atau berdosa.

Jika kita melihat dari pelbagai sudut, PR telah menukar beberapa manifesto kerajaan dan paling terbaru adalah negara berkebajikan, jika kita perhatikan di beberapa buah negeri di Malaysia yang berada di bawah kerajaan PR, segala apa yang di perkongsikan oleh mereka sentiasa bercanggah dan ini melihatkan bahawa kerajaan PR di beberapa buah negeri adalah sangat tidak stabil.

Sangkakala ambil contoh disini dalam kerajaan PR di Selangor, EXCO agama (Datuk Hassan Ali) mengarahkan supaya semua kedai serbaneka 24 jam tidak menjual arak, tetapi arahan ini disanggah oleh Ahli dewan Undangan Negeri yang tidak mempunyai Portfolio sebagai EXCO dan arahan ini berkubur hingga sekarang, begitu juga dengan tindakan JAIS yang menyerbu ke sebuah Gereja Methodist di Damansara, pelbagai tohmahan telah dilemparkan ke atas JAIS serta Datuk Hasan Ali, tohmahan ini dilemparkan oleh DAP serta PAS, sedangkan UMNO dan BN memberi sokongan 100% keatas serbuan ini demi untuk memartabatkan agama islam di Selangor.

Kepada rakyat-rakyat di seluruh tanah air, marilah kita sama-sama mempertahankan apa yang ada pada kita pada hari ini demi untuk menjadi pusaka tinggalan kita kepada anak cucu kita nanti.

Ahad, 18 September 2011

DARI DULU PAS MEMANG MEMALUKAN NEGARA


Sejak dari awal  lagi pemerintahan PAS di Kelantan memberi aib kepada negeri tersebut.

Ini terbukti apabila ramai dikalangan anak gadis dari negeri cik siti wan kembang tersebut terjerumus dalam aktiviti yang kurang menyihatkan.

Kenyataan ini dibuat setelah Nik Aziz selaku Menteri Besar yang juga Mursyidul Am PAS menyatakan kekesalan beliau setelah mendapati negeri itu mempunyai pengidap HIV dan AIDS paling tinggi diantara negeri-negeri lain di Malaysia.

Nampaknya PAS gagal untuk melaksanakan ajaran Islam di Negeri di bawah pentadbiran yang telah hampir lebih dari 20 tahun.

Dari kajian yang dibuat oleh Majlis AIDS Malaysia, seramai 462 orang telah dijangkiti penyakit tersebut dan menyebabkan 88 kematian. Angka ini terlalu tinggi berbanding negeri-negeri dibawah pentadbiran BN.

Nik Aziz mengakui bahawa kemungkinan rakyat di negeri itu berhibur di negara jiran hingga membuatkan mereka dijangkiti virus HIV seterusnya menghidapi AIDS.

Negeri yang di beri jolonkan serambi mekah ini jelas menunjukkan kelemahan pentadbiran kerajaan PAS dalam mentadbir negeri. Tmabahan pula PAS sendiri yang mengiktiraf bahawa negeri itu adalah serambi mekah berikutan banyak pondok dan pusat pengajian agama islam terdapat di negeri itu.

Lepas ni kita boleh tukar dari jolokan serambi mekah untuk negeri  Kelantan kepada serambi Hospital berikutan terlalu ramai pesakit AIDS di negeri itu.

Sangkakala ingin memberi nasihat kepada pucuk pimpinan PAS supaya lebihkan fokus dalam menangani isu AIDS ini daripada isu-isu lain, bak kata pepatah 1jari menunjuk orang 3 jari menunjuk diri, lumpur belakang orang kita perkatakan, najis di tapak tangan buat tak reti.

PAS perlu bertaubat!!!!!

NIK AZIZ BERCAKAP DENGAN TUHAN?

 Nik Aziz sekali lagi menyatakan bahawa beliau boleh berinteraksi dengan Allah tetapi kali ini selepas kematian beliau.

Dalam kenyataannya ketika ditemuramah oleh wartawan Sinar Harian, beliau menyatakan "sekiranya Tuhan (Allah) bertanya kepada beliau kenapa tidak menjalankan hukum hudud?" beliau akan meminta tuhan (Allah) supaya bertanya pada Tun Dr Mahathir.

Kenyataan ini dibuat dalam Sinar Harian bertajuk 'Nik Aziz minta Najib benarkan Hudud'.

Kes hukum Hukum Hudud ini tealh lama menjadi isu PAS, terutamanya Nik Aziz semasa Tun Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri lagi. tetapi apa yang menjadi tanda tanya kini, kenapa semasa Tun Abdullah Ahmad Badawimenjadi Perdana Menteri kisah Hukum Hudud ini senyap dan tidak di persoalkan, mungkinkah Tun Mahathir dan Datuk Seri Najib mempunyai kekuatan dalam mentadbir negara hingga menjadi kegerunan bagi PAS.

Hukum Hudud memang tidak sesuai dilaksanakan di negara ini berikutan kita mempunyai penduduk dari kalangan pelbagai kaum dan fahaman agama.

Hukum Hudud pula hanya tertakluk kepada Umat Islam di negara ini. Adakah keadilan mampu dicapai secara total jika hukum hudud dilaksanakan?

Sebagai contoh, jika seseorang itu (beragama islam) berzina dengan pasangan (bukan beragama islam) adakah pasangan ini akan dihukum dengan hukuman yang sama? ini tentu tidak dapat dilaksanakan.

Contoh lain pula, jika seseorang itu dibenci oleh orang lain, mengikut hukum hudud cukup dengan 4 orang saksi untuk mendakwa seseorang, maka penganiyaan akan terjadi dan adakah ini keadilan kepada mangsa?

Jika benar hukum Hudud hendak dilaksanakan, apa kata jika hukum ini dilaksanakan kepada timbalan Presiden PAS (Mohammad Sabu) yang ditangkap khalwat satu masa dulu dan seorang ADUN PAS yang di tangkap berkhalwat di dalam sebuah gerabak Keretapibersama isteri orang.

Ini semua perlu diberi perhatian oleh TG Nik Aziz sebelum memohon peruntukan undang-undang Hudud dilaksanakan terhadap rakyat tak kira sama ada di Kelantan atau di Malaysia.

Berbalik kepada apa yang dikatakan oleh beliau dalam Sinar Harian, tentang pertanyaan dari Tuhan (Allah) tadi, adakah dalam mana-mana kitab yang mengatakan tuhan (Allah) akan bertanya soalan seperti itu? Bukan kah nanti di akhirat akan disoal kepada pemimpin tentang keadilan yang diberi kepada rakyat dibawah naungannya?

ternyata Nik Aziz memang suka berkata-kata hingga mengelirukan dan adakan ini fatwa baru Nik Aziz dalam mencari undi memandangkan PRU 13 semakin hampir? wallahualam..

Sabtu, 17 September 2011

KALAU DAH KURANG AJAR,TETAP KURANG AJAR


Kenyataan Ahli Dewan Undangan Kota Alam Shah (M.Manoharan) baru-baru ini di dalam laman Facebook boleh kita anggap sebagai satu penghinaan kepada negara dan seluruh rakyat Malaysia. Beliau dalam kenyataan di laman sosial miliknya itu  secara terang-terangan menyatakan jika PR yang diterajui oleh PKR memerintah negara ini akan menukar Jalur Gemilang kerana beranggapan bahawa Bendera tersebut menyerupai bendera US.

Adakah ADUN DAP ini cuba untuk menjadikan bendera malaysia macam bendera bintang 3 jika PR menang pada pilihanraya akan datang?

Bagi sangkakala, haram jadah ni bukan saja menghina negara dan rakyat Malaysia, malah beliau juga menghina  DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di pertuan Agung, kerana bendera adalah lambang sesebuah negara dan negara kita mempunyai institusi raja-raja melayu, yang mana ianya juga menjadi lambang keaggungan negara ini.

Sebelum ini beliau juga ada memasukkan gambar ayat suci al-quran (doa masuk tandas) yang di ambil dari kawasan rehat&rawat di lebuh raya, ini juga seolah-olah mempersendakan ayat suci al-quran yang menjadi pegangan umat islam bukan saja di Malaysia malah di seluruh negara.

Inilah dia rupa pemimpin-pemimpin yang mengatakan persefahaman dengan Parti Islam seperti PAS. Jika mereka ini dipilih lagi dalam PRU yang akan datang nescaya negara ini akan huru-hara.

Sangkakala juga yakin dan percaya,bahawa manoharan ni berani mengeluarkan kenyataan ini berikutan dengan kenyataan dalam ucapan Mat Sabu berkenaan dengan Parti Komunis Malaya (PKM) dengan mengiktiraf Mat Indera sebagai pejuang kemerekaan.

Ingatlah rakyat Malaysia, generasi kita yang terdahulu telah berjuang untuk kesenangan kita pada hari ini, kita pula kena berjuang untuk generasi akan datang, dan akan berterusan begitu. Jika hari ini kita tidak perjuangkan untuk generasi kita yang mendatang, pasti anak cucu kita nanti akan memaki kita dengan mengatakan kita generasi terdahulu mereka yang bacul dan penakut dalam memperjuangkan kesejahteraan mereka.

cukup le mana yang ada,jangan lebih sangat






Bagi memastikan Malaysia terus menikmati keamanan, setiap kaum mesti menerima hakikat bahawa tidak semua tuntutan yang dibuat oleh mereka akan dipenuhi oleh kerajaan.


Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, sekiranya kesemua kaum faham keadaan itu, negara akan kekal aman sekali gus membolehkan pembangunan ekonomi berlaku dengan pesat.


Beliau juga berkata, sekiranya sesuatu kaum mahu tuntutannya dipenuhi, secara tidak langsung ia akan menidakkan hak kaum lain di samping mewujudkan persaingan di antara kaum-kaum di negara ini.


"Saya berpendapat mentadbir negara yang berbilang kaum berbeza dengan pentadbiran negara yang hanya mempunyai satu etnik saja kerana sudah tentu ada tuntutan masing-masing dari kaum masing-masing.


"Di Malaysia untuk menentukan keadaan jadi aman, setiap satu kaum itu mesti terima hakikat bahawa tidak 100 peratus daripada tuntutannya dapat dilayan.


Kalau hendak juga 100 peratus, sudah tentu dia akan menidakkan hak sesuatu kaum yang lain,” katanya dalam program Bicara Negarawan bersama Tun Dr. Mahathir Mohamad yang disiarkan di RTM 1 malam tadi. 

Rabu, 14 September 2011

PAS DAH CELARU SAMPAI UCAPAN KELAM KABUT

Ustaz Idris Ahmad dalam ucapannya kepada pengikut-pengikut PAS pada 12/9/2011 di Markas PAS FELDA Keratong 6 Rompin Pahang ada mengatakan bahawa:

UMNO mengatakan bahawa PAS telah lari dari prinsip perjuangan selepas bergabung dengan DAP,,dan beliau mengatakan PAS masih lagi mengikut prinsip asal dalam usaha membangunkan negara islam. Cuba lihat video ini dan ianya akan menjawab apa yang dikatakan oleh beliau


Beliau juga ada berkata bahawa UMNO memfitnah PAS dengan mengatakan PAS adalah parti komunis. Beliau menyanggah apa yang dikatakan fitnah ini dengan menyatakan bahawa Komunis tidak percaya kepada tuhan tetapi berbeza dengan PAS. Persoalannya disisni, dalam kenyataan beliau pada hari dan tarikh yang sama juga menyatakan bahawa perjuangan Mat Indera perlu di sanjung walau pun Mat Indera menyertai komunis. Ini bermakna PAS menyokong orang yang tidak percaya kepada Tuhan seperti Mat Indera.Adakah wajar sebuah parti yang melaungkan slogan negara Islam menyokong orang yang tidak percaya kepada tuhan (Allah). Setahu Sangkakala dalam islam juga ada menyatakan bagi orang yang tidak percaya kepada tuhan adalah murtad dan semasa di zaman nabi dulu pun orang yang murtad di hukum mati. Jadi Sangkakala dapat merasakan bahawa orang British lebih tau apa ituislam dari pada orang PAS. Kerana Mat Indera ditangkap seterusnya dijatuhi hukuman gantung sampai mati.

Beliau juga ada berkata bahawa rakyat di negeri-negeri di bawah pemerintahan BN  tertindas serta tidak mendapat kebajikan seperti di negeri-negeri di bawah pemerintahan PR. Dimana yang dikatakan tak tertindas tu? Pulau Pinang contohnya, Warong DOREMI di robohkan oleh PBT kerana warong ini duduk di atas pokok..kelantan pula yang telah di tadbir oleh PAS selama lebih 20 tahun, menghadapi masalah air yang begitu ketara sekali. Sedangkan di negeri-negeri di bawahg kerajaan BN tidak pula terdapat kejadian-kejadian sebegini.

Alangkah baiknya kalau PAS mengkaji dulu apa yang hendak mereka perkatakan sebelum mereka berhujah. Kerana hari ini ramai anak-anak muda yang bijak pandai dan boleh menilai.

Ahad, 11 September 2011

RUPANYA MEREKA NI KEMBAR TAPI TAK SEBULU

Satu masa dulu kita digemparkan dengan kisah seorang pemuda cina bernama Namewee yang telah mengubah rentak lagu kebangsaan hingga di anggap sebagai pengkhianat.

Kemudian pemuda ini telah cuba mengadakan ceramah dan telah di halang oleh  Sdr Armand Azha Ketua Wira Perkasa pada ketika itu hingga menimbulkan ketegangan yang membuatkan Namewee lari tanpa membuat ceramah.

Rupa-rupanya kedua-dua mereka ni ada lah kembar yang tidak sebulu..perhatikan gambar yang sangkakala paparkan di bawah.


ARMAND
NAMEWEE













Sabtu, 10 September 2011

CERITA SEBENAR SEORANG BEKAS ANGGOTA TENTERA DAN ISTERI BELIAU TENTANG KOMUNIS

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.

Hari ini Sangkakala akan dedahkan tentang kekejaman komunis yang di katakan oleh Timbalan Presiden PAS (Mat Sabu)  sebagai pejuang kemerdekaan melalui perjumpaan antara Sangkakala dengan seorang bekas anggota tentera (unit Angkut/Pengangkutan) yang terlibat dalam operasi mengangkut keluar mayat anggota Pasukan Polis Hutan (PPH) atau kini dikenali dengan panggilan Pasukan Gerak Am (PGA) yang telah diserang hendap oleh pengganas komunis di Kawasan Air Panas Gerik Perak. Ikuti rentetan beliau dengan pengalaman tersebut.

“Nama pakcik Khairuddin bin Malik, lahir di Pantai Remis Perak. Pakcik mula menyertai pasukan tentera pada umur 20 tahun iaitu pada tahun  09.12.1971 hingga 08.12.1984 (13 tahun). Pakcik ditempatkan di kem Taiping Perak. Seingat pakcik, kejadian ini berlaku pada tahun 1972 dimana sebanyak 5 trak pengangkut telah membawa anggota PPH dari kem PPH Ulu Kinta ke kem PPH Air Panas Gerik. Kejadian ini berlaku pada waktu pagi, dimana trak pengangkut terakhir konvoi tersebut telah diserang hendap oleh pengganas komunis. Seramai 12 orang anggota telah terkorban dalam serang hendap tersebut.”

PAKCIK KHAIRUDDIN

BUKTI PERKHIDMATAN BELIAU DALAM
ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

BUKU MERAH YANG MENGESAHKAN PERHIDMATAN
BELIAU

“Pakcik telah ditugaskan untuk mengangkut mayat-mayat tersebut untuk dibawa keluar dari kawasan serangan dimana pakcik sendiri telah melihat mayat-mayat tersebut bergelimpangan dibunuh dengan kejam. Perasaan pakcik pada ketika itu bercampur-campur, takut ada sedih pun ada.”

“Dalam kejadian tersebut kalau tak silap pakcik cuma seorang sahaja yang terselamat itupun cedera di tembak. Pakcik sempat melawat anggota PPH yang terselamat tersebut di hospital dan pakcik juga sempat bertanya pengalaman beliau. Beliau berkata mereka telah di serang hendap melalui 3 buah bukit di mana kekuatan pengganas lebih kurang 30 orang.”

“Pada zaman pakcik dulu memang banyak komunis ni, tak kurang juga dengan talibarut komunis yang terdiri dari orang-orang melayu.”

“Satu lagi kejadian yang pakcik tak boleh lupakan adalah kejadian di Kulim Kedah, dimana pada masa itu pakcik telah di tugas kan untuk membawa kenderaan tentera dari Sungai Petani, sampai saja berhampiran dengan pekan Kulim, pakcik telah dikejutkan dengan bunyi letupan, rupa-rupanya seorang penunggang motosikal jenis Vespa di hadapan pakcik telah melepaskan tembakan dan meragut nyawa 3 anggota polis yang sedang melakukan sekatan jalan bagi menahan mereka yang disyaki terlibat dalam kegiatan penyeludupan beras.”

Apabila Sangkakala bertanya apa komen beliau dengan kenyataan Mat Sabu tentang komunis baru-baru ini, dengan lantang beliau berkata, “Dia jangan suka-suka nak bercakap, kalau dia bercakap macam tu depan pakcik rasanya mungkin penumbuk askar ni hinggap kat muka dia. Kami berjuang bermati-matian, di pula nak kata komunis tu pejuang. Suruh dia duduk kat Negara China le kalau macam tu”.

PAKCIK KHAIRUDDIN BERDIRI SEBELAH KIRI SEKALI

Isteri beliau, Salasiah bt Ali pula mempunyai pengalaman sendiri dalam zaman komunis dimana arwah ayah beliau, Ali bin Mat adalah seorang bekas anggota pasukan SC telah beberapa kali diserang hendap oleh komunis, mungkin Allah memanjangkan nyawa arwah, jika tidak, mungkin kami akan kehilangan ayah semasa kecil lagi katanya.

Beliau masih ingat lagi pada tahun 1959, “ketika itu umur makcik lebih kurang 8 tahun, kami sekeluarga duduk di beret atau quarters SC, nama post yang arwah ayah makcik jaga tu mourypost di kawasan Ulu Bernam, untuk sampai kekawasan ni perlu menaiki bot Merin”, ujar beliau.

“Lebih kurang jam 8 malam sewaktu kami 5 sekeluarga sedang makan, kami dikejutkan dengan bunyi letupan dan kemudian terdengan bunyi berbalas tembakan. Arwah ayah makcik yang pada ketika itu sedang makan bangun terus mencapai senapang serta peluru dan pergi berlindung di kubu yang dibina. Kalau tak silap makcik arwah ayah berbalas tembakan hampir 1 jam, mujurlah tiada anggota SC atau ahli keluarga kehilangan nyawa pada malam tersebut”.

ALLAHYARHAM ALI BIN MAT (KANAN SEKALI)
SEMASA MENGANGGOTAI PASUKAN SC

ALLAHYARHAM SEMASA KAWAT TAMAT LATIHAN
Dalam menghayati cerita suami isteri ini, kita harus berfikiran lebih jauh, adakah komunis itu pejuang kemerdekaan setelah apa yang di lakukan terhadap anggota polis bukit kepong serta cerita yang disampaikanoleh pakcik Khairuddin tadi.

Pada Sangkakala, Mat Sabu memang buta sejarah dan beliau hanya berkata mengikut kehendak mulut dan bukan kehendak rakyat.

Seperti kata-kata akhir sebelum Sangkakala meninggalkan rumah pakcik Khairuddin, beliau berpesan kepada Mat Sabu, “walau pun pakcik ni dah berumur tapi sekali orang tu sebut komunis baik atau pejuang, pakcik anggap dia juga adalah komunis, dan pada pakcik komunis tak boleh dimaafkan walau dengan apa alasan sekalipun. Kalau Mat Sabu nak tau betapa sukarnya kami (askar/polis) dalam menjaga keamanan Negara, suruh dia pikul senjata dan duduk dalam hutan berbulan-bulan lamanya”.

Beliau juga menyeru kepada semua anggota tentera dan polis tak kira sama ada masih berkhidmat atau telah berhenti supaya ingat akan sejarah perjuangan. Berapa ramai rakan-rakan kita dalam askar yang terkorban.

Sabtu, 3 September 2011

AHLI PAS BENCI MAT SABU

Baru je pegang jawatan Timb.Presiden dah ramai ahli PAS mula benci dengan Mat Sabu.

Sangkakala ada berjumpa seorang pengikut PAS tegar yang dari dulu mmg menyokong kepimpinan PAS.

Apabila sangkakala tanya kenapa beliau begitu membenci abg Mat Sabu, barulah sangkakal tau yang pakcik ni adalah seorang anggota SC atau Special Constabel yang bertugas pada zaman jepun dan komunis dulu.

Beliau berkata, mungkin Mat Sabu ni lahir di negara lain atau mungkin juga beliau tidak merasakan bagaimana peritnya peperangan menentang jepun dan komunis.

Beliau juga mensihati Mat Sabu dengan mengatakan bahawa sarang tebuan jangan dijolok kelak nanti diri sendiri yang susah

Sangkakala berkata kepada pakcik ni, Mat Sabu kata komunis menentang polis dan askar yang bekerja dengan British pada masa tu sebagai contoh peristiwa balai polis bukit kepong Johor, polis tu semua kerkhidmat di bawah pemerintahan British.

Pakcik ni kata, jangan putar belit cerita, kerja atau berkhidmat dengan siapa itu bukan soal, apa yang penting, polis dan askar yang terbunuh atau yang tercedera dalam peristiwa bukit kepong adalah orang melayu.

Suruh Mat Sabu tengok balik sejak bila sukan polis ditubuhkan. Jangan kira British atau tidak.

Sangkakala bertanya lagi siapa yang sebenar-benarnya memerdekakan tanah melayu pada masa itu?

Pakcik ni mengakui bahawa allahyarham Tunku Abd Rahman dan sahabat-sahabat beliau yang pergi ke London untuk mendapatkan kemerdekaan dan bukan lah
Chin Peng, Rasyid Maidin atau Samsiah Pakeh yang pergi untuk mendapatkan kemerdekaan.

Apa yang sangkakala tau sekarang, Mat Sabu buta sejarah, buta hati, buta perasaan.

Orang macam ni yang di angkat sebagai pemimpin Parti? taubat la ahli PASn hentikan mengikut komunis zaman moden iaitu Mat Sabu.






Rabu, 17 Ogos 2011

MB SELANGOR MENGGELETAR


Menteri Besar Selangor tunduk dengan dengan desakan beberapa ADUN Selangor yang beragama Kristian yang meminta TS Khalid Ibrahim untuk memohon maaf berikutan serbuan JAIS terhadap sebuah Gereja di Damansara baru-baru ini.

Antara yang mendesak MB Selangor untuk memohon maaf terdiri dari Ronnie Liew, Dr Xavier Jayakumar, Teressa Kok dan Elizabeth Wong.

Tapi apa yang kita perhatikan hari ini, tidak ada langsung kepimpinan PAS yang berani bersuara menyatakan sokongan terhadap Datuk Dr Hassan Ali dan juga JAIS dalam melaksanakan undang-undang.

Ini ke yang dikatakan untuk menegakkan hukum Allah? Hingga ada umat islam yang berbuka di Gereja tetapi diserbu oleh penguatkuasa dan dibiarkan saja oleh pemimpin yang mengatakan mereka pejuang agama islam yang sejati?

Datuk Dr Hassan Ali juga mungkin telah merasakan bahawa beliau tersalah memilih parti dalam perjuangan politik.

Lagi satu kita boleh lihat, PAS tidak pernah melakukan desakan kepada pihak Gereja untuk memohon maaf terhadap keterlanjuran mereka dalam kes tersebut.

Sangkakala merasakan PAS memang telah banyak terpesong dari landasan perjuangan mereka selama ini.

Kepada pengikut-pengikut PAS, Sangkakala sarankan untuk memilih perjuangan yang benar dengan memilih UMNO sebagai wadah perjuangan. Sebuah parti yang selama ini berjuang untuk agama dan bangsa.


Selasa, 16 Ogos 2011

KERAJAAN PULAU PINANG MENCABAR KEWIBAWAAN ORANG ISLAM

Apa dah jadi di Pulau Pinang? Bacaan Al-Quran sudah di larang menggunakan pembesar suara. Adakah ini petanda awal yang Pulau Pinang bakal menjadi seperti negara Singapura.

Sangkakala masih teringat lagi kata-kata mantan timbalan ketua menteri satu semasa berceramah di pilihanraya kecil Merlimau Melaka. Beliau telah mendedahkan mengapa beliau mengambil keputusan untuk meletakkan jawatan sebagai timbalan ketua menteri Pulau Pinang.

Menurut kata beliau dalam ceramah tersebut, beliau telah di panggil oleh Ketua Menteri untuk bertemu kerana ada perkara penting yang hendak dibincangkan. Apabila beliau sampai ke tempat yang di janjikan untuk bertemu Ketua Menteri PP telah membawa 2 orang usahawan cina bersama-sama beliau. Dalam pertemuan tersebut, Ketua Menteri telah mengarahkan beliau untuk meluluskan pemberian tanah wakaf untuk kegunaan tanah perkuburan orang islam kepada usahawan tersebut.

Ketua Menteri memberi alasan bahawa pemberian ini adalah sebagai membalas budi dan jasa kepada usahawan tersebut yang membantu mereka dari sudut bantuan kewangan semasa PRU12 yang lepas.

Sangkakala juga teringat satu masa dulu salah seorang exco kerajaan negeri Selangor telah mengeluarkan kenyataan bahawa azan subuh mengganggu orang bukan islam tidur pada waktu subuh dan ini telah menaikkan kemarahan umat islam di seluruh negara.

Kini Pulau Pinang pula ingin melarang bacaan ayat-ayat suci al-quran menggunakan pembesar suara.

Apa pula kata PAS yang selama ini melaung-laungkan bahawa mereka adalah pejuang islam sejati dan mereka Parti mereka adalah parti islam?

Sehingga kini masih belum ada apa-apa lagi kenyataan dari pihak kepimpinan tertinggi PAS.

Sangkakala rasa mereka akan terus menyepi tanpa mengeluarkan apa-apa kenyataan kerana bimbang akan tindakan yang di ambil oleh DAP memandangkan DAP mempunyai kerusi majoriti di parlimen.

Kepada rakyat-rakyat Pulau Pinang, ini adalah satu pengajaran dan beringatlah semasa pilihanraya yang ke 13 nanti..

Isnin, 1 Ogos 2011

Tindakan PKR Memakan diri

Tindakan PKR dalam menjalinkan kerjasama bersama-sama PAS Dan DAP jelas menunjukkan parti itu tersepit setelah PAS Cuba melamar Tengku Razaligh Hamzah until menyertai parti tersebut Dan meminta TRH menjadi ketua pembangkang.

Apa yang menarik perhatian PAS hingga sanggup membelakangkan PKR sedemikian rupa?

Adakah PAS telah merasakan ada sesuatu yang tak kena dalam pemerintahan?

Atau mungkin pemimpin PAS sudah jemu dengan kerenah PKR yang diterajui oleh DSAI?

Kita tunggu Dan lihat apa kenyataan PAS selepas ni.

Mungkin PKR Dan DAP akan mengugut PAS dengan cara mengeluarkan PAS dari komponen pakatan mereka?

Kita tunggu dan lihat apa akan jadi lepas ni.

Sangkakala menjangkakan sesuatu akan terjadi dan sudah pasti PAS akan menukar kenyataan.

Isnin, 25 Julai 2011

TAHNIAH KEPADA PASUKANPOLIS

tahniah kepada pasukan polis yang telah memberikan kenyataan dan bukti kukuh bahawa segala tohmahan yg dilemparkan oleh peserta himpunan bersih..

Pelbagai tohmahan dan fitnah dilepmparkan kepada pasukan polis oleh peserta bersih..ada yang kata kena langgar dengan land rover..ada yang kata kena tembak dengan gas pemedih mata..ada yang kata kena pukul dengan FRU..ada juga yang kata dah mati tapi hidup balik..apa apa pun semua itu telah berjaya di jawab dengan penuh hemah..

Sangkakala ucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada PDRM

Sabtu, 2 Julai 2011

http://sangkakalajari9.blogspot.com: TAHNIAH PUTERI UMNO TELUK INTAN

http://sangkakalajari9.blogspot.com/2011/07/tahniah-puteri-umno-teluk-intan.html?spref=bl: "Pergerakan puteri UMNO bahagian Teluk Intan telah membuat satu laporan polis berkenaan dengan himpunan haram yang bakal di lakukan oleh Dat..."

TAHNIAH PUTERI UMNO TELUK INTAN


Pergerakan puteri UMNO bahagian Teluk Intan telah membuat satu laporan polis berkenaan dengan himpunan haram yang bakal di lakukan oleh Datuk Ambiga yang juga merupakan bekas Presiden majlis Peguam-peguam Malaysia.

Nor Azryna Mohd Jainuri bersama-sama dengan ahli jawatankuasa Puteri UMNO Bahagian Teluk Intan membuat laporan tersebut berikutan keengganan penganjur himpunan haram tersebut masih lagi berniat untuk meneruskan himpunan walaupun telah di nasihati oleh polis supaya membatalkan niat mereka.

Azryna berkata, " Jika himpunan ini diteruskan, banyak kesan-kesan negatif akan terjadi, antara contoh-contohnya seperti pelabur asing mungkin akan merasakan bahawa negara ini tidak lagi selamat untuk mereka melabur dan ini akan merugikan negara untuk masa ynag panjang".

Beliau berkata lagi, " Ini bukan budaya kita dengan mengadakan himpunan di jalan-jalan raya dengan mengatakan untuk membela kepentingan rakyat."

Bagi beliau himpunan seperti ini akan menampakkan bahawa negara ini tidak lagi selamat dan ini akan menakutkan pelancong-pelancong asing untuk datang melancong ke negara ini.

Beliau juga menyeru kepada semua rakyat Malaysia supaya tidak mengikuti himpunan tersebut demi untuk keselamatan dan kesejahteraan negara.  

Ahad, 26 Jun 2011

SMS UGUTAN KEPADA KETUA PEMUDA MALAYSIA


Sangkakala dapat maklumat bahawa pagi tadi YB Khairy Jamaludin (Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia) telah menerima sms berbaur ugutan sebelum beliau berangkat ke Gaza.

Perkara ini juga disahkan oleh salah seorang ahli pemuda yang turut bersama-sama YB KJ pagi tadi.

Dalam sms yang diterima oleh beliau, ada mengatakan bahawa sesiapa juga ahli pergerakan pemuda yang hadir untuk mengekang himpunan BERSIH akan dilakukan sesuatu.

YB KJ juga dikhabarkan telah mengarahkan Setiausaha Kerja Pemuda BN untuk membuat laporan polis.

Apa yang dirisaukan oleh penghantar sms tersebut hingga sanggup menghantar sms sedemikian? Adakah mereka takut akan kemaraan pemuda UMNO dan BN semasa himpunan tersebut?

Pemuda BN dan UMNO akan melakukan himpunan PATRIOT pada 9 julai nanti.

Kita tengok apa yang akan di lakukan oleh ahli-ahli puak pembangkang bila berhadapan dengan Gelombang Pemuda BN yang tetap akan mempertahankan perlembagaan negara.

Teruskan, dan sangkakala amat yakin YB KJ bukan orang yang mudah mengaku kalah hanya semata-mata kerana sms bodoh tersebut.

Sabtu, 25 Jun 2011

KHALID SAMAD PEMBOHONG HEBAT




Pembohongan Khalid samad terserlah apabila beliau menarik diri dari mengikuti Flotila II dan Lifeline4Gaza (LLG4G) Malaysia.

Beliau yang sebelum ini di umumkan sebagai mewakili Ahli Parlimen PAS semasa pelancaran Flotilla II ke Gaza Perdana Menteri pada 18 Jun lalu di Stadium Badminton Kuala Lumpur Cheras.

Khalid yang kini berada di Tanah Suci Makkah sejak 22 Jun lalu berkata bahawa hatinya merasa berat untuk ikut serta berdasarkan situasi yang berlaku tentang tatalaku pengurusan LL4G yang baginya telah dikuasai oleh UMNO.

Adakah ini pemimpin yang dikatakan mahu bersama-sama dalam menjadikan kebajikan sebagai salah satu wadah perjuangan?

Apa yang dikatakan menjadi satu pembohongan adalah apabila beliau mengambil keputusan menarik diri dari menyertai Flotilla II selepas memohon petunjuk dari Allah SWT pada malam jumaat di hadapan Kaabah Asy-Syarif
Yang menjadi persalannya disini, adakah Allah SWT tidak meredhakan pemergian hambanya untuk membantu umat Islam yang lain? Kenyataan bodoh Khalid Samad dalam cubaan untuk mengelirukan pengikut-pengikut PAS.

Kata beliau, setelah melakukan solat istikharah pagi tadi (jumaat) dan bila bangun sebelum subuh, hati beliau semakin berat untuk menyertai misi tersebut (dalam harakah daily) 
Jika seseorang itu jujur dan ikhlas untuk melakukan kebajikan nescaya Allah akan memberi petunjuk dan hidayahNya dalam memberi bantuan.Ternyata Allah SWT juga tidak redha dengan pemergian Khalid Samad kerana mungkin ada agenda lain yang tersembunyi.
Sudah-sudah le puak PAS woii..sangkakala dah lemas dengan cerita pemimpin PAS yang bangang macam ni
 

Selasa, 24 Mei 2011

HARAKAH PERLU DI HARAMKAN




Akhbar rasmi PAS (HARAKAH) kini giat dalam mempertikaikan tentang Akhbar Utusan Malaysia yang dikatakan lidah kepada UMNO dan BN dan selalu mengatakan bahawa akhbar tersebut sentiasa mengeluarkan berita-berita yang mengandungi unsur-unsur fitnah terhadap PAS.
Adakah HARAKAH merasa tercabar setelah segala yang di laporkan tidak mendapat sambutan dari pembaca di seluruh Negara?
Jika dikatakan akhbar Utusan Malaysia menjadi lidah kepada UMNO dan BN, apa kurangnya pula dengan HARAKAH yang menjadi lidah rasmi PAS? Teluskah HARAKAH dalam menyampaikan segala maklumat kepada pembaca?
Sangkakala merasakan isu tentang akhbar Utusan Malaysi ini timbul setelah kenyataan bahawa ‘kristian agama rasmi’. Mungkin pembaca harakah tidak mengetahui apa yang tertulis di dalam Utusan Malaysia pada masa itu. Utusan mengatakan bahawa sumber yang diterima adalah dari laman blog dan bukan dari wartawan Utusan.
Jika dikatakan Utusan membawa unsur fitnah bagaimana pula dengan harakah dan suara keadilan? Kenapa harakah tidak menempelak suara keadilan? Sedangkan suara keadilan pernah mengeluarkan kenyataan bahawa Datuk Dr Harun Din yang juga merupakan Timb. Mursyidul Am PAS mengatakan haram untuk orang islam membaca Utusan, sedangkan apabila ditanya semula, Datuk Dr Harun Din menafikan kenyataan tersebut dan beliau juga adalah pembaca tetap Utusan.
Kalau lidah rasmi parti yang mengatakan mereka memperjuangkan Islam pun sanggup membohongi pembaca, apatah lagi pemimpin mereka yang sememangnya beriya-iya sangat untuk menjadi peneraju kerajaan yang akan bersengkongkol dengan DAP yang terang-terang menolak agama islam melalui kenyataan presiden DAP sendiri.
Sepatutnya yang diharamkan untuk di baca adalah HARAKAH dan SUARA KEADILAN dan bukannya Utusan yang dari dulu lagi memberikan maklumat secara telus kepada pembaca.

Ahad, 22 Mei 2011

GOLONGAN MUDA PEMANGKIN NEGARA





Sesetengah pemimpin UMNO perlu merubah minda mereka pada hari ini, jika dulu segelintir pemimpin UMNO di peringkat bahagian dan cawangan hanya merasakan kehadiran pemuda sebagai satu saingan kepada mereka, hari ini pemimpin-pemimpin UMNO perlu merasakan bahawa kehadiran pemuda adalah sangat di perlukan, bukan hanya di perlukan untuk memasang sepanduk dan poster tetapi pemuda perlu di beri peluang untuk lebih menonjolkan diri.
Penonjolan yang di maksudkan adalah lebih kepada turut sama dalam kempen-kempen pilihanraya, di beri peluang untuk menyampaikan ucapan kepada golongan muda.
Apa yang kita lihat pada pilihanraya-pilihanraya yang terdahulu, dalam setiap kempen pilihanraya golongan muda tidak di beri ruang dan peluang untuk menyampaikan hasrat hati mereka, tidak di beri peluang untuk menyampaikan maklumat. Apa bila ada anak muda yang mampu bersuara, yang mampu untuk meraih sokongan, mereka ini akan di pancung dan dianiaya dan kelebihan mereka ini di nafikan hanya kerana segelintir pemimpin ini takut kedudukan mereka goyah.
Adalah lebih memilukan lagi apabila golongan-golongan ini merasa kecewa hingga termakan kata-kata pembangkang yang kononnya sedia mendengar keluh kesah golongan muda.
Inilah yang membuatkan segelintir generasi muda pada hari ini memilih pihak pembangkang sebagai pentas untuk meluahkan rasa ketidak puasan hati mereka terhadap kerajaan. Transformasi golongan muda perlu dilaksanakan dengan kadar segera supaya perkara-perkara yang tidak diingini terjadi di kemudian hari.
Ramai golongan muda Hari ini yang bijak pandai, yang mampu untuk memimpin tetapi diberi tentangan sengit oleh pemimpin-pemimpin dengan meletakkan (juga) dari golongan muda yang  hanya mengikut telunjuk dalam kata lain, pemimpin yang suka kepada burung tekukur yang akan mengangguk dan berbunyi bila jari di petik, sedangkan kerja-kerja mereka belum tentu berkualiti seperti kehendak masyarakat pada hari ini.
Ini adalah petikan dari ucapan YAB Perdana Menteri sempena sambutan hari belia.
  1. Pertama-tamanya saya ingin mengambil peluang ini untuk mengucapkan selamat menyambut Hari Belia kepada seluruh warga belia Malaysia. Sesungguhnya  golongan belia sebagai kumpulan demografi terbesar rakyat Malaysia amat penting kepada hala tuju dan masa depan negara.
BELIA PEMANGKIN TRANSFORMASI
Saudara saudari sekalian,
  1. Hari ini negara sedang menangani cabaran yang monumental, iaitu cabaran untuk merealisasikan wawasan kebangsaan bagi menjadi sebuah negara maju berpendapatan tinggi menjelang fajar 2020.  Malaysia memiliki tradisi  unik  bersikap pragmatik dan bukan dogmatik , mengambil jalan yang perlu sama ada ia senang  mahupun sukar bagi memetakan laluan nasional  yang  bersifat transformatif. Inilah keunikan negara kita dari merebut kemerdekaan secara rundingan, mengukuh perpaduan nasional melalui integrasi dan bukannya asimilasi, menghapuskan pemberontakan komunis dengan memenangi hati dan fikiran, membangunkan kawasan luar bandar secara sistematik, membina infrastruktur asas secara di hadapan keluk,  menarik pelaburan asing bagi merangsang proses perindustrian dan hari ini meningkatkan kedudukan negara dalam rantaian nilai global.
Tapi sejauh mana kata-kata ini diambil berat oleh segelintir pemimpin di peringkat bahagian dan cawangan.
Berilah peluang kepada pemuda untuk menerajui serta membentuk hala tuju pemuda itu sendiri tanpa dikekang oleh mana-mana pemimpin.

Khamis, 19 Mei 2011

KEHANCURAN PARTI KEADILAN BERSAMA-SAMA DENGAN KETUA UMUM


Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) telah menerima satu surat baru-baru ini, kali ini KEADILAN berhadapan risiko diharamkan Pendaftar Pertubuhan (ROS), berikutan satu surat yang diterima daripada badan itu minggu lalu.

Setiausaha Agung, Saifuddin Nasution Ismail berkata, ROS memberi alasan KEADILAN telah melanggar fasal perlembagaan parti itu.

Bagaimanapun menurut Saifuddin, klausa yang dirujuk ROS itu sebenarnya tidak wujud dalam perlembagaan KEADILAN.

“Minggu lepas ROS telah menghantar surat kepada parti memaklumkan tujuan untuk mengharamkan KEADILAN. Mereka memberi tempoh sehingga 9 Jun untuk kita memberikan penjelasan mengapa parti ini tidak boleh diharamkan.

“Alasan yang diberikan adalah parti telah melanggar fasal 32.2.1 fasal perlembagaan parti. Klausa  itu sebenarnya tidak wujudpun dalam perlembagaan parti yang diluluskan oleh ROS sendiri.
Menurut Saifuddin, ia merupakan satu lagi siri tekanan terhadap parti itu.

 “Ini membuktikan niat jahat dalam siri serangan terhadap KEADILAN.

 “Selepas serangan terhadap Anwar, Naib Presiden (Nurul Izzah) diugut, kenderaan Anwar disabotaj, pengharaman lidah rasmi parti Suara Keadilan, kemudian ceramah-ceramah KEADILAN disekat.
“Usaha untuk mengharamkan KEADILAN ini adalah antara kemuncaknya,” ujarnya  ketika dihubungi Keadilandaily.com.

Ini nampaknya satu kenyataan yang kurang bijak bagi seorang setiausaha agung sesebuah parti.

 Persoalannya sekarang? Adakah KEADILAN lupa dengan perlembagaan parti mereka sendiri?
Nampak sangat KEADILAN terlalu terdesak hinggakan semua kes yang melibatkan masalah dalaman parti mereka di tujukan kepada BN dan UMNO.  Ini semua untuk meraih simpati pengundi pada PRU13 yang akan dating. PKR sengaja mengadakan propaganda untuk mengalih perhatian rakyat dari segala isu-isu DS Anwar Ibrahim kepada isu-isu yang murah seperti ini.

Rabu, 18 Mei 2011

TAHNIAH PEMUDA PBB 'SARAWAK MANSANG'


Francis Siah, orang yang sekarang ini hangat diperkatakan di Sarawak yang dikatakan cuba untuk membuat rusuhan sekiranya YAB Tan Sri Taib Mahmud tidak melepaskan jawatan sebagai Ketua Menteri Sarawak.
Beliau di katakan kecewa setelah kalah dan hilang deposit semasa PRN Sarwak baru-baru ini nampaknya sengaja mencari publisisti murahan.
Manakan tidak beberapa pemuda PBB kawasan tampil membuat laporan polis dan mendesak pihak polis untuk menjalankan sisatan dengan kadar segera apa bila mendapat tahu bahawa Francis Siah akan mengadakan rapat umum untuk menggulingkan Ketua Menteri.
Ini nampaknya amat serius kerana melibatkan isu keselamatan Negara. Kalau nak diikutkan memang patut pun dia kalah dan hilang wang pertaruhan jika ini yang cuba dilakukan oleh beliau.
Seperti yang semua pembaca ketahui Ketua Menteri akan melakukan rombakan Kabinet Sarawak dalam tempoh terdekat, tidak perlu untuk mengadakan demonstrasi atau rapat umum untuk menjatuhkan beliau. Apa yang di kesali di sini, Francis Siah seperti orang hilang akal hingga sanggup meletakkan keselamatan Negara sebagai percaturan dalam politik beliau.
Adakah kemungkinan besare beliau telah di beli oleh sesetengah pihak untuk mencetuskan propaganda murahan seperti ini?
Bagi sangkakala pula, orang sebegini tidak layak untuk di beri tempat bukan sahaja di kalangan masyarakat tapi dalam Negara ini. Sangkakala juga mengucapkan tahniah kepada pemuda PBB yang begitu berani untuk mengekang perbuatan pengkhianat gila ni. Tahniah sekali lagi di ucapkan.


PUAK PR YANG SEMEMANGNYA TAK FAHAM BAHASA MELAYU

 
Dalam harakahdaily hari ini ada mengatakan harga petrol RON95 dijangka naik lagi bulan depan apabila kerajaan Umno-Barisan Nasional mengumumkan semua harga produk petroleum termasuk RON95, akan dikaji semula.

Adakah PAS,DAP dan PKR tau apa itu maksud di kaji semula? Nampak sangat PR dah takde isu nak di ketengahkan.

PAS hanya mengambil pendekatan dari laporan Malaysiakini yang perkara itu dinyatakan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selepas merasmikan persidangan perwakilan Umno Bahagian Ipoh Barat di Ipoh baru-baru ini.

“Mengikut pelan Rasionalisasi Subsidi, satu kajian semula akan dibuat enam bulan sekali terhadap subsidi semua produk. Jadi untuk petrol RON95, diesel dan LPG (gas cecair asli) kajian terakhir dibuat pada Disember tahun lepas.

“Ini bermakna bulan ini atau awal Jun akan berlaku kajian semula untuk pertengahan tahun…saya tidak boleh memberi gambaran apa yang akan berlaku, tetapi kajian akan berlaku dan tanggungan subsidi oleh kerajaan adalah tinggi,” kata Ismail Sabri.

Harga RON 95 kali terakhir naik adalah pada Disember tahun lalu sebanyak lima sen kepada RM1.90 seliter manakala harga RON 97 yang diapungkan mengikut harga semasa pasaran baru sahaja naik 20 sen kepada RM2.70 seliter pada 2 April.

Sangkakala rasa PR balik dulu dan pegi ke sekolah semula, lepas tu nanti baru bersuara di mana-mana. Sebab dari apa yang Sangkakala tengok, puak PR ni makin lama makin bodoh pun ada, kalau ini kerajaan yang nak di pilih semasa PRU 13 hancur Negara.


Ahad, 15 Mei 2011

PAS KETANDUSAN PEMIMPIN LELAKI




Dalam Harakahdaily hari ini ada mengatakan bahawa PAS sudah meletakkan ketua cawangan di kalangan kaum wanita. Cawangan yang di maksudkan adalah Cawangan Rahmat Jaya, Kuang dalam kawasan Selayang.
Apa yang menjadi kehairanan, bukankah dulu PAS ada menyatakan bahawa kaum wanita tidak layak untuk menjadi pemimpin kerana sudah menjadi lumrah kaum itu yang perlu di bimbing dan di lindungi?
Adakah PAS hari ini sudah tersasar dari apa yang dikatakan sebelumnya? Ketua cawangan yang di maksudkan adalah Puan Eisah A Wahid, 53 yang kini menjadi ketua di cawangan tersebut.
Hari ini kita semua dapat melihat bahawa PAS sudah lari dari apa yang di perkatakan. Nampak juga disini bahawa ahli PAS di kalangan kaum lelaki tidak lagi berani mentadbir ahli, ini berikutan kata Puan Eisah sendiri yang mana ahli-ahli di cawangan beliau terutama kaum lelaki inginkan beliau menjadi ketua.

Jumaat, 6 Mei 2011

DAP AKAN BUANG MAYAT ORANG ISLAM KE LAUT

 
Kerajaan Pulau Pinang yang diterajui oleh DAP sekali lagi mencabar hak dan kepentingan orang melayu dan islam, ini berikutan  hasrat beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam mahu menjadikan sebuah tapak tanah di Jelutong di sini sebagai tanah perkuburan mungkin tidak kesampaian.ini kerana kerja-kerja pembersihan yang dijalankan di atas Lot 22 itu dimulai pada hari ini, manakala NGO terlibat masih tidak mengetahui tentang status tanah tersebut.
Sebelum ini beberapa NGO Islam yang bergabung atas nama Forum Penyelarasan Umat (Forum) mempertahankan Lot 22 bagi mengatasi masalah tanah kubur yang terhad. Mereka terdiri daripada Persatuan Anak Jati Melayu Pulau Pinang (Pajim), Islamic Propagation Society International (IPSI) dan Jemaah Islah Malaysia (JIM)..Pengerusi Persatuan Kebajikan Insan Mulia (PKIM), Aminah Abdullah memberitahu, beliau mengesyaki wujud salah guna kuasa kerana dalam pengetahuannya, status tanah tersebut belum diputuskan.

Jika keadaan ini berlanjutan, dengan kietiadaan tanah perkuburan untuk orang-orang islam di Pulau Pinang, tidak mustahil satu masa nanti kerajaan DAP minta PAS keluarkan fatwa mengatakan, boleh di kebumikan di laut jika tiada tanah (darurat). Mungkin masa tu nanti baru semua penduduk Pulau Pinang akan sedar secara keseluruhan.

Jika benar parti PAS telah mengislamkan DAP, perkara ini seharusnya tidak terjadi. Yang peliknya, kenapa Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang Mansor Othman yang juga merupakan EXCO Agama Negeri berpeluk tubuh mendiamkan diri dengan tidak berbuat apa-apa? Mungkinkah beliau telah di beli seperti mana Lim Guan Eng cuba untuk membeli Dr Fairus Khairuddin dulu dalam usaha kerajaan Pulau Pinang untuk memberikan tanah kepada kroni yang didakwa telah memberi sumbangan semasa Lim Guan Eng bertanding semasa PRU 12 yang lalu.

Sangkakala rasa penduduk atau pengundi di Pulau Pinang harus memikirkan semula di mana kesilapan mereka semasa PRU12. Harap-harap PRU13 perkara yang sama tidak berulang. Kuburkan DAP di Pulau Pinang!!!

MENTERI BESAR PUTAR ALAM


Datuk Seri Azizan Razak pernah menyuarakan bahawa UUM tidak pernah memohon untuk penyambungan rebet cukai tanah baru-baru ni. Semalam dalam akhbar tempatan pula mengatakan bahawa UUM sudah mengemukakan rayuan tetapi di tolak oleh Pejabat Tanah dan Galian.
Seperti yang kita semua tahu, PTG adalah di bawah kuasa Menteri Besar dan rasanya permohonan itu telah di hantar untuk mendapat kelulusan mesyuarat EXCO kerajaan negeri. Persoalannya disini, adakah Menteri Besar Kedah tidak mampu untuk meyakinkan semua EXCO kerajaan Negeri Kedah dalam memberi rebet pembayaran cukai kepada UUM.
Semasa PRU12 parti PAS (yang kini Kerajaan Negeri Kedah)mengeluarkan manifesto bahawa kerajaan berkebajikan akan di laksanakan sekiranya di beri peluang untuk memerintah. Tapi bila sudah di beri peluang untuk memerintah,kebajikan untuk pembelajaran juga telah di abaikan.
Seperti yang telah berlaku pada awal bulan April yang lalu, kerajaan Negeri Kedah telah bertindak menghalau pelajar-pelajar salah sebuah sekolah ma’ahad tahfiz dan meminta supaya premis tersebut dikosongkan.
Inilah dia kerajaan PAS yang sentiasa berdolak dalik dalam perlaksanaan pemerintahan berkebajikan. Kalau dari dalam konteks islam pula, pembelajaran itu di kira sebagai satu ibadah. Maknanya kerajaan Negeri Kedah yang melaung-laungkan bahawa mereka memperjuangkan islam ternyata indah khabar dari rupa.