Rabu, 14 September 2011

PAS DAH CELARU SAMPAI UCAPAN KELAM KABUT

Ustaz Idris Ahmad dalam ucapannya kepada pengikut-pengikut PAS pada 12/9/2011 di Markas PAS FELDA Keratong 6 Rompin Pahang ada mengatakan bahawa:

UMNO mengatakan bahawa PAS telah lari dari prinsip perjuangan selepas bergabung dengan DAP,,dan beliau mengatakan PAS masih lagi mengikut prinsip asal dalam usaha membangunkan negara islam. Cuba lihat video ini dan ianya akan menjawab apa yang dikatakan oleh beliau


Beliau juga ada berkata bahawa UMNO memfitnah PAS dengan mengatakan PAS adalah parti komunis. Beliau menyanggah apa yang dikatakan fitnah ini dengan menyatakan bahawa Komunis tidak percaya kepada tuhan tetapi berbeza dengan PAS. Persoalannya disisni, dalam kenyataan beliau pada hari dan tarikh yang sama juga menyatakan bahawa perjuangan Mat Indera perlu di sanjung walau pun Mat Indera menyertai komunis. Ini bermakna PAS menyokong orang yang tidak percaya kepada Tuhan seperti Mat Indera.Adakah wajar sebuah parti yang melaungkan slogan negara Islam menyokong orang yang tidak percaya kepada tuhan (Allah). Setahu Sangkakala dalam islam juga ada menyatakan bagi orang yang tidak percaya kepada tuhan adalah murtad dan semasa di zaman nabi dulu pun orang yang murtad di hukum mati. Jadi Sangkakala dapat merasakan bahawa orang British lebih tau apa ituislam dari pada orang PAS. Kerana Mat Indera ditangkap seterusnya dijatuhi hukuman gantung sampai mati.

Beliau juga ada berkata bahawa rakyat di negeri-negeri di bawah pemerintahan BN  tertindas serta tidak mendapat kebajikan seperti di negeri-negeri di bawah pemerintahan PR. Dimana yang dikatakan tak tertindas tu? Pulau Pinang contohnya, Warong DOREMI di robohkan oleh PBT kerana warong ini duduk di atas pokok..kelantan pula yang telah di tadbir oleh PAS selama lebih 20 tahun, menghadapi masalah air yang begitu ketara sekali. Sedangkan di negeri-negeri di bawahg kerajaan BN tidak pula terdapat kejadian-kejadian sebegini.

Alangkah baiknya kalau PAS mengkaji dulu apa yang hendak mereka perkatakan sebelum mereka berhujah. Kerana hari ini ramai anak-anak muda yang bijak pandai dan boleh menilai.

Tiada ulasan: